Thursday, November 26, 2009

Salam Eid Adha 1430H


Salam Eid Adha 1430H for my family and friends
azarsyafiq,plymouth

Wednesday, November 11, 2009

5forty2 Mixtape: Angkat Mikrofon Vol. 1

Salam.. Just a quick update...


Setelah bertahun2 penantian dari penyokong2 setia 5forty2... Akhirnya.......

11.11.09 sudah tiba.

5forty2 datang lagi, kali ini dengan mixtape
Angkat Mikrofon Vol. 1. Mixtape homemade ini datang terus daripada ketuhar 542, enak dilayan panas-panas. Lagu-lagu yang menjadi inti mixtape ini adalah:

Datang Balik
Prop Ganda
LuBeLi
Silap Lalu
ASWJ
She-Sha
Rilek
Balada Palestine (feat. Demascus)


Semua ini hanya dengan RM3*. Jika berminat untuk dihantar melalui pos** boleh hubungi:

542music@gmail.com atau 013-2928570

Mereka yang berada di Penang, boleh dapatkan terus daripada
CypherD (017-2350984). kawasan KL boleh dapatkan terus daripada RyFa (012-6377052).

Dijamin berbaloi-baloi!

*Harga tersebut hanya untuk cover cost sahaja. Mixtape ini tidak berasaskan keuntungan tetapi perjuangan.

**Tambahan RM1 untuk penghantaran pos.

***Untuk pasaran antarabangsa (UK, Australia & NZ) akan dimaklumkan kemudian.

****Mixtape ini hanya pemanas badan kami sebelum album EP sulung kami muncul..ngehehe..

5forty2



p/s: sorry blog lama tak update..i'll be back...

Thursday, September 17, 2009

NUR KASEH

Salam...

tengah aku berjalan2 dialam maya ini, aku terjumpa lak lagu nih..taktau laa sape yg nyanyi..tapi layan gak beb..try laa dengar yer...bagi aku lagu ni terbaek habes ar..huhu..tapi taktau laa pendapat korang kan..so bleh laa komen pendapat anda sekalian kat sini nanti yer..

ntuk dengar sila klik sini.. then nanti klik play lo-fi...lagu ni takde kaitan dgn drama kat TV3 ari Jumaat pukul 9 malam tuh..kebetulan je tajuknyer...


Nur Kaseh - Phonic,NaraMerah,CypherD,G (4/7 of 5forty2)

(Phonic)
saat kali pertama mata terlihat wajahmu
hati ku bergemuruh bagai gendang dipalu
lidah ku jadi kelu,seluruh tubuhku kaku
rasa yang tak terkata,diriku hanya membisu
dirimu memanah jiwaku,adakah ia mustahil?
dirimu paksi perhatian,aku semakin mengecil
diri ku tak keruan,bagai hilang haluan
sering beranalisis untuk peroleh jawaban
semakin ku terkenang,makin kuat ku rasa
adakah ini perasaan cinta pandang pertama
rindu makin menebal bila terkenang dirimu
segala tentang dirimu ingin cuba ku tahu
andai kau jadi merpati ingin ku jadi sang bayu
agar diriku dan dirimu sentiasa bertemu
andai kau jadi pelangi,ingin ku jadi awannya
agar diriku dan dirimu sentiasa dapat bersama

(Chorus)
Cahaya cinta Nur Kaseh ku
Derita tanpa diri mu
Moga kasih kita bersemi
Akhir pasti

(NaraMerah)
satu ungkapan tulus dari jiwa, luahan rahsia hati
rasa yang meronta tidak mampu ku pendam lagi
ku cuba mendekati, ku cuba merapati
setiap kali dicuba diriku seakan mati
aku sedari, banyak mata perhatikanmu
namun ku akur gerak rasa deria hatiku
kau bersama lelaki lain dan ku nampak mesra
bagiku cabaran sebelum hubungan tercipta
namamu disulami dalam tiap tutur kata
wajahmu kuasai seluruh fikiran minda
dalam tidur kau temani dalam mimpi menerpa
bagiku kaulah bidadari yang sukar dilupa
perjalanan hari-hariku semakin ceria
fikir tentang dirimu, buat aku gembira
indahnya pertemuan, manisnya kemesraan
kemesraan diharap agar terus berkekalan
kau ditakdirkan bersamaku, itu doaku
cinta tulus jujur setia, itu pintaku
nota-nota dihantar, terus dari kalbuku
hatiku hanya satu, istimewa buatmu

(Chorus)
Cahaya cinta Nur Kaseh ku
Derita tanpa diri mu
Moga kasih kita bersemi
Akhir pasti

(Bridge)
Hanya untuk mu Nur Kaseh
Tanpamu ku tersisih

(CypherD)
Umpama tinta emas lidahku menulis indah/
dengan atur kata, bicaraku penuh madah/
oh gadis, usah cemas tiada rasa gundah/
seluruh hidupku untukmu telahku pasrah sudah/
biarlah, orang kata apa kita peduli/
tak perlu kita sugul, tak perlu kau sedih hati/
kau satu yang terunggul, kau tahu itu hakiki/
yang penting sehati, bak merpati dua sejoli/
teguh di fikiran, tak ku lepaskan/
Kan kita angankan, jadi kenangan/
bila diingatkan, kita lafazkan/
"aku cinta kamu walau hingga ke akhir nanti"/
Dan pasti, bila mentari menyinari pagi/
bagai terpana mendengarkan kicau burung nuri/
ku dendangkan lagu, buatmu sang permaisuri/
terngiang-ngiang di telinga lagi dan lagi dan lagi/
Ah... tak perlu kau sangsi, tak perlu pesimis/
kasihku abadi, tak sekadar ungkapan pemanis/
si manis, di saat tragis, sukar dan kritis/
tiadaku mengemis tetaplah aku bisa menangkis/
optimis, renang kehidupan, penuh pancaroba/
bertarung berdepan, dengan pembuat angkara/
Walau imbuhan, diterima hanya sengsara/
tiada sesalan, bersamamu hingga ke hari muka/

(Chorus)
Cahaya cinta Nur Kaseh ku
Derita tanpa diri mu
Moga kasih kita bersemi
Akhir pasti

Tuesday, September 8, 2009

DATANG BALIK


Ini serius punya DATANG BALIK!!!

dengar track baru kitorg kat...


lagi bnyk akan menyusul...

datangbaliklubelinurkasihsitanggangkesilapan

dan lagi bnyk bakal direkod...

nantikan...

Thursday, September 3, 2009

www.malaysianmarjon.tk

Salam everybody..

Entry kali ini agak unik psl ditulis dirumah aku kat Temerloh Pahang..wahahaha...takde ape nk diupdate buat masa ini pasal aku tidak berada dlm mood untuk update blog tapi dalam mood santai bersama keluarga dirumah...yeah..cuma aku nak promote satu website ni jer untuk penghuni2 Marjon dan jugak junior2 yg bakal ke Marjon dan juga sesape jer laa yang rasa taktau nak buat apa time online nih blehlah jemput singgah skali..website ni baru dilancarkan secara rasmi..jadi pasal tu aku taruk promote kt sini..

So dengan ini ana mempersembahkan laman web rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Marjon @ Malaysian Asociation of UCP Marjon (MAM) University College Plymouth St.Mark & St.John.



1. kat bahagian atas ada 5 bahagian yang boleh dipilih..
Home - kembali ke muka depan website
About - ada laa info pasal MAM ni da psl Marjon
Recent news - sinopsis aktiviti kt Marjon
Gallery - gmbar2 aktiviti
MAM committee - Officers MAM

2. ntuk bakal2 students Marjon yg akan datang mahupun untuk sape2 je yg nk amik tau camne life kitorg..ntuk tau serba sket life kat Marjon nih..pergi kat 'About'..then click kat signboard tulis 'new to marjon' itu..anda akan di'link'kan dgn satu page baru bertajuk 'Life at Marjon'..kt belah kanan page tu ada 3 bar utama yg korang bleh pilih..so pandai2 laa berdikari cari info yer..

on behalf of MAM Committee, enjoy your stay at the website...

Wednesday, August 26, 2009

Ini Bukan Pengumuman Raya

Salam everybody

aku tak kisah korang nak kate aper

manja atau homesick tidak aku hiraukan

tapi aku tetap nak isytiharkan

AKU NAK BALIK MALAYSIA DAH!!!

dijangka sampai KLIA pada 28hb 8 2009

pukul 2.15ptg

doakan aku selamat pergi dan pulang balik kesini

aku bagitau ni pasal nak kasi jeles

sama kawan2 aku yang diperantauan

di UK, Australia, New Zealand,

mahupun dimana saja

korang takde cuti kan

cuti aku panjang

aku balik kerana Malaysia memerlukan aku

memenuhi kewajiban kepada keluarga

dan segala urusan-urusan rasmi di Malaysia

nanti aku gebang pasal urusan-urusan rasmi tu pulak

jadi kawan-kawan ku sekalian

SELAMAT BERPUASA DAN BERAYA DIPERANTAUAN

=D

p/s: I'm off to London...yeeeaahhaaaa

Tuesday, August 25, 2009

Puasa Kat UK...

Salam and hello everybody..

Kepada yg muslim, masih gagah berpuasa? bukankah puasa mengajar kita untuk sabar dan sesunggugnya Allah akan bersama orang yang sabar. renung2kan dan selamat beramal..

Time aku tulis entry ni adalah pada hari ke 4 Ramadhan waktu Plymouth.. aku nak explain pengalaman or citer puasa kat negara omputih bekas penjajah Tanah Melayu ini (semangat bulan kemerdekaan beb).. dah ramai sangat orang tanya aku kat fesbuk,frenster,YM dan pelbagai lagi cara perhubungan di dunia tanpa sempadan ini camner puasa kat sini..so meh sini ak explain fakta2 yang korang bleh tau pasal org Msia yg puasa kt UK...pasni sape tanye ak bg link blog ak jer..wahahaha...

1) sehingga hari ini, waktu habis sahur adalah pukul 4.15pg dan berbuka 8.30mlm..camtu laa lebih kurang..tp makin lama die berubah kan..so puasa agak panjang dr kt Msia..syukur puasa skrg ni time autumn..kalo summer die punya sahur pukul 2pg buka pukul 10.30..apeciter..huhu...

2) aku kat sini elok jer bersahur dan berbuka makan nasik..siap ade kicap lagi..kitorg kat sini tak berbuka makan salji okeh..sgt tidak logik...

3) since skrg kitorg cuti..mmg agak membosankan puasa disini..

4) kalo kuar city centre ramai orang selamber jer makan..hampesh tol...skali gua call jabatan agama islam kang tak cukup van jenazah angkut sume org..

5) selama ni aku kuar city tak pernah terpikat pon bau pasty, fish n chip mahupun apepe masakan omputih nih..tp skrg daging babi salai pon aku bau sedap semacam...apahal...

6) kat sini takde bazar ramadhan..honestly ak bukan suke sgt g bazar pon kat Msia dulu..pasal ramai org n bersesak2..tp skrg baru kene penangan rindu menusuk kalbu tak hengat punya..meronta2 jiwa nak g bazar ramadhan wa cakap luu...tp skrg kt Msia bnyk H1N1 kan..malas gak ar nk g..malas nk kene jd ninja bertopeng2..

7) kat sini ade je kitorg buat semayang terawih jemaah..moreh dgn iftar lagi..semayang terawih bukan boleh buat kt negara Islam jer..yg penting nak taknak buat jer..

so tu jer ar kot..ade pape sila tanya kat kaunter pertanyaan jabatan agama Islam yg berdekatan..

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan 1430H

Salam Ramadhan buat semua pembaca.
Semoga dapat menjalani ibadah puasa tahun ini dengan sebaiknya.
Semoga segala amal perbuatan kita dalam bulan ini diterima Allah dan dilipat gandakan ganjarannya.
Mohon maaf atas segala salah silap diri ini.
Semoga Ramadhan kali ini dapat menjadikan kita lebih baik untuk hari-hari mendatang.

Akhir kata, hayatilah lagu Nur Ramadhan dari kumpulan Demascus (geng2 5forty2 gak)

kredit untuk kumpulan Demascus di http://www.thedemascus.com

Salam Ramadhan 1430H

azarsyafiq, plymouth.

Wednesday, August 12, 2009

Sekali aku teringat plak...

Kisah ini berlaku ketika aku berada di dalam darjah 2 Amanah pada tahun 1997. Time tu aku sekolah kat sekolah budak jahat [disini]. Aku hanya seorang budak yang berumur 8 tahun tapi belum genap lagi. Dengan minda yang innocent dan mudah terpedaya. Juga cute yang tidak keterlaluan.

Pada suatu hari selepas aku pekena nasik lemak sama air sirap 30sen kat kantin sekolah time rehat, kawan aku merangkap ketua kelas dan tok batin kelas 2 Amanah mengajak aku ke suatu tempat.

KetuaKelas: Azar lama lagi rehat nih. Jom ikut gua jom.
Aku: Lu nak g mana nih?? Gua mana g tempat2 lagha lagi melalaikan.
KetuaKelas: Alaa jom laa. Masa rehat masih panjang. Saya pasti kamu akan menyukainya.
Aku: Apahal lak lu guna ayat buku teks speaking dengan gua nih??

Aku pun menurut je laa tok batin itu. Melawan kang takut disihirnye aku. Dan akhirnya kitorang sampai ke satu destinasi pasti. Pergh insaf wa cakap lu beb. Dia bawaknye aku g surau. "Masa masih awal, apa kata kita solat dulu", katanya dengan muka berseri2 dan senyuman mesra seorang pemimpin kelas. Dalam hati aku time tu da rasa malu dan bersalah kaw2 punya pasal da sangka buruk kat dia.

"Lu amik wudhu' dulu, gua nak g toilet jap". Kata aku dengan sedikit mempraktikkan bahasa Arab dan bahasa Inggeris (padahal boleh jer aku kata amik air semayang dan pergi tandas). Lepas aku keluar dari tandas membuang air sirap yang aku saspek kaler merah die tak tahan lama (pasal keluar kaler lain), aku tengok kawan aku da masuk ke dalam. Aku segera amik wudhu' dan masuk terus kedalam surau.

Aku tengok kawan aku solat dengan khusyuknya. Sebelum berniat, aku betulkan seluar, lipat sikit bawah seluar tu, masukkan tie dalam kocek baju, dan pandang jam kat dinding. Aku pandang pulak jam kat tangan aku. Aku pandang balik jam kat dinding surau. Aku pandang ketua kelas aku yang tengah ruku' rakaat kedua aku rase. Aku try recall balik segala apa yang berlaku pada hari itu. Pagi tadi mak aku kejut bangun dan aku susah giler nak bangun. Aku recall lagi. Sebelum rehat tadi kelas aku ada PJK dan ramai budak muke selebet tahan lelap. Okeh confirm. Aku sangat yakin. Aku melangkah keluar dari surau, pakai kasut, dan tunggu ketua kelas aku sambil tangan kiri cekak pinggang dan tangan kanan pegang tiang.

Ketua kelas aku keluar dari surau siap bersalam lagi dengan aku. Aku layankan aje. Dalam perjalanan balik ke kelas aku tanya dia:

Aku: Lu solat tadi lu baca niat sembahyang aper?
KetuaKelas: NIAT SEMBAHYANG ASAR LAA.

Aku tengok jam tangan aku. Ia tepat menunjukkan pukul 10.30 a.m. Loceng menandakan waktu rehat telah tamat pun berbunyi. Aku tak rasa nak rehat dengan dia lagi lepas nih.

p/s: aku tau die ketua kelas. aku doakan semoga dia bukan ketua ajaran sesat ke aper. Kalau dia bertanding ketua kelas lagi nanti aku taknak angkat tangan sokong dia lagi.

5forty2 @ Festival of Youth 2009

Salaam,

Sedikit pemberitahuan. InsyaAllah 5forty2 akan membuat persembahan di Festival of Youth 2009

Tarikh: 16hb Ogos 2009
Tempat: Padang Timur berhampiran Amcorp Mall (sebelah A&W).
Waktu: Dijangkakan sekitar pukul 4 atau mungkin lebih awal.

Member pertama daripada group Facebook atau Myspace yang datang tegur kitorang hari tu, kitorang belanja Root Beer Float...amacam? Hehe.

Jumpa di sana.
www.542music.com

p/s: makin bnyk lak undangan perform sejak aku blah eh..hampesh...

Thursday, August 6, 2009

5forty2 Live@MISI09 USIM

SAlam guys..ntuk peminat2 dan pengikut 5forty2 dari pihak aku..ni aku taruk latest performance dari 5forty2 feat. Demascus - Balada Palestin.. Performed at Malam Inspirasi Seni Islam CFest 09 Universiti Sains Islam Malaysia.. hanya 4/7 ahli 5forty2 yang ada pada malam itu.. so guys hails to alFaisal,Phonic,RyFa & DMent and to our friend Demascus..

credit to rubybagai for the video

and bagi yg tak bape kenal 5forty2 tu objek ape boleh pergi ke belah kanan blog ini.. ada ruang
untuk 5forty2 punya website (just click on the logo) dan 542 Brethren punya blog..
dan sape yg ade facebook dan nak join group facebook 5forty2 bleh laa klik kat link bawah nih..

teruskan menyokong 5forty2
Cheers...

Monday, August 3, 2009

Pt 2: Quick Update With Picturezzzzz....

Salam y'all... Second update with pitcazzzz...dan kategori kita pada hari ini ialah

Category: Manusia/Orang/Human/HomoSapien

jom kite usha2 gelagat dan telatah homosapien yg aku bekukan menggunakan sniper berkuasa compact flash card ku inih..


Kawanku Baim buang tebiat jd mat bunga. Baim kalo ko bace bende ni sila jerit..nnt ak kt atas tau ar ko tgh tgk aper..huhu

M'SIA BLOODY LONG WAY FROM HOME??? wutdaheck???

mereka gembira ditepi pantai..yeayy

Teknologi mencipta semangat individualisme..ekeke..

encik ini main lambung2 api sambil imbang bende kejadah tukul besar tuh

ape kejadah tah dibuat oleh hosmetku yg 2 orang ini

Fashion Museum for fashion geek..ade ke istilah tuh???

Membaca Gaya Wawasan... Membaca dimana saja...

Pahlawan Malaysia bermuka garang..nak lawan pahlawan Oman ker??ekeke..

Pahlawan Oman datang bawak rotan (diorg ni bleh mendatangkan trauma dan fobia)

cindai lah mana, tidak berhias..die bukan nyanyi tuh..argh..trauma gua dgn mamat2 Oman ni tak abes lagi...

Sunday, August 2, 2009

Pt 1: Quick Update With Picturezzzzz....

wohaaa.. sudah agak lama saya tidak update ini blog.. apecer.. takde apecer.. pasal tu laa tak update.. die bile da start tangguh tu tros je malas.. huhu.. so ni pon nak tunjuk2 gambar jer yer.. yang diambil sekitar tempoh last post dalam blog ni sampai sekarang.. cheers...

Category: LANDSCAPE/SCENERY

ni kat tepi pantai St. Ives

Pantai kat tepi Town St. Ives

Tepi Pantai Land's End

encik serangga berdua, sy tak berniat nak mengganggu ok..

Land's End a.k.a. Penghujung Tanah UK

Vespa sape ntah kat Land's End

Pantai kat Minack Theatre

Kawan2ku didalam kanta cembung

Gumpalan rumput (kot)

Atas batu tengah tu scene Harry Potter dgn Dumbledore dlm HP6. Lokasi: Land's End

Atas bukit kat pulau tu ialah model Sekolah Sihir Hogwarts. Lokasi: St.Michael Mount

p/s1: gambar mmg gloomy pasal time tu mmg hujan je dan mmg camtu pon..
p/s2: nantikan entry lepas ni kategori lain plak yer..huhu..
p/s3: aku mendapati segmen cerita pasal aku dlm versi merepek mendapat sambutan yg menggalakkan..hehe..so nnt aku merepek lagi yer..korang yg nak ok..huhu
p/s4: 2 gambar terakhir tu terpulang r korang nak percaya or tak.. tapi aku mmg tak menggalakkan korang percaya pon..wahahaha...

Thursday, July 16, 2009

Of HP6, YM & Emma Watson

Aku bukak laptop, aku on YM aku. Erm.. Sebenarnya aku pergi tengok citer Harry Potter and The Half Blood Prince kat Vue Cinema petang tadi. So secara otomatiknya aku merupakan antara penonton Harry Potter terawal laa dekat UK nih. Hari pertama je aku da tengok da. So balik2 ni aku berhasrat nak review sedas dua pasal citer ni yang da masuk judul ke-6 dari 7 novel2 Harry Potter. Aku memang suka citer Harry Potter ni sejak dari dulu lagi walopun banyak tahyul2 dan khurafatnya. Tapi aku tengok ada guidance laa kan. Bukan tengok pastu percaya lak. Sengal namanye. Nama pon filem kan.

Citer HP ni agak significant untuk aku dan kawan2 sebaya aku pasal macam kitorg membesar bersama2 plak. Start filem 1st tahun 2000 time budak2 sihir tu kecik dan aku pon kecik lagi sampai laa sekarang ni bila budak2 tu da semakin dewasa dan sama ar aku pon da dewasa. So tu buat citer ni lebih bermakna kat aku. Rasa sama2 membesar dan macam satu sekolah jer dulu. Duduk sebelah2 dlm kelas. Pastu pinjam pemadam bendera aku tak pulang lagi. So citer HP6 kali ni jugak bagi perasaan baru kat aku. Pasal ape? Pasal aku menonton citer tu kat bumi citer tu berasal. Gua tengok HP kat Britain beb. Pergh. Lagi ar aku rasa dekat dengan citer nih. Kalo dulu aku tengok sekadar tengok jer. Tadi aku tengok scene2 kat London dan kawasan sekitarnya dlm citer tu, aku bleh berkata dengan riaknya, "eh tempat ni gua da gi beb","haa gua tau tempat nih","alaa Trafalgar Square tu dulu gua bergambar tunjuk peace depan tu" dan sebagainya. Tak ke takbur bunyinyer tu? Selain tu bile aku tengok scenary surrounding shooting tu sume macam aku da pernah g jer. Gunung2, padang terbentang luas sepanjang naik Hogwart Express, aku naik train kat sini pon macam tu laa jugak environment dier. Lagi power bile aku tengok Hogwart tuh. Macam banggunan2 dan istana2 lama yang aku dah pergi jer. Lagi best bile aku rasa Marjon ni pon da macam Hogwart dah. Heh. Usang gak Marjon ni sebenarnye.

BUZZ!

eh sapelak buzz YM gua nih???

EmmaWatson: Yo Azar..Hi..You alright beb?
Azar: heh..ok jer..pehal?
EmmaWatson: ekelee, gua tegur baik2 lu jawab camtu lak.
Azar: yer laa..i'm good..you rite? so apercer??
EmmaWatson: eleh tak ikhlas. lu da tengok blom filem terbaru gua. da tayang arini tau.
Azar: dah. gua da gi tengok petang tadi.
EmmaWatson: Lu gi dengan sape beb?
Azar: lu sebok nak tau pehal?
EmmaWatson: ala gua nak tau jer.
Azar: gua g dengan member2 gua laa.
EmmaWatson: so amacam citer baru tuh? best tak?
Azar: ok jer.
EmmaWatson: eh lu ni pehal beb? emo2 lak? gua excited YM dgn lu, lu camni lak. apekes?
Azar: kalo lu taknak YM takpela. gua tak pakse pon kan.
EmmaWatson: eh gua tau nih. sure lu jeles pasal scene gua dengan Ron dalam filem tu kan. Scene romantik Ron sebut2 nama gua kan.
Azar: pahal lak gua nak jeles?
EmmaWatson: Azar, kan gua da bgtau lu. kitorg berlakon jer. gua takde pape feeling pon. seyes beb. lu kene paham laa gua pelakon ikut arahan director jer. bape kali gua nak cakap.
Azar: alaa gua paham laa. lu pelakon box office. gua takat belakon dlm camera kawan2 gua then upload fesbuk jer. koman sket uplot TiubKau (youtube).
EmmaWatson: so lu jangan la jeles tak tentu pasal. lu ingat gua suke sangat ke buat scene camtuh. kalo dengan lu lain laa.
Azar: tak lah. gua tak jeles pon. Ok laa.. jeles sket kot. lu janji jangan over2 camtu lagi tau. merana gua dalam hati.
EmmaWatson: alaa poyo laa lu nih. majuk konon. lol. eh tapi patot gua yang majuk dgn lu. pasal lu tak dtg time premiere kat Leicester Square London minggu lepas.
Azar: eh gua da bgtau kan yang gua ada kelas haritu. mane bleh gua skip2 camtuh. marah sponsor gua kang. bukan lu taja biasiswa gua.
EmmaWatson: alaa taknak seribu dalih. gua da mimpi2 da jalan atas kapet merah sama lu.

BUZZ!

MichaelOwen: yo azar..watsup!!
Azar: pehal ko??
MichaelOwen: eh gua nak gi negara lu ni weekend nih. ade friendly match ntuk Asian Tour. Ni first debut gua dengan MU nih.
Azar: Lu ingt gua pedulik??
MichaelOwen: alaa gua nak mintak sket tips2 untuk g negara lu nih beb.
Azar: lu jangan nak gedik2 nak pakai tebal2 pasal kat sna panas. bukan sejuk cm kat sini. kang demam lak kang saket lagi. lu tu da slalu sakit. ngade btol. kang rugi duit Alex Ferguson beli lu. pastu pasal nak lawan team negara gua tuh. erm. lu takyah risau sgt laa. geli2 jer lawan diorang tuh. eh dah laa. gua busy buat esaimen nih. blah ar.
MichaelOwen: eh ok. sori kaco. thanks bro. chow.
Azar: blah blah..

BUZZ!

EmmaWatson: lu buat apa lame tak reply gua nih. lu layan YM awek lain ke ha?
Azar: Michael Owen sebok tanya tips nak g Msia. gua malas layan.
EmmaWatson: alasan. yer ker nih?
Azar: lu taknak caye sudah. sape la gua ni nak pakse aktress box office cam lu.
EmmaWatson: eleh poyo. yer laa. gua percaya. eh lu komen2 laa sket HP6 tuh. ape lu rase?
Azar: ok laa. jujur gua bgtau ape yg gua rase eh. gua rase citer kali cm agak lembab n slow laa. pastu plot lak gua rase cam melompat2. tak clear sgt. tp yg kali ni la paling kuat main dengan emosi dan perasaan. sedih, kesian, seram dll paling menyerlah dlm kali nih. cam dulu kan kire biasa laa kan. and kali ni pon lebih matang da dewasa. kalo dulu macam citer hiburan kanak2, skrg ni da jadi citer remaja lak dah nih. eh lu tolong bagitau kat David Yates director lu tuh, kalo nak emphasise sgt scene2 romantik tu soh die resign and kasik kat Yusof Haslam laa. Gua rase macam bnyk benda dia left out pasal nak highlight sgt scene romantik dan konon2 menunjukkan kedewasaan tuh.
EmmaWatson: erm.. betol gak tuh. tapi sape Yusof Haslam beb?
Azar: rugi pelakon hebat cam lu tak kenal Yusof Haslam. lu tau 'Sembilu'? 'Maria Mariana'? takpon 'Gerak Khas'? gua pon bukan tengok sgt. so takpelah bukan penting pon. tapi tu lah. seyes gua suke bile emotions berjaya dimanipulasikan dlm filem nih. sorry bahasa gua mmg tinggi. tapi bende2 len plak yang macam kureng. dan bnyk gak bende2 yang gua kecewa sket. trailer gempak tp sket je part gempak tu dlm film. lu bayangkan beb, org blakang kerusi gua pon biler abes citer tu macam tertanye2. "finished?? just like that". (beberapa perkara lain terpaksa gua buang dlm perbualan ini untuk mengelakkan dr jd spoiler film ini) so overall untuk film ni gua bagi 3.5 bintang jer dari 5 bintang. 3.5/5. tapi overall film kali ni ada penambah baikan dan kemantapan dlm beberapa sudut dan ada kekurangan dari pelbagai sudut lain. so camtu laa.
EmmaWatson: ouh camtuh. takpelah. mybe bnyk lagi bleh improve ntuk next film yang akan dibuat dlm 2 part. satu tayang November 2010, satu lagi July 2011. tu perancangannya la. lu ada kat sini lagi ker time tuh.
Azar: kalo lu sponsor tiket flight sumer, walau gua kat Msia pon gua sanggup datang. eh ni ada lagi satu gua tak puas ati. gua tak puas ati pasal watak lu tak bape bnyk sgt dalam filem nih. sekejap2 je lu ada. patot director bnykkan lagi scene pelakon hebat macam lu nih. baru gua suke tgk nnt.
EmmaWatson: hehe. gua tau lu syg n amik berat kat gua. ni gua ada satu soklan nih.
Azar: hehe. aper dier?
EmmaWatson: biler lu nak masok meminang gua?

Secara spontannya gua tros jer sign out YM gua. agak2 ibu gua nak ke pinangkan Emma Watson untuk gua??


p/s: korang nak bace review btol2, sile cari kat internet atoupun dlm newspaper or mags. kat blog aku, aku review dgn cara aku. cheers....

Sunday, July 12, 2009

Exeter in HDR

Salam readers...

All right ladies and gentlemen, it has been a long time since I talk about photography in this blog. For now, I just want to share with you my simple HDR photos. Yesterday (110709) we went to Exeter and I took the opportunity to experiment with HDR in taking photos of buildings and architectures.

What is HDR? HDR is stand for High Dynamic Range. Dynamic Range is the ratio between the maximum and minimum values of a physical measurement. In easier words that even I understand and hold to is the ratio between the brightest and the darkest parts of the scene. So usually HDR photos are derived from several photos of one same scene with different exposure. Then we combine them and it becomes one HDR photo. In other word, we can call it the blending exposure technique. HDR will increase the amount of detail in the image and it creates unique photos I would say. We can use it to create natural looking photos or we can use it creatively to create atmospheric and emotive photos. More information you could ask Mr. Google ok. So here are some photos from my shot. They are only simple HDR.




So as the photos above, thanks to the gloomy cloudy wheater where I managed to captured spooky atmosphere in Exeter.

cheers.