Sunday, May 31, 2009

Macam mana nak menguruskan jenazah???

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini adalah tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada generasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Justeru, kita sebagai bakal guru dan pelapis yang akan memainkan peranan penting dalam masyarakat mestilah mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan berkenaan hal ehwal pengurusan jenazah. 

(petikan dari teks MC bertugas..ntah sape ntah MC tu..skema katenyer..huhu) 

so pada 30/05/09 (Sabtu) yang lalu, Persatuan Pelajar Malaysia Marjon (MAM) telah menganjurkan kursus pengurusan jenazah dengan kerjasama Malaysian Student Department of UK & EIRE. Ustaz Erfino Johari (Religious Education Attache MSD) telah dijemput untuk menyampaikan kursus tersebut. (sape kate dok oversea ni berfoya2 jer?? akhirat igt gak tau..huhu)

jom kita tengok sedikit gambar sewaktu kursus itu. 

Ustaz menunjukkan cara memandikan jenazah

cara mengkafankan jenazah

solat jenazah

solat jenazah 4 kali takbir

si polan bin si polan 

suasana sedih menyelubungi

yang ni over laa plak..smpai jenazah pon tersenyum..huhu

lakonan semata2..cheers..

Penceramah dari MSD, MC dari RTM (skema katenye)

Peserta Kursus Pengurusan Jenazah UCP St. Mark & St. John

Terima kasih kepada Ustaz yang sudi datang jauh dari London. Terima kasih juga untuk semua model2 yang terlibat (Hasnul, Shidey, Baim, Kak Yan, Sam) untuk memudahkan lagi pembelajaran kita semua..

more pictures at MY FACEBOOK ataupun MY FOTOPAGES

cheers...

3 comments:

minimainimira said...

alhamdulilah korg semua dh selesai kursus jenazah nih..
too bad kak mira tak leh join ari tu..
nnt kena tgk recording kat faris la nmpaknya.
anyway, slm singgah azar..hehe

kayNe said...

nak senang bakar je
=DDD

azarsyafiq said...

kak mira: yer kak..best..rugi akak takder..nyway..jemput laa singgah selalu yer..

kayne: ouh..ok lah kalo cmtuh..senang sket nk uruskan jenazah ko kan..hahaha