Monday, June 22, 2009

Kisah Istanbul dan Kita...


Salam semua.. Time ni aku dalam mood untuk berkongsi cerita.. Cerita dari bumi Istanbul.. Pasal aper? Pasal aku seronok berjalan2 kat situ sambil menikmati cuaca ala2 Malaysia setelah bersejuk kat Plymouth nih?? Ataupun kisah wanita2 Turki yang lawa2 itu (seyes lawa beb..huhu).. Tidak sama sekali.. Aku nak berkongsi kisah sejarah di Istanbul ini.. Jom.. (mode serious..)

Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali parit (sewaktu Perang Khandaq):
Sesungguhnya Constantinople (Istanbul) itu pasti akan dibuka (Jatuh ke tangan tentera Islam). Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.
(Riwayat Imam Ahmad)

Kunjungan ke Istanbul selama seminggu telah menimbulkan satu rasa kesedaran kepada diri saya. Peninggalan-peninggalan sejarah yang telah menjadi saksi satu keagungan empayar Islam suatu masa lalu. Ya, keagungan dan kehebatan. Dan disinilah juga segala sejarah menjadi saksi akan satu kejatuhan. Kejatuhan yang maha hebat. Kejatuhan Khalifah terakhir Islam. Sekaligus keruntuhan sistem pemerintahan Islam di Bumi Allah ini. Keruntuhan empayar Khalifah Uthmaniyah. Kenapa saya katakan ia satu kejatuhan yang maha hebat? Ia hebat, sangat hebat kerana keruntuhan dan kejatuhan itu bukan sahaja meninggalkan kesan kepada bumi jajahan Uthmaniyah mahupun Turki. Kesannya dirasakan di seluruh negara Islam. Bukan pada waktu itu sahaja (1923). Tetapi hingga kini. Hingga saat anda membaca tulisan ini. Atas sebab itulah saya menaip semua ini. Menyedarkan diri sendiri dan anda sekalian tentang betapa kita alpa sebelum ini.

Constantinople (Istanbul) sebelum jatuh ke tangan tentera Islam berada dibawah naungan kerajaan Byzantine dan diketuai oleh Maharaja Constantine. Rakyat Constantine dibebani dengan cukai yang tinggi serta pelbagai penindasan dari golongan yang berkuasa. Rasulullah S.A.W. mengetahui akan hal ini dan kerana itulah baginda telah beberapa kali memberikan khabar gembira tentang pembukaan kota ini oleh tentera Islam (salah satunya adalah hadis diatas).

Dengan semangat dari hadis Rasulullah S.A.W. itu, pelbagai usaha untuk menakluk Constantinople telah dijalankan. Dari zaman Saydina Ali, Muawiyah (bersama Abu Ayub, seorang sahabat Nabi, syahid di pinggir kota itu), Khilafah Umayah bersama pasukan terhandalnya, (sekadar sebutkan beberapa nama) tetapi semuanya masih belum diizinkan Allah S.W.T. untuk menawan kota itu. Dan janji Nabi dan Allah itu pasti.

Sehinggalah tahun 1543, Sultan Muhammad 2, Sultan yang mewarisi takhta Uthmaniyah dari ayahandanya (Sultan Murad 2) telah menamatkan empayar Byzantine dengan penaklukan kota Constantinople. Sultan Muhammad 2 juga dikenali dengan nama Muhammad al-Fatih (seperti surah Al-Fatihah yang bererti surah pembuka atau "Pembukaan yang Besar") merupakan seorang Sultan yang hebat. Persiapan yang besar (paling besar pernah dilakukan ketika itu) telah dilakukan untuk menawan Constantinople. Beliau telah menyediakan tentera lengkap seramai 250,000 yang sentiasa diperingatkan dengan pujian Rasulullah S.A.W. kepada tentera yang akan menawan Constantinople. Antara persiapan lain untuk menawan Constantinople adalah pembinaan Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di Selat Bosphorus untuk mengawal selat itu. Selain itu, beberapa meriam telah dibina menggunakan khidmat pakar pembuatan meriam yang diculik dari penjara bawah tanah Constantinople. Teknik penculikan yang dilakukan juga hebat apabila beliau mengarahkan sekumpulan askar membina terowong bawah tanah untuk sampai ke penjara itu. Meriam yang dibina merupakan meriam yang terbesar dan terhebat pada masa itu. Dibina daripada gangsa, ratusan askar serta lembu digunakan untuk menarik meriam itu.

Dengan segala persiapan yang mantap serta motivasi tentera yang sentiasa berada dipuncak telah menyebabkan Maharaja Byzantine berasa takut lantas meminta bantuan dari negara-negara Eropah dan juga kepimpina gereja Katholik. Ini adalah suatu perkara yang sangat bertentangan kerana semua gereja di Constantinople bermazhab Orthodoks. Demi mengekalkan kuasanya, Maharaja Byzantine bersetuju untuk menukar mazhab Constantinople. Dia telah menyeru kepada semua rakyat Constantinople di gereja Aya Sofya (Hagia Sofya atau Saint Sofya) akan ketundukan Byzantine terhadap Katholik. Ini telah menimbulkan kemarahan kepada semua rakyat Constantinople. Mereka menganggapnya sebagai satu pengkhianatan sehingga seorang pemimpin Orthodoks berkata "Sesungguhnya aku lebih rela melihat di bumi Byzantine ini serban para orang Turki (Muslim) dari aku melihat topi Latin!" Pemberontakan ini memudahkan lagi usaha Sultan Muhammad al-Fatih untuk menawan Constantinople serta penerimaan rakyat kota itu terhadap tentera Islam.

Serangan meriam yang dilakukan jelas berjaya meruntuhkan tembok Constantinople akan tetapi tentera Islam masih belum boleh memasuki kota itu. Beberapa bantuan yang dari Eropah yang sampai untuk membantu Kerajaan Byzantine sedikit sebanyak telah menaikkan semangat juang mereka. Antara halangan terbesar yang menghalang tentera Islam Uthmaniyah dari merapati kota Constantinople (selain tembok) adalah rantai besi besar yang merentangi perairan Tanjung Emas (Golden Horn) salah satu jalan masuk ke Constantinople. Ia menghalang kapal-kapal tentera Islam dari masuk dan membuat serangan dari air. Akan tetapi, Sultan Muhammad al-Fatih telah mendapat ilham. Ilham akan satu perkara yang tidak pernah dibuat dalam sejarah peradaban manusia. Satu kaedah yang meletakkan Sultan Muhammad al-Fatih sebagai seorang penakluk yang hebat. Hingga ada yang mengiktirafnya lebih hebat dari Alexander the Great. Beliau telah mengarahkan tenteranya supaya membawa masuk kapal-kapal ke perairan Tanjung Emas (Golden Horn) melalui jalan darat pada malam itu juga. Berbekalkan semangat yang luar biasa, dengan segala kekuatan, tentera Uthmaniyah berjaya menarik 70 buah kapal perang melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu hingga sampai di Tanjung Emas (Golden Horn).

Dan pagi itu, seluruh Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir tentera Uthmaniyah di Tanjung Emas (Golden Horn). Hal ini sangat mengejutkan dan sukar dipercayai tentera Byzantine lebih-lebih lagi ini semua berlaku dalam hanya satu malam. Seorang ahli sejarah Byzantine berkata "Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fatih telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya dipuncak gunung dan bukan di ombak lautan" (hal ini ditulis oleh Yilmaz Oltuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi). Dan selepas kejayaan itu, serangan bertubi-tubi dilancarkan siang dan malam sehingga tewas kesemua tentera Byzantine. Kepungan dan serangan keatas bumi Constantinople ini berlansung selama lebih kurang 53 hari dan berakhir dengan kemenangan tentera Islam.

Sultan Muhammad al-Fatih telah pergi ke gereja Aya Sofya dan menemui serta menenangkan semua rakyat yang berlindung disitu. Beliau juga mengarahkan gereja itu ditukarkan kepada masjid dan solat Jumaat pertama mereka di bumi Constantinople akan diadakan disitu. Segala kerja pembersihan salib-salib, patung dan gambar segera dilakukan untuk tujuan itu (hanya memakan masa kira-kira 3 hari). Dan selepas solat Jumaat pertama mereka di situ, Sultan Muhammad al-Fatih telah bersumpah bahawa "Sesiapa yang menukarkan Masjid Aya Sofya ini kembali menjadi gereja atau selain daripada masjid, orang itu akan menerima laknat dan kutukan dari Tuhan Masjid ini (Allah)". Dan kemudian nama Constantinople ditukar kepada Islam Bol (Bandar Islam atau Islam Keseluruhannya) dan dijadikan pusat pemerintahan Empayar Uthmaniyah yang ketiga selepas Bursa dan Erdine. Presiden Republik Turki yang pertama Mustafa Kamal Ataturk menukarkan Masjid Aya Soyfa kepada Muzium dan menukarkan nama Islam Bol kepada Istanbul.

Pembaca sekalian, apakah erti Constantinople itu sehingga Nabi S.A.W. turut bersabda akan pembebasan kota itu ditangan tentera Islam. Napoleon Bonaparte (Raja Perancis, juga seorang penakluk) pernah berkata, "Kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Constantinople lah yang paling layak menjadi ibu negaranya". Secara geografinya, Istanbul merupakan sebuah tempat yang strategik kerana dikelilingi oleh lautan dari 3 penjuru iaitu Selat Bosphorus, Laut Marmara, dan Perairan Tanjung Emas (Golden Horn). Tetapi bagi saya, Istanbul memang segala-galanya.

Istanbul adalah segala-galanya kerana ia mambawa pengaruh besar dalam sejarah Islam. Dimana ia menjadi salah satu tempat zaman keagungan Islam dan juga tempat keruntuhan hebat Islam. Selepas runtuhnya empayar Khilafah terkahir di sini hasil usaha Mustafa Kamal Ataturk (1924), Islam dilihat terus lemah. Bumi Palestin jatuh ke tangan Israel. Umat Islam berpecah belah dan hanya mementingkan negara sendiri dan lebih buruk lagi semuanya mengikut telunjuk Barat. Di Turki sendiri, pelbagai ubahsuai dilakukan untuk melenyapkan Khilafah dan Islam dari diri rakyatnya. Sehingga lawatan saya ke sana jelas dapat dilihat bahawa mereka (rakyat Turki) lebih mengagungkan Kamal Ataturk dari Sultan-Sultan Khalifah mereka sebelum itu. Sekularisme disana lebih Barat dari Barat. Itu menunjukkan mereka telah berjaya menakluk umat Islam.

Turki adalah negara Islam pertama yang dimerdekakan oleh Britain (diberi kepada Kamal Ataturk untuk menjadi Presiden) diikuti negara-negara Islam di Asia Barat dan ini dipersoalkan sendiri oleh ahli-ahli parlimen Britain. Dan dengan tenang perancang-perancang besar menjawab, "Kita tidak perlu takut untuk memberi kebebasan kepada mereka, kerana mereka tidak akan melawan kita, mereka tidak ada kekuatan, mereka sudah tidak ada Khalifah". Inilah strategi mereka, meminta Kamal Ataturk menghapuskan pemerintahan Khalifah dan kemudian mengawal semuanya walaupun kononnya mereka telah memberi kemerdekaan kepada kita. Mungkin ini juga sebab kita (Malaysia) beroleh kemerdekaan. Tidak mungkin mereka memerdekakan kita jika kita mampu melawan mereka balik. Kerajaan Uthmaniyah pernah membantu Sultan Alaudin menyerang Portugis untuk merampas kembali Melaka namun gagal.

Rakan-rakan pembaca sekalian. Selepas keruntuhan Pemerintahan Islam yang terakhir di bumi Istanbul itu, kita sememangnya dikawal oleh kuasa-kuasa besar yang merancang segala konspirasi di dunia ini. Mungkin kita sedang aman bahagia, tapi saudara-saudara kita ditempat lain ditindas tanpa henti. Dan mungkin suatu hari nanti jika kita terus lalai dan alpa, kita pula akan menjadi mangsa. Ini tidak bererti mangsa perang, penjajahan datang dalam pelbagai bentuk pada zaman ini. Dan kita adalah mangsa rancangan mereka dalam apa saja bentuk. Kita hanya perlu ingat, suatu masa dulu, kita pernah menjadi kuasa besar dunia. Kita dihormati. Musuh gerun akan kita. Sehinggalah ada perasaan "Wahn" dalam jiwa kita. Perasaan terlalu cintakan dunia dan takutkan mati di jalan Allah. Inilah yang melalaikan sekaligus melemahkan kita semua.

Pembaca sekalian. Tujuan saya menulis tulisan kali ini bukanlah untuk menyeru kita semua supaya memakai baju jaket dengan bom dan pergi letupkan diri di tempat musuh-musuh Islam. Islam sendiri menggalakkan keamanan bukan. Tujuan tulisan ini hanya untuk renung kembali (reflect) diri ini sekaligus mengingatkan kita semua setelah apa yang saya lalui di Istanbul. Melihat peninggalan Islam (Pedang Nabi dan Khalifah2 serta sahabat, Tongkat Nabi Musa, Cop Mohor Nabi, helaian janggut Nabi dan banyak lagi ada di Muzium Islam Turki, Topkapi Palaca) serta kesan runtuhan sebuah tamadun agung telah membuat menjentik minda saya. Dengan melihat apa yang sedang berlaku disekeliling kita semua, harap tulisan ini juga mampu menjentik minda anda.


p/s1: aku mungkin bukan orang yg layak untuk bicara tentang ni..tp setiap org layak bg pendapat dan pandangan kan..

p/s2: segala tulisan didalam post ini adalah hasil pembacaan dan kajian di internet, di Sign Board tourist kat Istanbul, explanation guide yg bawak kitorg jalan kt Istanbul, background knowledge dan juga imaginasi serta idea kurniaan Allah. So takde proper reference okeh..

p/s3: aku tau korang tak bace pon tulisan panjang2 tu kan..tengok atas then trus scroll down bawah nih..so just nk bgtau yg tulisan pnjang2 tu ada citer psl cmne tentera Islam yang dipimpin oleh Sultan Muhammad al-Fatih menakluk Istanbul..

p/s4: aku saje je selit2 sejarah tu supaya next post aku bile aku taruk gambar2 jer korang bleh ar tau citer disebalik gambar tuh..kire ade schema idea pasal bende apa dlm gambar tuh..takyah aku taip panjang2 da..

p/s5: aku bangga dengan pemerintahan dan empayar Khilafah..so jom kita berdoa agar pemerintahan Khilafah dikembalikan supaya dapat membawa keamanan sejagat..nak harap Arab Saudi..hampeh jer..

p/s6: Klik link nih -> Tesekkur Ederim Turkiye <- untuk tengok koleksi gambar2 aku snap dr Istanbul..nnt aku taruk sket dlm blog ni bersama ceritanya..

p/s7: CHEERS...SALAM...

5 comments:

traveller said...

salam azar, finally...

After reading...alhamdulillah. Mabruk! Teruskan menyampaikan semampu yang boleh [az-zariyyat:56; Yusuf:108]

Lepas ni boleh bincang/do more reading tentang Mustafa Kamal Attaturk. Mcmna boleh empayar khilafah ISLAM Turki tu jatuh?

Peringatan itu baik untuk MUKMIN [al-a'la:09]...

fastaqim kama umirta...
wallahua'lam

azarsyafiq said...

Salam kak nabilah (correct me if i'm wrong)

sy ade buat research psl bende tuh..more to conspiracy dunia nowadays..inysaAllah bleh dikongsi kalo dbawa berbincang..sbb tak berhajat nk produce pon..sekadar sendiri2 jer n ntuk org yg nk berkongsi..

traveller said...

wslm...
understood...

insya Allah dik.

[al-a'raf:168]

all the best~

azarsyafiq said...

hehe...thanks kak..

dilakhir said...

share ye..