Tuesday, December 29, 2009

A.B.P. (21-27/12/2009)

Bikin panas gua punya blog dikala musim sejuk ini..huhu..

A

B

P

korang dicypher laa sendiri kod-kod yg aku bg tuh..klu dah bagi..ngehehehe...
nanti aku citer lagik...
cheers.....

Saturday, December 19, 2009

Tulis Balik...

Salam and holla people...

Kalau 5forty2 datang balik lepas lama menyepi dengan kuar track bertajuk 'Datang Balik'.. Aku lak nak tulis balik blog ni selepas lama biarkan dia terabai menderita kesepian tak bertuan..huhu.. Tapi sangat tak perlu kot untuk buat track 'Tulis Balik' lak.. Banyak lagi tracks dalam proses sekarang nih.. Apepon nantikan..

Bagi yang tertanya2 kemana aku menghilang mengabaikan blog ini (bajet pemes blog ramai pembaca..hampeh..) tanpa sebarang update2 power dari aku (selain short update buat syarat).. Inilah namanya kesibukan yang terlampau dipakejkan dengan kemalasan super keterlaluan..huhu.. sengal.. dan kesemua pakej itu dipakejkan lagi dengan takde masa pun nk tengok blog org lain..bukan takat blog aku jer..blog orang lain yg selalu diupdate pon aku tak sempat nak singgah..apeciter..

Blog ni start kesepian sket2 sejak bulan Ramadhan lalu membawa ke Christmas ini..huhu.. Dah bulan Ramadhan aku fokus gunakan masa berkualiti bersama keluarga dan urusan2 dunia yang lain (ibadat ko mane ngok?).. then balik ke Plymouth semula aku dapat pakej kesibukan berganda berturut2 tanpa henti.. wahahaha.. setiap weekend busy bhai.. aper citer...huhu.. first weekend balik kene uruskan students baru sampai, second weekend assignment, third weekend rumah aku buat open house, fourth weekend Marjon Raya and Deepavali celebration, next weekend pastu ade meeting UKEC (United Kingdom & Eire Council for Malaysian Students), then week pastu jadi delegasi Marjon ke Nottingham Games, week pastu lak ade esaimen, week pastu lak ade ni..ade tu..ade ni..adetu..blablablablablablabla...apaper jer laa.. senang citer biler cuti ni laa (patutnya) free.. haish.. so sekarang da cuti habis year 2.. habis year 2?? serius???huhu...

di kesempatan ini sy ingin juga mengucapkan selamat pulang kpd cohort 4 marjon yang akan berangkat ke London pada 24hb ini dan meninggalkan England pada 25hb dan sampai ditanah air yang telah 2 tahun ditinggalkan pada 26hb.. ishk3.. sedikit sedih disini.. terima kasih untuk segala jasa baik anda sekalian serta tunjuk ajar yg diberikan selama tempoh kita bersama di Marjon.. All the best in your future undertaking.. jadi cikgu yg baik bila praktikum nanti..jadi tak baik kang kene potong markah lak kan..huhu..

Cohort 4 Marjon and Lecturers (Farewell Dinner)

anyway terime kasih untuk yg terus melawat blog ini walaupun balik2 baca bende same jer..wahaha.. bajet pemes lg.. insyaAllah lepas ini blog ni akan kembali aktif (doakan aku tak bz sgt..huhu) kesabaran anda sekalian amat dihargai.. and time kasih jugak untuk yg menyokong 5forty2 melalui blog ini..sokongan anda amat2 kami hargai...


p/s1: I'm off to Amsterdam, Brussels and Paris. (so sunyi jap lg blog..blk nnt gua gebang)

p/s2: Tahniah dan selamat pengantin baru untuk salah seorang ahli 542 iaitu encik Reza (CypherD) yg telah mendirikan rumah tangga pada 19hb Disember yang lepas.

p/s3: dapatkan majalah Al-Islam keluaran Januari 2010 untuk lebih
mengenali 5forty2 dan memahami ape yg kami perjuangkan.. ade interview bersama 5forty2 dlm tuh..

p/s4: arini first day snow kat Plymouth (untuk beberapa jam jer..then cair..huhu)


CHEERS......

Thursday, November 26, 2009

Salam Eid Adha 1430H


Salam Eid Adha 1430H for my family and friends
azarsyafiq,plymouth

Wednesday, November 11, 2009

5forty2 Mixtape: Angkat Mikrofon Vol. 1

Salam.. Just a quick update...


Setelah bertahun2 penantian dari penyokong2 setia 5forty2... Akhirnya.......

11.11.09 sudah tiba.

5forty2 datang lagi, kali ini dengan mixtape
Angkat Mikrofon Vol. 1. Mixtape homemade ini datang terus daripada ketuhar 542, enak dilayan panas-panas. Lagu-lagu yang menjadi inti mixtape ini adalah:

Datang Balik
Prop Ganda
LuBeLi
Silap Lalu
ASWJ
She-Sha
Rilek
Balada Palestine (feat. Demascus)


Semua ini hanya dengan RM3*. Jika berminat untuk dihantar melalui pos** boleh hubungi:

542music@gmail.com atau 013-2928570

Mereka yang berada di Penang, boleh dapatkan terus daripada
CypherD (017-2350984). kawasan KL boleh dapatkan terus daripada RyFa (012-6377052).

Dijamin berbaloi-baloi!

*Harga tersebut hanya untuk cover cost sahaja. Mixtape ini tidak berasaskan keuntungan tetapi perjuangan.

**Tambahan RM1 untuk penghantaran pos.

***Untuk pasaran antarabangsa (UK, Australia & NZ) akan dimaklumkan kemudian.

****Mixtape ini hanya pemanas badan kami sebelum album EP sulung kami muncul..ngehehe..

5forty2



p/s: sorry blog lama tak update..i'll be back...

Thursday, September 17, 2009

NUR KASEH

Salam...

tengah aku berjalan2 dialam maya ini, aku terjumpa lak lagu nih..taktau laa sape yg nyanyi..tapi layan gak beb..try laa dengar yer...bagi aku lagu ni terbaek habes ar..huhu..tapi taktau laa pendapat korang kan..so bleh laa komen pendapat anda sekalian kat sini nanti yer..

ntuk dengar sila klik sini.. then nanti klik play lo-fi...lagu ni takde kaitan dgn drama kat TV3 ari Jumaat pukul 9 malam tuh..kebetulan je tajuknyer...


Nur Kaseh - Phonic,NaraMerah,CypherD,G (4/7 of 5forty2)

(Phonic)
saat kali pertama mata terlihat wajahmu
hati ku bergemuruh bagai gendang dipalu
lidah ku jadi kelu,seluruh tubuhku kaku
rasa yang tak terkata,diriku hanya membisu
dirimu memanah jiwaku,adakah ia mustahil?
dirimu paksi perhatian,aku semakin mengecil
diri ku tak keruan,bagai hilang haluan
sering beranalisis untuk peroleh jawaban
semakin ku terkenang,makin kuat ku rasa
adakah ini perasaan cinta pandang pertama
rindu makin menebal bila terkenang dirimu
segala tentang dirimu ingin cuba ku tahu
andai kau jadi merpati ingin ku jadi sang bayu
agar diriku dan dirimu sentiasa bertemu
andai kau jadi pelangi,ingin ku jadi awannya
agar diriku dan dirimu sentiasa dapat bersama

(Chorus)
Cahaya cinta Nur Kaseh ku
Derita tanpa diri mu
Moga kasih kita bersemi
Akhir pasti

(NaraMerah)
satu ungkapan tulus dari jiwa, luahan rahsia hati
rasa yang meronta tidak mampu ku pendam lagi
ku cuba mendekati, ku cuba merapati
setiap kali dicuba diriku seakan mati
aku sedari, banyak mata perhatikanmu
namun ku akur gerak rasa deria hatiku
kau bersama lelaki lain dan ku nampak mesra
bagiku cabaran sebelum hubungan tercipta
namamu disulami dalam tiap tutur kata
wajahmu kuasai seluruh fikiran minda
dalam tidur kau temani dalam mimpi menerpa
bagiku kaulah bidadari yang sukar dilupa
perjalanan hari-hariku semakin ceria
fikir tentang dirimu, buat aku gembira
indahnya pertemuan, manisnya kemesraan
kemesraan diharap agar terus berkekalan
kau ditakdirkan bersamaku, itu doaku
cinta tulus jujur setia, itu pintaku
nota-nota dihantar, terus dari kalbuku
hatiku hanya satu, istimewa buatmu

(Chorus)
Cahaya cinta Nur Kaseh ku
Derita tanpa diri mu
Moga kasih kita bersemi
Akhir pasti

(Bridge)
Hanya untuk mu Nur Kaseh
Tanpamu ku tersisih

(CypherD)
Umpama tinta emas lidahku menulis indah/
dengan atur kata, bicaraku penuh madah/
oh gadis, usah cemas tiada rasa gundah/
seluruh hidupku untukmu telahku pasrah sudah/
biarlah, orang kata apa kita peduli/
tak perlu kita sugul, tak perlu kau sedih hati/
kau satu yang terunggul, kau tahu itu hakiki/
yang penting sehati, bak merpati dua sejoli/
teguh di fikiran, tak ku lepaskan/
Kan kita angankan, jadi kenangan/
bila diingatkan, kita lafazkan/
"aku cinta kamu walau hingga ke akhir nanti"/
Dan pasti, bila mentari menyinari pagi/
bagai terpana mendengarkan kicau burung nuri/
ku dendangkan lagu, buatmu sang permaisuri/
terngiang-ngiang di telinga lagi dan lagi dan lagi/
Ah... tak perlu kau sangsi, tak perlu pesimis/
kasihku abadi, tak sekadar ungkapan pemanis/
si manis, di saat tragis, sukar dan kritis/
tiadaku mengemis tetaplah aku bisa menangkis/
optimis, renang kehidupan, penuh pancaroba/
bertarung berdepan, dengan pembuat angkara/
Walau imbuhan, diterima hanya sengsara/
tiada sesalan, bersamamu hingga ke hari muka/

(Chorus)
Cahaya cinta Nur Kaseh ku
Derita tanpa diri mu
Moga kasih kita bersemi
Akhir pasti

Tuesday, September 8, 2009

DATANG BALIK


Ini serius punya DATANG BALIK!!!

dengar track baru kitorg kat...


lagi bnyk akan menyusul...

datangbaliklubelinurkasihsitanggangkesilapan

dan lagi bnyk bakal direkod...

nantikan...

Thursday, September 3, 2009

www.malaysianmarjon.tk

Salam everybody..

Entry kali ini agak unik psl ditulis dirumah aku kat Temerloh Pahang..wahahaha...takde ape nk diupdate buat masa ini pasal aku tidak berada dlm mood untuk update blog tapi dalam mood santai bersama keluarga dirumah...yeah..cuma aku nak promote satu website ni jer untuk penghuni2 Marjon dan jugak junior2 yg bakal ke Marjon dan juga sesape jer laa yang rasa taktau nak buat apa time online nih blehlah jemput singgah skali..website ni baru dilancarkan secara rasmi..jadi pasal tu aku taruk promote kt sini..

So dengan ini ana mempersembahkan laman web rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Marjon @ Malaysian Asociation of UCP Marjon (MAM) University College Plymouth St.Mark & St.John.



1. kat bahagian atas ada 5 bahagian yang boleh dipilih..
Home - kembali ke muka depan website
About - ada laa info pasal MAM ni da psl Marjon
Recent news - sinopsis aktiviti kt Marjon
Gallery - gmbar2 aktiviti
MAM committee - Officers MAM

2. ntuk bakal2 students Marjon yg akan datang mahupun untuk sape2 je yg nk amik tau camne life kitorg..ntuk tau serba sket life kat Marjon nih..pergi kat 'About'..then click kat signboard tulis 'new to marjon' itu..anda akan di'link'kan dgn satu page baru bertajuk 'Life at Marjon'..kt belah kanan page tu ada 3 bar utama yg korang bleh pilih..so pandai2 laa berdikari cari info yer..

on behalf of MAM Committee, enjoy your stay at the website...

Wednesday, August 26, 2009

Ini Bukan Pengumuman Raya

Salam everybody

aku tak kisah korang nak kate aper

manja atau homesick tidak aku hiraukan

tapi aku tetap nak isytiharkan

AKU NAK BALIK MALAYSIA DAH!!!

dijangka sampai KLIA pada 28hb 8 2009

pukul 2.15ptg

doakan aku selamat pergi dan pulang balik kesini

aku bagitau ni pasal nak kasi jeles

sama kawan2 aku yang diperantauan

di UK, Australia, New Zealand,

mahupun dimana saja

korang takde cuti kan

cuti aku panjang

aku balik kerana Malaysia memerlukan aku

memenuhi kewajiban kepada keluarga

dan segala urusan-urusan rasmi di Malaysia

nanti aku gebang pasal urusan-urusan rasmi tu pulak

jadi kawan-kawan ku sekalian

SELAMAT BERPUASA DAN BERAYA DIPERANTAUAN

=D

p/s: I'm off to London...yeeeaahhaaaa

Tuesday, August 25, 2009

Puasa Kat UK...

Salam and hello everybody..

Kepada yg muslim, masih gagah berpuasa? bukankah puasa mengajar kita untuk sabar dan sesunggugnya Allah akan bersama orang yang sabar. renung2kan dan selamat beramal..

Time aku tulis entry ni adalah pada hari ke 4 Ramadhan waktu Plymouth.. aku nak explain pengalaman or citer puasa kat negara omputih bekas penjajah Tanah Melayu ini (semangat bulan kemerdekaan beb).. dah ramai sangat orang tanya aku kat fesbuk,frenster,YM dan pelbagai lagi cara perhubungan di dunia tanpa sempadan ini camner puasa kat sini..so meh sini ak explain fakta2 yang korang bleh tau pasal org Msia yg puasa kt UK...pasni sape tanye ak bg link blog ak jer..wahahaha...

1) sehingga hari ini, waktu habis sahur adalah pukul 4.15pg dan berbuka 8.30mlm..camtu laa lebih kurang..tp makin lama die berubah kan..so puasa agak panjang dr kt Msia..syukur puasa skrg ni time autumn..kalo summer die punya sahur pukul 2pg buka pukul 10.30..apeciter..huhu...

2) aku kat sini elok jer bersahur dan berbuka makan nasik..siap ade kicap lagi..kitorg kat sini tak berbuka makan salji okeh..sgt tidak logik...

3) since skrg kitorg cuti..mmg agak membosankan puasa disini..

4) kalo kuar city centre ramai orang selamber jer makan..hampesh tol...skali gua call jabatan agama islam kang tak cukup van jenazah angkut sume org..

5) selama ni aku kuar city tak pernah terpikat pon bau pasty, fish n chip mahupun apepe masakan omputih nih..tp skrg daging babi salai pon aku bau sedap semacam...apahal...

6) kat sini takde bazar ramadhan..honestly ak bukan suke sgt g bazar pon kat Msia dulu..pasal ramai org n bersesak2..tp skrg baru kene penangan rindu menusuk kalbu tak hengat punya..meronta2 jiwa nak g bazar ramadhan wa cakap luu...tp skrg kt Msia bnyk H1N1 kan..malas gak ar nk g..malas nk kene jd ninja bertopeng2..

7) kat sini ade je kitorg buat semayang terawih jemaah..moreh dgn iftar lagi..semayang terawih bukan boleh buat kt negara Islam jer..yg penting nak taknak buat jer..

so tu jer ar kot..ade pape sila tanya kat kaunter pertanyaan jabatan agama Islam yg berdekatan..

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan 1430H

Salam Ramadhan buat semua pembaca.
Semoga dapat menjalani ibadah puasa tahun ini dengan sebaiknya.
Semoga segala amal perbuatan kita dalam bulan ini diterima Allah dan dilipat gandakan ganjarannya.
Mohon maaf atas segala salah silap diri ini.
Semoga Ramadhan kali ini dapat menjadikan kita lebih baik untuk hari-hari mendatang.

Akhir kata, hayatilah lagu Nur Ramadhan dari kumpulan Demascus (geng2 5forty2 gak)

kredit untuk kumpulan Demascus di http://www.thedemascus.com

Salam Ramadhan 1430H

azarsyafiq, plymouth.

Wednesday, August 12, 2009

Sekali aku teringat plak...

Kisah ini berlaku ketika aku berada di dalam darjah 2 Amanah pada tahun 1997. Time tu aku sekolah kat sekolah budak jahat [disini]. Aku hanya seorang budak yang berumur 8 tahun tapi belum genap lagi. Dengan minda yang innocent dan mudah terpedaya. Juga cute yang tidak keterlaluan.

Pada suatu hari selepas aku pekena nasik lemak sama air sirap 30sen kat kantin sekolah time rehat, kawan aku merangkap ketua kelas dan tok batin kelas 2 Amanah mengajak aku ke suatu tempat.

KetuaKelas: Azar lama lagi rehat nih. Jom ikut gua jom.
Aku: Lu nak g mana nih?? Gua mana g tempat2 lagha lagi melalaikan.
KetuaKelas: Alaa jom laa. Masa rehat masih panjang. Saya pasti kamu akan menyukainya.
Aku: Apahal lak lu guna ayat buku teks speaking dengan gua nih??

Aku pun menurut je laa tok batin itu. Melawan kang takut disihirnye aku. Dan akhirnya kitorang sampai ke satu destinasi pasti. Pergh insaf wa cakap lu beb. Dia bawaknye aku g surau. "Masa masih awal, apa kata kita solat dulu", katanya dengan muka berseri2 dan senyuman mesra seorang pemimpin kelas. Dalam hati aku time tu da rasa malu dan bersalah kaw2 punya pasal da sangka buruk kat dia.

"Lu amik wudhu' dulu, gua nak g toilet jap". Kata aku dengan sedikit mempraktikkan bahasa Arab dan bahasa Inggeris (padahal boleh jer aku kata amik air semayang dan pergi tandas). Lepas aku keluar dari tandas membuang air sirap yang aku saspek kaler merah die tak tahan lama (pasal keluar kaler lain), aku tengok kawan aku da masuk ke dalam. Aku segera amik wudhu' dan masuk terus kedalam surau.

Aku tengok kawan aku solat dengan khusyuknya. Sebelum berniat, aku betulkan seluar, lipat sikit bawah seluar tu, masukkan tie dalam kocek baju, dan pandang jam kat dinding. Aku pandang pulak jam kat tangan aku. Aku pandang balik jam kat dinding surau. Aku pandang ketua kelas aku yang tengah ruku' rakaat kedua aku rase. Aku try recall balik segala apa yang berlaku pada hari itu. Pagi tadi mak aku kejut bangun dan aku susah giler nak bangun. Aku recall lagi. Sebelum rehat tadi kelas aku ada PJK dan ramai budak muke selebet tahan lelap. Okeh confirm. Aku sangat yakin. Aku melangkah keluar dari surau, pakai kasut, dan tunggu ketua kelas aku sambil tangan kiri cekak pinggang dan tangan kanan pegang tiang.

Ketua kelas aku keluar dari surau siap bersalam lagi dengan aku. Aku layankan aje. Dalam perjalanan balik ke kelas aku tanya dia:

Aku: Lu solat tadi lu baca niat sembahyang aper?
KetuaKelas: NIAT SEMBAHYANG ASAR LAA.

Aku tengok jam tangan aku. Ia tepat menunjukkan pukul 10.30 a.m. Loceng menandakan waktu rehat telah tamat pun berbunyi. Aku tak rasa nak rehat dengan dia lagi lepas nih.

p/s: aku tau die ketua kelas. aku doakan semoga dia bukan ketua ajaran sesat ke aper. Kalau dia bertanding ketua kelas lagi nanti aku taknak angkat tangan sokong dia lagi.

5forty2 @ Festival of Youth 2009

Salaam,

Sedikit pemberitahuan. InsyaAllah 5forty2 akan membuat persembahan di Festival of Youth 2009

Tarikh: 16hb Ogos 2009
Tempat: Padang Timur berhampiran Amcorp Mall (sebelah A&W).
Waktu: Dijangkakan sekitar pukul 4 atau mungkin lebih awal.

Member pertama daripada group Facebook atau Myspace yang datang tegur kitorang hari tu, kitorang belanja Root Beer Float...amacam? Hehe.

Jumpa di sana.
www.542music.com

p/s: makin bnyk lak undangan perform sejak aku blah eh..hampesh...

Thursday, August 6, 2009

5forty2 Live@MISI09 USIM

SAlam guys..ntuk peminat2 dan pengikut 5forty2 dari pihak aku..ni aku taruk latest performance dari 5forty2 feat. Demascus - Balada Palestin.. Performed at Malam Inspirasi Seni Islam CFest 09 Universiti Sains Islam Malaysia.. hanya 4/7 ahli 5forty2 yang ada pada malam itu.. so guys hails to alFaisal,Phonic,RyFa & DMent and to our friend Demascus..

credit to rubybagai for the video

and bagi yg tak bape kenal 5forty2 tu objek ape boleh pergi ke belah kanan blog ini.. ada ruang
untuk 5forty2 punya website (just click on the logo) dan 542 Brethren punya blog..
dan sape yg ade facebook dan nak join group facebook 5forty2 bleh laa klik kat link bawah nih..

teruskan menyokong 5forty2
Cheers...

Monday, August 3, 2009

Pt 2: Quick Update With Picturezzzzz....

Salam y'all... Second update with pitcazzzz...dan kategori kita pada hari ini ialah

Category: Manusia/Orang/Human/HomoSapien

jom kite usha2 gelagat dan telatah homosapien yg aku bekukan menggunakan sniper berkuasa compact flash card ku inih..


Kawanku Baim buang tebiat jd mat bunga. Baim kalo ko bace bende ni sila jerit..nnt ak kt atas tau ar ko tgh tgk aper..huhu

M'SIA BLOODY LONG WAY FROM HOME??? wutdaheck???

mereka gembira ditepi pantai..yeayy

Teknologi mencipta semangat individualisme..ekeke..

encik ini main lambung2 api sambil imbang bende kejadah tukul besar tuh

ape kejadah tah dibuat oleh hosmetku yg 2 orang ini

Fashion Museum for fashion geek..ade ke istilah tuh???

Membaca Gaya Wawasan... Membaca dimana saja...

Pahlawan Malaysia bermuka garang..nak lawan pahlawan Oman ker??ekeke..

Pahlawan Oman datang bawak rotan (diorg ni bleh mendatangkan trauma dan fobia)

cindai lah mana, tidak berhias..die bukan nyanyi tuh..argh..trauma gua dgn mamat2 Oman ni tak abes lagi...

Sunday, August 2, 2009

Pt 1: Quick Update With Picturezzzzz....

wohaaa.. sudah agak lama saya tidak update ini blog.. apecer.. takde apecer.. pasal tu laa tak update.. die bile da start tangguh tu tros je malas.. huhu.. so ni pon nak tunjuk2 gambar jer yer.. yang diambil sekitar tempoh last post dalam blog ni sampai sekarang.. cheers...

Category: LANDSCAPE/SCENERY

ni kat tepi pantai St. Ives

Pantai kat tepi Town St. Ives

Tepi Pantai Land's End

encik serangga berdua, sy tak berniat nak mengganggu ok..

Land's End a.k.a. Penghujung Tanah UK

Vespa sape ntah kat Land's End

Pantai kat Minack Theatre

Kawan2ku didalam kanta cembung

Gumpalan rumput (kot)

Atas batu tengah tu scene Harry Potter dgn Dumbledore dlm HP6. Lokasi: Land's End

Atas bukit kat pulau tu ialah model Sekolah Sihir Hogwarts. Lokasi: St.Michael Mount

p/s1: gambar mmg gloomy pasal time tu mmg hujan je dan mmg camtu pon..
p/s2: nantikan entry lepas ni kategori lain plak yer..huhu..
p/s3: aku mendapati segmen cerita pasal aku dlm versi merepek mendapat sambutan yg menggalakkan..hehe..so nnt aku merepek lagi yer..korang yg nak ok..huhu
p/s4: 2 gambar terakhir tu terpulang r korang nak percaya or tak.. tapi aku mmg tak menggalakkan korang percaya pon..wahahaha...

Thursday, July 16, 2009

Of HP6, YM & Emma Watson

Aku bukak laptop, aku on YM aku. Erm.. Sebenarnya aku pergi tengok citer Harry Potter and The Half Blood Prince kat Vue Cinema petang tadi. So secara otomatiknya aku merupakan antara penonton Harry Potter terawal laa dekat UK nih. Hari pertama je aku da tengok da. So balik2 ni aku berhasrat nak review sedas dua pasal citer ni yang da masuk judul ke-6 dari 7 novel2 Harry Potter. Aku memang suka citer Harry Potter ni sejak dari dulu lagi walopun banyak tahyul2 dan khurafatnya. Tapi aku tengok ada guidance laa kan. Bukan tengok pastu percaya lak. Sengal namanye. Nama pon filem kan.

Citer HP ni agak significant untuk aku dan kawan2 sebaya aku pasal macam kitorg membesar bersama2 plak. Start filem 1st tahun 2000 time budak2 sihir tu kecik dan aku pon kecik lagi sampai laa sekarang ni bila budak2 tu da semakin dewasa dan sama ar aku pon da dewasa. So tu buat citer ni lebih bermakna kat aku. Rasa sama2 membesar dan macam satu sekolah jer dulu. Duduk sebelah2 dlm kelas. Pastu pinjam pemadam bendera aku tak pulang lagi. So citer HP6 kali ni jugak bagi perasaan baru kat aku. Pasal ape? Pasal aku menonton citer tu kat bumi citer tu berasal. Gua tengok HP kat Britain beb. Pergh. Lagi ar aku rasa dekat dengan citer nih. Kalo dulu aku tengok sekadar tengok jer. Tadi aku tengok scene2 kat London dan kawasan sekitarnya dlm citer tu, aku bleh berkata dengan riaknya, "eh tempat ni gua da gi beb","haa gua tau tempat nih","alaa Trafalgar Square tu dulu gua bergambar tunjuk peace depan tu" dan sebagainya. Tak ke takbur bunyinyer tu? Selain tu bile aku tengok scenary surrounding shooting tu sume macam aku da pernah g jer. Gunung2, padang terbentang luas sepanjang naik Hogwart Express, aku naik train kat sini pon macam tu laa jugak environment dier. Lagi power bile aku tengok Hogwart tuh. Macam banggunan2 dan istana2 lama yang aku dah pergi jer. Lagi best bile aku rasa Marjon ni pon da macam Hogwart dah. Heh. Usang gak Marjon ni sebenarnye.

BUZZ!

eh sapelak buzz YM gua nih???

EmmaWatson: Yo Azar..Hi..You alright beb?
Azar: heh..ok jer..pehal?
EmmaWatson: ekelee, gua tegur baik2 lu jawab camtu lak.
Azar: yer laa..i'm good..you rite? so apercer??
EmmaWatson: eleh tak ikhlas. lu da tengok blom filem terbaru gua. da tayang arini tau.
Azar: dah. gua da gi tengok petang tadi.
EmmaWatson: Lu gi dengan sape beb?
Azar: lu sebok nak tau pehal?
EmmaWatson: ala gua nak tau jer.
Azar: gua g dengan member2 gua laa.
EmmaWatson: so amacam citer baru tuh? best tak?
Azar: ok jer.
EmmaWatson: eh lu ni pehal beb? emo2 lak? gua excited YM dgn lu, lu camni lak. apekes?
Azar: kalo lu taknak YM takpela. gua tak pakse pon kan.
EmmaWatson: eh gua tau nih. sure lu jeles pasal scene gua dengan Ron dalam filem tu kan. Scene romantik Ron sebut2 nama gua kan.
Azar: pahal lak gua nak jeles?
EmmaWatson: Azar, kan gua da bgtau lu. kitorg berlakon jer. gua takde pape feeling pon. seyes beb. lu kene paham laa gua pelakon ikut arahan director jer. bape kali gua nak cakap.
Azar: alaa gua paham laa. lu pelakon box office. gua takat belakon dlm camera kawan2 gua then upload fesbuk jer. koman sket uplot TiubKau (youtube).
EmmaWatson: so lu jangan la jeles tak tentu pasal. lu ingat gua suke sangat ke buat scene camtuh. kalo dengan lu lain laa.
Azar: tak lah. gua tak jeles pon. Ok laa.. jeles sket kot. lu janji jangan over2 camtu lagi tau. merana gua dalam hati.
EmmaWatson: alaa poyo laa lu nih. majuk konon. lol. eh tapi patot gua yang majuk dgn lu. pasal lu tak dtg time premiere kat Leicester Square London minggu lepas.
Azar: eh gua da bgtau kan yang gua ada kelas haritu. mane bleh gua skip2 camtuh. marah sponsor gua kang. bukan lu taja biasiswa gua.
EmmaWatson: alaa taknak seribu dalih. gua da mimpi2 da jalan atas kapet merah sama lu.

BUZZ!

MichaelOwen: yo azar..watsup!!
Azar: pehal ko??
MichaelOwen: eh gua nak gi negara lu ni weekend nih. ade friendly match ntuk Asian Tour. Ni first debut gua dengan MU nih.
Azar: Lu ingt gua pedulik??
MichaelOwen: alaa gua nak mintak sket tips2 untuk g negara lu nih beb.
Azar: lu jangan nak gedik2 nak pakai tebal2 pasal kat sna panas. bukan sejuk cm kat sini. kang demam lak kang saket lagi. lu tu da slalu sakit. ngade btol. kang rugi duit Alex Ferguson beli lu. pastu pasal nak lawan team negara gua tuh. erm. lu takyah risau sgt laa. geli2 jer lawan diorang tuh. eh dah laa. gua busy buat esaimen nih. blah ar.
MichaelOwen: eh ok. sori kaco. thanks bro. chow.
Azar: blah blah..

BUZZ!

EmmaWatson: lu buat apa lame tak reply gua nih. lu layan YM awek lain ke ha?
Azar: Michael Owen sebok tanya tips nak g Msia. gua malas layan.
EmmaWatson: alasan. yer ker nih?
Azar: lu taknak caye sudah. sape la gua ni nak pakse aktress box office cam lu.
EmmaWatson: eleh poyo. yer laa. gua percaya. eh lu komen2 laa sket HP6 tuh. ape lu rase?
Azar: ok laa. jujur gua bgtau ape yg gua rase eh. gua rase citer kali cm agak lembab n slow laa. pastu plot lak gua rase cam melompat2. tak clear sgt. tp yg kali ni la paling kuat main dengan emosi dan perasaan. sedih, kesian, seram dll paling menyerlah dlm kali nih. cam dulu kan kire biasa laa kan. and kali ni pon lebih matang da dewasa. kalo dulu macam citer hiburan kanak2, skrg ni da jadi citer remaja lak dah nih. eh lu tolong bagitau kat David Yates director lu tuh, kalo nak emphasise sgt scene2 romantik tu soh die resign and kasik kat Yusof Haslam laa. Gua rase macam bnyk benda dia left out pasal nak highlight sgt scene romantik dan konon2 menunjukkan kedewasaan tuh.
EmmaWatson: erm.. betol gak tuh. tapi sape Yusof Haslam beb?
Azar: rugi pelakon hebat cam lu tak kenal Yusof Haslam. lu tau 'Sembilu'? 'Maria Mariana'? takpon 'Gerak Khas'? gua pon bukan tengok sgt. so takpelah bukan penting pon. tapi tu lah. seyes gua suke bile emotions berjaya dimanipulasikan dlm filem nih. sorry bahasa gua mmg tinggi. tapi bende2 len plak yang macam kureng. dan bnyk gak bende2 yang gua kecewa sket. trailer gempak tp sket je part gempak tu dlm film. lu bayangkan beb, org blakang kerusi gua pon biler abes citer tu macam tertanye2. "finished?? just like that". (beberapa perkara lain terpaksa gua buang dlm perbualan ini untuk mengelakkan dr jd spoiler film ini) so overall untuk film ni gua bagi 3.5 bintang jer dari 5 bintang. 3.5/5. tapi overall film kali ni ada penambah baikan dan kemantapan dlm beberapa sudut dan ada kekurangan dari pelbagai sudut lain. so camtu laa.
EmmaWatson: ouh camtuh. takpelah. mybe bnyk lagi bleh improve ntuk next film yang akan dibuat dlm 2 part. satu tayang November 2010, satu lagi July 2011. tu perancangannya la. lu ada kat sini lagi ker time tuh.
Azar: kalo lu sponsor tiket flight sumer, walau gua kat Msia pon gua sanggup datang. eh ni ada lagi satu gua tak puas ati. gua tak puas ati pasal watak lu tak bape bnyk sgt dalam filem nih. sekejap2 je lu ada. patot director bnykkan lagi scene pelakon hebat macam lu nih. baru gua suke tgk nnt.
EmmaWatson: hehe. gua tau lu syg n amik berat kat gua. ni gua ada satu soklan nih.
Azar: hehe. aper dier?
EmmaWatson: biler lu nak masok meminang gua?

Secara spontannya gua tros jer sign out YM gua. agak2 ibu gua nak ke pinangkan Emma Watson untuk gua??


p/s: korang nak bace review btol2, sile cari kat internet atoupun dlm newspaper or mags. kat blog aku, aku review dgn cara aku. cheers....

Sunday, July 12, 2009

Exeter in HDR

Salam readers...

All right ladies and gentlemen, it has been a long time since I talk about photography in this blog. For now, I just want to share with you my simple HDR photos. Yesterday (110709) we went to Exeter and I took the opportunity to experiment with HDR in taking photos of buildings and architectures.

What is HDR? HDR is stand for High Dynamic Range. Dynamic Range is the ratio between the maximum and minimum values of a physical measurement. In easier words that even I understand and hold to is the ratio between the brightest and the darkest parts of the scene. So usually HDR photos are derived from several photos of one same scene with different exposure. Then we combine them and it becomes one HDR photo. In other word, we can call it the blending exposure technique. HDR will increase the amount of detail in the image and it creates unique photos I would say. We can use it to create natural looking photos or we can use it creatively to create atmospheric and emotive photos. More information you could ask Mr. Google ok. So here are some photos from my shot. They are only simple HDR.




So as the photos above, thanks to the gloomy cloudy wheater where I managed to captured spooky atmosphere in Exeter.

cheers.

Saturday, July 11, 2009

Satu Game...

Satu hari gua tengah lepak2 dalam library sebuah sekolah nih. Gua tekun je buat kerja gua tanpa menghiraukan bendasing2 dikeliling gua. Kalo diingat balik, bape kerat jer gua singgah kat library buat kerja time gua sekolah rendah dlu. Kalo ade tu pon sure lepas kene paksa dengan cikgu sambil pegang pembaris kuning. Gua pon taktau ar ape jadahnye ilmu itam yang ade kat pembaris kuning tuh. Asal nmpk pembaris kuning je sure gigil lutut gua. Tu blom kire kalo cikgu tu test2 hayun sedas dua atas meja kan. Kecut diafragma gua beb. Tapi gua kire hero jugak ar pasal takat kecut diafragma jer. Member2 gua yang lain da latah2 dah kalo dengar bunyik hayunan pembaris tuh. Gua cool lagik laa. Tak percaye Tanya facebook pasal aritu gua jawab kuiz die kate gua cool.

So tengah gua tawadhuk ngadap kerja gua tuh, masuk laa sekumpulan pelajar dalam library tuh. Meriah laa pulak suasana library tu kan. Dari tadi sunyi sepi cam kat tanah perkuburan, sekarang da macam konsert final AF lak. Gua biarkan ajer. Takde mood lak time tuh. Then tetibe keadaan semakin meriah macam juara AF da diumumkan jer. Gua usha dengan jelingan manja. Amboi makin kuat lak lu orang gelak eh. Gua takleh tahan beb camni. Ouh dari tadi gua usha jer lu orang takde sket pon nak amik inisiatif turunkan pitching suara korang tuh. Gua mana tahan beb tengok org bergelak ketawa sumer. Of course gua nak join skali. bersenang-senang tanpa gua mane jadi beb. tanduk gua da tumbuh 3 inci. Kerja2 gua ditaruk tepi. Gua betulkan tie. Gua mara menuju ke kumpulan pelajar itu.


Gua: Cikgu nak join sekali bleh. Cikgu bosan laa buat kerja jer (gua mengayat penuh yakin)

Pelajar 1: Meh laa cikgu. Cikgu ni cikgu baru ker?

Gua: a’ah cikgu ni cikgu baru. Segar dari ladang lagi (fresh laa maksud gua) Kamu semua ni buat apa kat sini? (gua tau la dok library bace buku, tp da dr tadi diorg meriah sgt mcm makcik2 buat kerja kenduri smbil mengumpat, curios gak gua)

Pelajar 2: Cikgu suruh pergi library. Kejap lagi dia datang. Cikgu ajar darjah berapa cikgu?

Gua: ouh, cikgu semua darjah boleh ajar. Hebat kan (sekali lagi gua bersuara penuh keyakinan) Kamu darjah berapa?

Pelajar 1: kami darjah 3.

Gua: ouh darjah 3. Cikgu pun pernah darjah 3 jugak. Same laa kita. Tiru cikgu yer. Org masuk darjah 3 die pon nak masuk jugak (gua saje pancing beb)

Pelajar 3: memang laa cikgu nih. Apela. Kitorg boring laa darjah 3 nih. Nak habis sekolah cepat2.

Gua: eh best laa darjah 3. Cikgu dulu darjah 3 cool jer (rujuk perenggan pertama). Cikgu cool macam Zack Efron (smpai skrg gua musykil lagi cmne gua bleh petik nama mamat nih)

Pelajar 4: ala poyo jer cikgu nih. Cikgu pon tengok high school musical ker?

Gua: ape barang hero macam cikgu tengok cerita tuh. Cikgu ni CyberCop tau sebenarnyer. ala Korang blom lahir lagi time tu. Mane kenal CyberCop. Haritu Zack Efron tanya cikgu macam mana nak darab pecahan. Cikgu ajar je la. Tu yang kenal die tuh. (kata gua dengan nada sedikit ujub)

Pelajar 1: ala cikgu ni poyo laa. Cikgu cerita laa ape2 cikgu.

Pelajar 2: a’ah cikgu. Ape kate cikgu cerita hantu.

Gua: ape kejadahnye cikgu nak bukak citer hantu tengah2 hari buta nih. Hantu pon tak keluar time ni sebab panas laa. (gua cuba memberikan fakta menafikan permintaan diorg psl citer hantu mane ilmiah beb, of coz gua ajar bende2 berfaedah jer)

Pelajar 3: ok cikgu. Kalau camtu apekate kite main satu game nak?

Gua: ouh. Boleh jer (ala budak2, tak cukup umur lagi, layan je la) Macam mana?

Pelajar 2: ok senang jer game nih. Cikgu tak boleh sebut nombor lima.

Gua: Nombor li... (eceh sib bek gua tak tersebut) eh.. ok boleh jer.. (bagi gua apelah sgt mainan budak2 darjah 3. sikit pon gua tak goyang)

Pelajar 1: ok cikgu, 1 + 1 berapa?

Gua: (gua fikir dlu ada tak unsur2 nombor 5 dlm jawapan gua. ok clear) Dua (dgn sgt yakin)

Pelajar 3: 2 + 2??

Gua: (ok confirm takde lima lagi) Empat. (heh gua konfiden diorg takleh kenakan gua)

Pelajar 2: haa cikgu sebut empat. Mane boleh sebut empat.

Gua: eh tadi dia cakap lima.

Semua: haa cikgu sebut lima. Yeay.. cikgu kalah..

Gua: (hati kecilku berkata2..korang ni tak pernah kenal pembaris kuning agaknyer)


Cmne diorg bleh berpakat secara spontan cmtu? adakah gua cikgu pertama yang kene dengan budak2 luaran innocent tp dalaman penuh tipu helah itu?? seyes gua terasa loser sepanjang hari tuh. sib bek ar gua cool. kalo tak ade yang bawak balik kesan tapak kasut size 9 gua kat dada belah kiri tuh. kadang2 ade gak terlintas difikiran gua nak tukar biasiswa Kementerian Pelajaran ni dengan Kementerian Pelancongan. agak2 boleh tak??

Friday, July 10, 2009

Aku Suka..Aku Rela...

Salam...

Last Saturday (040709) and Tuesday (070709) my friends and I voluntereed to become the stewards for the Big Arts Day Festival..yeay.. aku memang tak pernah bercita-cita nak jadi pramugara pon..huhu..pasal steward here was not a flight attendance or cabin crew.. it was person who helped to organise a public event.. and mind the word..volunteer.. ye kami melakukannye dengan suka relanya hati kami ini..

ok..what was it all about?? what was the Big Arts Day?? The Big Arts Day is Hari Besar Seni-Seni..wahahaha...It's actually a festival organized by the Barefoot (Marjon) to celebrate the diversity of arts.. wootzz..

so for the first day (Saturday) we had the Big Carnival Parade in Plymouth City Centre.. It was school children or any art group playing musical instrument and marching around the city. So we 'as a steward' have to guide the parade.. control the children and the traffics and so on..

the mascots, Mr Dragon and Mr Skeleton..budak2 Marjon mmg berbakat..tu dalam costume tu budak Marjon laa tuh..huhu..thanks to Fayadh & Adam who managed to scared the children..

The Stewards..yer aku yg merah tu..yg pakai baju silau2 tak kalis peluru tu perkerja binaan kat Plymouth..pandai cakap BM sume tuh..huhu...

For the second day.. we had the main event of the festival..The Big Arts Day.. and it was held in Plymouth Pavilion..no more parade around the city again..just loads of performance from schools and organisations in a big grand hall..besides, there were also some workshops and exhibitions.. and yes it's all have to do with arts..and our job for today was... steward lagi laa.. this time we had more responsibility.. we were assigned for several participants and we must managed them. make sure they have arrived, show them their sit, make sure their ready for their performance, make sure everything run smoothly and so other steward's jobs..

Sam, Me & Faye..free Tshirt but must be returned back..pinjam je laa plak..

and honestly, although the performances were mostly from the primary school pupils or even pre-school children, they performed like pros..OMG..5forty2 pon tak perform sehebat diorg..ekekeke..sorry guys..korg kene berlatih joget2, nari2 skali kot..and we had choirs, dances, artistic movements which were too artistic for me and many more..they were amazing..

and for those 2 days, I didn't bring my camera because we are not allowed to take pictures of the children..something to do with children protection act here..so just the official photographers are allowed.. but we can bring our camera and take our own pictures..and of course if I bring my camera it would be too obvious and I was very sure if I bring it, I can't stop myself from taking pictures of the event..so better not..so for all the pictures in this entry, the credit goes to Sam and Hafiz (manager) punyer kamera..

i love the event very much..especially because it involved school children..so as a future primary school teacher who will face the challenging children of today..this is a good practice on how to handle them..even though most of the time I feel like kicking or stamping them..negehehehe..but it was not that hard..they were good, just me being a little evil..heh..so I personally hope that we can do more activities like this.. it encourages students to go infront and show their talents.. it enhances their interpersonal skill and they will not be timid and anti-social.. this is another problem with our children..ok i'm not writing my assignment here..enough for now..hehe..

to get more ideas and pictures for this event, feel free to click on the newspaper article link below..

Cheers...

yes we are the stewards

p/s: hopefully I can join volunteering work again..best woo..tp lagi best kalo berbayar kot..huhu...

Monday, July 6, 2009

Anak Omputih

Mode: merepek sesukasukihatikuini setelah hantar esaimen..


Kalau korang kenal aku sure korang sume tau yg aku ni seorg bakal pendidik kan. Orang kampung aku panggil education consultant atau ape yg David Beckham panggil sebagai Cikgu (ke David Arumugam eh?dulik hape aku). Dan korang patut tau laa nak jadi cikgu yang disenangi pelajar ni bukanlah semudah ABC mahupun main pok amai-amai. Haah korang sume pon pernah ada insan bergelar cikgu menemani dan menjadi penyuluh dikala korang dalam kegelapan kan (cmne ayat ni bleh terpacul dr otak ak nih??). dan masing2 ada macam2 pengalaman dengan cikgu korang kan. Ni aku nak story kasi gebang sket kat korang pengalaman aku dgn pelajar plak.

Di satu pagi yang agak dingin ala2 winter sonata. Di bumi kelahiran Mr. Bean. Aku melangkah masuk kesebuah kelas dengan penuh bergaya. Jaket hitam menyerlahkan kemaskulinanku. Dengan rambut tersisir rapi hasil gel rambut brylcream wet look, aku mengusha semua pelajar didalam kelas itu dengan sedikit senyuman tersimpul dibibir.

"Azar watch out, there's a table"... Gedeganggg...adeh pankreasku...

baiklah..lupakan tentang meja yg tidak sepatutnya berada disitu. Ya bacaan anda tidak salah, memang pelajar disini hanya memanggilku dengan namaku sahaja. Tiada istillah cikgu disini. Apetah lagi cikgu kacak mahupun cikgu Azar yg kacak bergaya. walaupun ia dilihat agak tidak sopan bagi budaya kita yang penuh liuk lentok ketimuran, tapi itulah realitinya. dan untuk panggilan yg sedikit rasmi mereka memanggil kita dengan Mr dan nama keluarga kita. Sure2 laa lagi aneh kan. Mr. Azni..huh..tersedak plak abahku yang sedang baca blog nih. Cuba korang bayangkan budak2 umur 8-9 tahun panggil aku Azar jer. Agak kurang ajar yer. Inilah akibatnya kalau bnyk makan bende2 yg tak disembelih nih. Tapi aku tak kisah. Aku cool beb. Terasa muda sentiasa aku.

dan rutin seorang cikgu tu macam biasa laa, tak membebel kat murid tak siap kerja, mesti mengumpat kutuk cikgu lain kat dlm bilik guru. Tapi aku tak camtu beb. Silap besar laa kalau korang ingat aku pon camtu gak. Ape barang pakai brylcream wetlook pastu mengumpat kan. Aku tolong murid2 ni belajar dan buat kerja la. dari meja ke meja aku bergerak membantu students membuat kerja dan menerangkan ape yg gelap. dan seperti yang dijangka la kan, sebagai seorg cikgu yg cool lagi stylo, sumer pelajar memahat harapan agar aku mendampingi diorg. pergh kekadang kat sekolah pun aku bleh terasa artis beb. dan ketika aku memikul tanggungjawab itu dengan penuh berdedikasi lagi bergaya, terjadi dialog dibawah:

ChibiMarukoChan: Azar, could you please help me with this question.
Aku: Yes Chibi. What is it?

amik nota. Nama pelajar itu bukanlah nama sebenar untuk menjaga privasi dan juga mengelakkan skandal liar yang mungkin boleh menjadi konspirasi menjatuhkan aku. amik nota juga bahawa nama pelajar tu dua patah perkataan macam nama contoh yang digunakan (Chibi-MarukoChan). amik nota sekali lagi bahawa nama ChibiMarukoChan digunakan kerana tetiber jer nama tu terjah dlm memori aku. so for sure laa takde kaitan antara yang hidup atau yang telah mati atau yang bakal mati.

ChibiMarukoChan: Ouh please don't call me Chibi. It's just like my father.
Aku: ouh your dad call you Chibi. OK then I'll call you ChibiMarukoChan orait.
ChibiMarukoChan: that's much better.
Aku: anyway if i call you Chibi it's like your dad, what i will be then if I call you ChibiMarukoChan?
ChibiMarukoChan: you're my boyfriend

secara spontan dan tetiber jer lagu Feminin bertajuk Untukmu terngiang-ngiang mengetuk gegendang telingaku. Angin bayu membaya diriku, sepintas lalu kuterkenangkan mu, memori indah...ah korang sambung laa sendiri.





aku suker ajar anak omputih. GRIN =D

Wednesday, July 1, 2009

SRK Jalan Gurney 2

Mode: merepek sesukasukihatikuini ketika malas nak fikir esaimen aiseymen..

Buat bersungguh-sungguh
Cogan kata yang sakti
Maju kehadapan, harumlah namanya
Sekolah Jalan Gurney Dua

Memberi semua ilmu
Memupuk rasa muhibah
Berjayalah kita, tegakkan namanya
Sekolah Jalan Gurney Dua

Gua pon taktau la ape jadahnye gua boleh teringat lagu sekolah gua time gua darjah 1 dgn 2 dlu kira2 tahun 96,97 dlu. Time tu gua sekolah kat Kolumpo beb. Bandar beb, urban wa cakap lu. Time gua tengah lepak2 tepi tingkap sambil menghirup udara perkampungan Plymouth yg segar in disulami dgn bunyi2an burung2 dimusim panas ini. Bleh lak gua ternyanyi lagu skolah gua atas tu. Dan secara semberononya, gua pon teringat kat satu cerita yg sgt tersemat kat memori gua berkapasiti infiniti ini. Meh gua story kat lu orang...

Time gua darjah satu dulu kira2 13tahun lepas, gua nak g ke pasar malam dekat dengan rumah gua dengan abah gua. Kalo tak silap gua pasar malam tu hari Jumaat kot. Kalo silap nasib korang ar kene kelentong dgn gua. Eh abah gua nak bawak gua jalan g pasar malam ni beb. Sure ar gua dressing baek punyer. Dengan penuh keazaman nak g pasar malam, gua pon pilih la pakaian terbaek yang gua ade. Seluar trek PJK kaler biru gelap yg ade satu line putih kat tepi die tu dan baju sukan PJK kaler hijau dengan ada nama and logo sekolah gua. Standard ar kan baju sukan sekolah. Pergh gua rase da abes macho da tu. Tambah bedak sket kat kedua2 belah lesung pipit gua. Pergh terbaek wa cakap lu. Gua da rase cam CyberCop kaler biru da ni.

Then gua pon berjalan ar beriringan dengan abah gua menuju ke satu destinasi di lubuk hati yakni Pasar Malam Taman Melati. Sambil mata melilau melihat gelagat makhluk2 tuhan yg sibuk tawar menawar dan bersesak2 kat pasar malam, gua menggenggam erat tangan abah gua. Giler korang, time tu sibuk kes culik beb. Budak2 sekolah rendah ar mangsanya. Kalo gua kene culik camne. Tak dapat lu orang baca entry gua nih. Da r gua comel kan, sure2 punye orang yg culik gua tu kaya pasal harga gua mesti mahal punyer dipasaran gelap kan.

Pastu abah gua stop kat satu gerai ni. Ntah ar kedai ape gua da tak ingat. Tapi gua sure ar bukan kedai VCD cetak rompak punyer pasal time tu mana ada lagi beb benda2 lagha camtu kan. So tengah abah gua dok memilih-milih barang dan sembang sebarang dua dengan penjual tu. Gua perasan ade dua orang brader ni dok usha gua dari tadi. Nak culik ker? Gua tak cuak beb. Pasal kan gua da cakap tadi yang gua terasa cam CyberCop biru seblom kuar rumah tadi. So ape barang hero masyarakat cam gua nak cuak kan. Gua usha balik brader dua orang tu sambil angkat2 kening Ziana Zain sket. Hamek ko, cuak siot diorg. Daripada penakkulan mantiq gua, brader2 tu lebih kurang umur gua jer. Mybe ar up sket. Darjah dua or tiga kot. Pastu gua terdengar ar perbualan diorg yang lebih kurang gini transkripsinyer.

Budak A: Eh ko biar betul. Die macam darjah satu jer.
Budak B: Betul la. Diorg bukan kira umur.
Budak A: Ko confirm ke nih?
Budak B: Confirm. Mak gua cakap, sekolah Jalan Gurney ni la tempat sekolah budak2 jahat. tak kira r umur ko berapa. Asal ko jahat ko masuk situ la. Sure budak ni jahat giler nih.

Gua balik rumah gua nanges kat ibu gua.

===============================================================

Gua nanges bukan sebab gua sedih ke aper. Tak satria baja hitam la nanges tak bersebab beb. Tapi sebab gua kesian kat budak 2 orang tuh pasal umur lebih kurang gua tapi pengetahuan am cam budak baru blajar sebut "mak nak nasik". Eh gua sebaya diorg pon gua tau la yg sekolah budak jahat tu nama die Sekolah Henry Gurney laa. Bukan Sekolah Jalan Gurney. Sejak aritu gua berfikir 2, 3 kali sebelom pilih baju sukan tu kalau nak keluar rumah.


p/s1: Cerita diatas dikencangkan lagi oleh gua. tapi basic gua nak bagitau psl nama sekolah tu betul laa.
p/s2: Gua rase gua igt sgt kejadian atas ni pasal cm sgt significant dlm idop gua. huhu...
p/s3: Darjah 3 gua pindah sekolah lain psl family gua pindah ke Pahang. Taknak ar dok sekolah budak jahat lama2..wahaha..

Sunday, June 28, 2009

Teh.Gula.Papadam.Turkiye

Apekah tajuk diatas itu??hehe..itulah formula untuk mengingat perkataan "Terima Kasih" or "Thank You" dalam bahasa Turki yg digunakan oleh kitorg (Aku,Pokjak,Shidey) time kat Turki aritu.. perkataan sebenar die ialah "Tessekur Ederim" tapi sebut die "Tea Sugar Ededem".. Turkiye tu Turki laa dalam bahasa Turki.. maksud aku tulis atas tu ialah "Terima Kasih Turki" (dgn nada ceria ala2 iklan tv) so pelik kan..eja die lain tp sebut lain..huhu..mostly ejaan kt Turki ni bnyk cm Msia jer..contoh cam Telefon dan Polis..eja sama..tapi sebut die aku taktau ar plak..huhu..so continuity dari previous post bawah nih..meh ak tunjuk sket gambar2 sekitar Istanbul..yok kite..

Masjid Sultan Ahmet (Blue Mosque)


Gereja > Masjid > Muzium Hagia Sofya (Aya Sofya or Saint Sofya)


Topkapi Palace


Along the Bosphorus River

(Kubu Kota Constantinople)

Around Istanbul


So sekian sahaja diari pengembaraan aku kat Istanbul, Turki aritu.. sori lambat upload kt blog pasal aku malas..huhu..nyway..ntuk tengok lagi gambar2 dari Istanbul nih..korang bleh ar klik kat salah satu dari dua link kat bawah nih:


Thanks..cheers...