Thursday, December 11, 2008

Siapa pernah tengok orang kaya buat kecoh bising-bising??

Muahaha...
Siapa pernah tengok??
Kalau tak pernah, cuba laa bukak TV tengok mana-mana berita kat TV tuh..
Mana laa tau kalau ada lagi ke kan..

Entry ni sebenarnya hanyalah feedback pandangan serta pendapat aku berikutan insiden Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa pada 06 Disember 08 (Sabtu) lalu..
Kejadian yang berlaku sekitar pukul 4pagi telah mengorbankan 4 atau 5 (tak sure plak..hehe) nyawa dan menyebabkan puluhan yang lain telah kehilangan tempat tinggal..

Takziah diucapkan kepada keluarga yang terkorban..Pastinya sambutan Aidil Adha mereka kurang berseri berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Ok sekarang kita kembali kepada tajuk asal..Yang atas tu..
Orang kaya buat kecoh bising-bising..haha..semenjak kejadian tanah runtuh tu..boleh dikatakan setiap hari liputan pasal kes ni sure ada punya..kurang2 setengah jam dari berita yang sejam tu cerita pasal benda ni jer..so macam2 cerita laa keluar..ni laa..tu laa..macam2 laaa..
Dan sudah diketahui umum bahawa kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa ni memang kawasan elit orang kaya raya..tengok tajuk headline Buletin Utama TV3 pun sure2 dah tau da..
"Tragedi tanah runtuh dan BANGLO ranap"..banglo ok..bukan setinggan..dah tu asal interview penduduk jer depan tu memang ada title ar..'datuk' laa, 'dato' laa, Tan Sri dan sebagainya..

Nak dijadikan cerita yang menarik perhatian aku ni..ada satu hari tu TV3 tunjuk ar penduduk mengamuk, marah2 dekat wakil rakyat ADUN Bukit Antarabangsa (Azmin Ali)..apa dia kata?? anak dia tertimbus tak keluar2 lagi ker? atau isteri die bersalin dalam tanah tertimbus?? tak se'extreme' itu..dia bising pasal sukarelawan yang patut tolong tak tolong dia pun..duduk je tepi tu makan..dia penat2 angkat barang bukan nak tolong pun..aaii bang..tu pun nak mengamuk sakan ker? tak boleh ke cakap baik2 lemah lembut lemah gemalai sikit..budi bahasa budaya kita..encik ni budaya apa??

yer saya paham yang encik ni penat, kecewa sebab rumah dah runtuh (tak tau laa kalau dia ni penduduk berdekatan yang kena pindah saja)..tapi tak perlu laa menengking sampai macam tuh..pastu tuduh orang2 yang bekerja tu makan gaji buta laa..tak pepasal dah masuk TV..glamour laa encik ni pasni..sebelum encik menengking tuh..cuba encik fikir dulu..apa encik ingat encik sorang je ke mangsa kejadian?? sukarelawan tu da berapa lama bekerja?macam2 diorang buat..da nama pun sukarelawan kan..diorang suka rela tu pun memang dah cukup baik dah..kalau encik angkat barang berat mintak la tolong elok2..ke encik dendam dalam hati jer??lagi satu apa barang berat sangat encik angkat tuh?? playstation tak berat sangat..peti sejuk eh?? ke camera sony alpha900 tambah dengan lens 300mm f2.8..huhu..kalau tu mungkin laa berat jugak tuh..haha..time kecemasan darurat macam tu ambil dokumen penting sudah laa..IC, surat beranak, sijil SPM ke..macam tu cukup laa..ok laa seluar dalam sehelai dua..haha...ini lah akibat terlalu bergantung kepada orang gaji..dah kene buat sendiri tak boleh pulak..sukarelawan tu pun nak dianggap macam orang gaji dia..

ok kisah berikutnya..seorang puan atau saudari ni..dia buat laporan polis pasal ada anggota sukarelawan yang cakap dia bodoh beli rumah kat situ.. mak aih..emoticon betol rakyat Malaysia sekarang ini..terus report polis beb..takde tarik2 rambut dah..haaa..kesian dia kene bodoh kat situ jer..tengah penat2, emosi tak stabil, kereta kene timbus, kene pulak sound macam tuh..haish apa kejam orang yang cakap tuh..dah dia kaya banyak duit..biar laa dia beli rumah mewah yang boleh nampak seluruh alam kat atas bukit tuh..makin tinggi rumah dia, makin tinggi laa hidung dia..makin jauh laa dia dengan orang2 susah rakyat jelata macam kita nih..pasal tu laa dia saman terus..pasal bila orang senang kaya raya tak pernah susah, sekali jatuh gelabah beb..haish..

lagi satu kes..mangsa2 yang berpindah ke hotel2 minta kerajaan bayar kos mereka semua..amboi..sesuka hati mereka..ini lah orang2 kaya tak berasas..dah tau tengah susah menginap kat hotel lagi..pergi laa rumah sanak saudara ke, dewan orang ramai ker..ouh silap..mana standard mereka nak bergaul dengan orang awam biasa2 nih..jejes betol..
kerajaan nak kene subsidi rakyat2 lagi, pembangunan, macam2 lagi laa..ni pasal tragedi berlaku kat kawasan orang kaya, so kerajaan kene jaga orang2 ni semua..tengkorak dia..mangsa banjir kat kelantan,terengganu semua takde pun demand macam nih..hampeh tol..

kesimpulan yang aku nak bawak kat sini ialah..Allah sentiasa menguji keimanan dan kesabaran hamba2nya dengan pelbagai cara..jadi untuk orang2 kaya seperti orang2 Bukit Antarabangsa mungkin inilah caranya Allah menguji disamping Allah menunjukkan kemurkaannya kerana masterpiece gunung ganang bukit bukau yang diciptanya diteroka untuk pembangunan tanpa memikirkan faktor keselamatan..jadi bila Allah dah uji tuh, kita dapat tengok laa pelbagai reaksi orang2 ini..ada orang yang sudah hilang sabar, mengamuk, marah2..dan tak dilupakan yang bersedih dengan ujian kehilangan anggota keluarga..

lepas tu, kita manusia ni tidak selalunya berada diatas..kadang2 atas, kadang2 bawah..tak percaya tanya laa orang yang rumah dah runtuh tuh..dulu duduk tinggi jer..sekali bangun pagi dah ada kat bawah kan..kesian..jadi flexible kan diri kita ini agar boleh menjadi orang di bawah..takkan laa kita sentiasa diatas kan..dan belajar2 laa rasa macam mana orang susah rasa..macam mana mangsa banjir tinggal kat pusat penempatan banjir beramai2..ini kene pindah je trus g hotel..5 bintang lak tuh..takleh makan sama bekas dengan orang miskin ker??

dan kalau dulu sebelum ni asal ada program bersamamu kat TV jer sure tukar channel..lepas ni ringankan tangan hulurkan bantuan untuk mereka yer..tengok mereka tu..pasrah jer..comel je muka redha dengan ketentuan hidup yang susah lagi melarat..bukan macam orang2 kaya yang susah sikit je mengamuk..saman sini sana..ketahuilah..mereka itu lagi susah..sebab mereka susah itulah mereka tidak banyak songeh..tidak banyak demand..tapi disebabkan aku orang kaya..nama aku ada datuk dekat depan..takkan aku nak duduk balai raya kot..pasal dia orang kaya laa diorang demand macam2...

walaubagaimanapun..tulisan ini bukanlah ditujukan secara umum kepada semua orang2 kaya raya..tapi hanya segelintir sahaja..ada yang rasa pedas siapa suruh makan cili..
jadi insan2 yang menginap di banglo2 diMalaysia ini, janganlah kita lupakan saudara2 kita di setinggan2 mahupun teres2 murah..huhuhu...

sesungguhnya kesedihan dan kesusahan itu dapat mendekatkan diri kita dengan tuhan..
segala yang berlaku pasti pakej sekali dengan hikmahnya..

akhir kata..simpulan bahasa Melayu lama kita boleh ubah lepas nih..
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai,
Kalau takut ditimbus tanah, jangan ber'banglo' dilereng bukit..

PEACE...

No comments: