Saturday, May 16, 2009

Salam Hari Guru Malaysia 2009

picture taken in class 3/4B. Mr. A Bright's present from his student.

Salam Hari Guru dan Terima Kasih buat semua pendidik yang pernah menyumbang ilmu untuk diri ini :-

Tadika Semai Bakti Felda
SRK Jalan Gurney 2
SR(A) Al-Iqram
SK Tanjong Lalang
SM(A) Al-Khairiah
SMK Abu Bakar
Pusat Tuisyen Impiana Berjaya (ahakz..)

Jasa kalian sangat-sangat dihargai dalam membentuk aku (pelajarmu) pada hari ini. Sekarang, giliran pelajarmu (aku) pula untuk menyambung tugas suci kalian. Mendidik dan menyumbang segala ilmu untuk membentuk generasi akan datang.

Antara sekolah yang pernah menggelarkan aku seorang guru :-

SK Taman Melawati 2
SK SS 19
Marlborough Primary School

Dan tidak dilupakan barisan pendidik (pensyarah) yang bakal menjadikan aku seorang ahli pendidikan pada tahun 2012 nanti.

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Antarabangsa
University College Plymouth St.Mark & St.John

'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA' 
Terima kasih yang tak terhingga sekali lagi untuk semua pendidik yang telah memberi makna dalam hidup ini. Doakan supaya pelajarmu ini juga bakal menurut jejak langkahmu untuk menjadi seorang guru yang hebat seperti kalian. Sesungguhnya tanggungjawab dan bebanan untuk menggalas tugas suci ini adalah sangat berat. Namun ganjarannya tidak dapat digambarkan.



Buat semua guru-guru Malaysia. Juga bakal2 guru kat IPGM. Selamat Hari Guru diucapkan. Korang sumer powerlah.Salute.haha..dari Cikgu Azar (bakal)

2 comments:

Cik Seri said...

x wisk ke untuk bakal2 guru kat ipta
kami pun bakal guru gak. huhu
kami x power ke?

azarsyafiq said...

aiseh..terlepas pandang lak kawan2 kat IPTA..huhu..sory..kepada bakal2 guru di IPTA..selamat juga diucapkan kpd kalian semua.. InsyaAllah kita semua adalah generasi pelapis guru yg power2..huhu