Friday, January 2, 2009

Laungan Jihad...

Laungan Jihad

Fi Sabil lillah hi qumna
Nab tari' rof al liwak
La lidun ya qod a'milna
Nahnu lidii nil fida'

Khaibar khaibar ya ya hud
Jaisyu Muhammad saufa yau'd
Sobran sobran ya taghut
La narjia' hatta namut

Bir ruh
Bid dam
Labbaika ya Islam

Mustafar kahamsofar (Abu Bakar 2x)
Caman caman nagar nagar (Umar 4x)
Kali kali caman caman (Usman 4x)
Caman caman kali kali (Ali 4x)

Bir ruh
Bid dam
Nafdika ya Islam

Jaguh jaguh (Islam Jaguh)
Baguh baguh (Yahudi baguh)

Nare' nare' Islam (jii jii Islam)
Nare' takbir (Allahuakbar) 2x
Nare' takbir
Allahuakbar...

Salam buat pembaca sekalian. Inilah LAUNGAN JIHAD yang pernah diajarkan kepada saya dalam satu usrah suatu masa dulu. Laungan ini merupakan laungan semangat perjuangan untuk umat Islam di Palestin bagi menaikkan semangat mereka apabila bertempur dengan musuh. Ketika tahun 1948, ketika umat Islam Palestin mempertahankan bumi mereka dari Rejim zionis laungan ini dijadikan penaik semangat. Ketika intifada pertama 1988, laungan ini sekali lagi bergema di bumi Palestin dan intifada kedua 2000, ia terus dijadikan pembakar api perjuangan umat Islam Palestin dalam mempertahankan negara mereka dan yang lebih utama lagi mempertahankan agama Islam.

Dan kini pada tahun 2008, sekali lagi kegilaan Rejim Zionis Laknatullah menjadi-jadi apabila mereka menyerang rakyat Palestin dengan nama membersihkan pengganas. Hakikatnya, serangan mereka telah mengorbankan ratusan rakyat awam Palestin (sehingga artikel ini ditulis) dan pelbagai kemudahan awam seperti hospital, sekolah, universiti, pusat pentadbiran kerajaan telah dimusnahkan. Hakikatnya, dengan niat menghapuskan umat Islam yang hina di mata meraka, beribu-ribu peluru berpandu dilancarkan siang dan malam ke atas bumi Palestin. Dengan niat melenyapkan nama Palestin diatas peta dunia, serangan bertali arus dibuat tanpa henti. Dengan niat meluaskan kuasa bermula dari rampasan penuh Semenanjung Gaza sehingga menjadi pemilik mutlak ke atas kawasan Masjid Al-Aqsa, Kubah As-Sakhra dan sekitarnya, mereka menyerang membabi-buta.

Dan kita, umat Islam yang sudah wajib mempertahankan agama kita, adakah kita hanya leka bermewah-mewahan di bumi Malaysia yang aman damai ini? Adakah kita hanya berkerut dahi memikirkan masalah ekonomi dunia yang sedikit sebanyak tempiasnya turut dirasai kita sedangkan saudara seagama kita menderita dari segenap aspek lebih dari sekadar ekonomi sejak puluhan tahun yang lampau?

Pembaca yang beragama Islam sekalian, kita semua tahu bahawa Yahudi, Rejim Zionis Laknatullah mendapat sokongan penuh dari pembesar barat. Malah negara 'Polis Antarabangsa' turut menyokong walaupun tidak secara terang-terangan. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) dilihat agak takut-takut untuk mengambil tindakan. Persetankan meraka. Mereka bukan beragama Islam. Kita yang beragama Islam, yang suatu masa dahulu menakluk dunia, yang suatu masa dahulu digeruni, yang jelas mempunyai penganut yang ramai serta negara Islam yang kaya raya dilihat tidak mampu membuat apa. Itulah realiti. Kita takut andai kita membantu, pihak Zionis Laknatullah menyerang kita pula. Tahniah untuk tentera kuffar yang telah berjaya menghapuskan sistem Khilafah, mewujudkan persempadanan negara dan juga semangat negara bangsa menyebabkan kita semua hanya menjaga negara dan bangsa kita sedangkan dalam Islam, kita mesti mengutamakan Islam itu sendiri serta persaudaraan dalam Islam. Bersatu atas nama Islam.

Dan dengan nama Islam, juga nama keamanan sejagat dan kemanusiaan, beribu-ribu bantuan sedang dalam perjalanan. Bantahan-bantahan, perarakan demonstrasi, memorandum membantah sekeras-kerasnya tindakan terkutuk Rejim Zionis Laknatullah. Tahniah kepada semua pihak dan juga pertubuhan-pertubuhan dari Malaysia yang telah menunjukkan semangat persaudaraan Islam yang tinggi. Andai kita tidak mampu mengubah dengan tangan, maka lakukanlah dengan lidah, andai tidak mampu mengubah dengan lidah, maka bencilah kemungkaran itu dengan hati. Sesungguhnya ia adalah selemah-lemah iman.

Bangkitlah saudara-saudara seagamaku...
ALLAHUAKBAR...
FREE PALESTINE

6 comments:

Anonymous said...

teruskn usaha dik...jazakallah...

azarsyafiq said...

sekadar menjalankan tanggungjawab muslim..

kudabesi said...

hehe ni usrah kat al-khairiah ker

maksud dlm bahasa tak de?

azarsyafiq said...

yer kat khairiah..huhu..time muda2 songkok atas kepala dlu..wahaha.. maksud dia ak takde ar..tapi ada ar beberapa line yang ak paham..pasal bahasa die ni bukan full arab..campur urdhu jugak (bahasa area2 Palestin)

shiro escobar said...

As'Salamu'Alaikum..masya'ALLAH..sy dpt juga jumpa laungan JIHAD ini..Mohon diizinkan sharing..Semoga Allah SWT menurunkan Rahmat dan Iman Taqwa serta Ihsan kepada saudara dan keliluarga..Jazakallah..

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Anda tertinggal 1 rangkap dlm laungan jihad ini..iaitu selepas baris la narjia' hatta namut

Sabiluna2x (aljihad2x)
Toriquna2x (aljihad2x)

And, sy jugak ex al-khairiah dlu. Gigih menghafal laungan jihad ni. Slmat maju jaya and keep praying for them and ours.