Saturday, December 13, 2008

Kibaran Usang Di Tepi Pantai...


Ya saudara-saudari pembaca sekalian..inilah bendera negara (nak sebut pun malu) yang masih teguh berdiri setelah lebih 51tahun Merdeka. Bendera yang dipercayai telah wujud sekitar zaman prasejarah dinosour sebelum terciptanya negara Malaysia ini masih kekal megah berkibar di bumi bertuah ini. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kesan koyakan dan carik-carik menghiasi bendera ini. Koyakan ini dipercayai berpunca dari kesan peperangan parajurit-parajurit negara menentang petualang penjajah yang cuba mendarat di pantai ini. Walaupun kawasan ini telah dibom dengan pelbagai jenis bom seperti bom berangkai, C4 mahupun Molotov Cocktail, bendera ini tetap berdiri tanpa terjejas walau sedikit pun. Darjah ketegakannya masih lagi 85 darjah dari muka bumi sama ketika ia mula-mula dipacakkan..
Sekian Warta Jam 2.56 petang.

p/s. 1: Bendera ini wajarlah ditukar. Memalukan negara jer bendera dah koyak rabak macam ni. Apa pulak kata pelancong datang nanti. Dah la kat tepi pantai.

p/s. 2: Takkan nak tukar bendera macam ni pun nak mintak duit subsidi kerajaan jugak. Sumbanglah sikit demi imej negara. Kesedaran bersama itu sangat penting. Biarkan orang lain tidak sedar tetapi sedarkanlah diri kita. Kalau tak sampai bila takde orang sedar.

p/s. 3: Daripada tak tukar bendera ni, baik takyah gantung jer terus. Sekurang-kurangnya takde la pencemaran pemandangan bila bendera ni dah rabak.

p/s. 4: Bendera melambangkan jati diri kita dan negara kita. Tapi kira ok laa jugak kan daripada dia letak bendera israel..huhu..

p/s. 5: Perpaduan teras kejayaan. Dah sekarang berdiri tegak nanyi Negaraku..huhu



No comments: