Wednesday, August 12, 2009

Sekali aku teringat plak...

Kisah ini berlaku ketika aku berada di dalam darjah 2 Amanah pada tahun 1997. Time tu aku sekolah kat sekolah budak jahat [disini]. Aku hanya seorang budak yang berumur 8 tahun tapi belum genap lagi. Dengan minda yang innocent dan mudah terpedaya. Juga cute yang tidak keterlaluan.

Pada suatu hari selepas aku pekena nasik lemak sama air sirap 30sen kat kantin sekolah time rehat, kawan aku merangkap ketua kelas dan tok batin kelas 2 Amanah mengajak aku ke suatu tempat.

KetuaKelas: Azar lama lagi rehat nih. Jom ikut gua jom.
Aku: Lu nak g mana nih?? Gua mana g tempat2 lagha lagi melalaikan.
KetuaKelas: Alaa jom laa. Masa rehat masih panjang. Saya pasti kamu akan menyukainya.
Aku: Apahal lak lu guna ayat buku teks speaking dengan gua nih??

Aku pun menurut je laa tok batin itu. Melawan kang takut disihirnye aku. Dan akhirnya kitorang sampai ke satu destinasi pasti. Pergh insaf wa cakap lu beb. Dia bawaknye aku g surau. "Masa masih awal, apa kata kita solat dulu", katanya dengan muka berseri2 dan senyuman mesra seorang pemimpin kelas. Dalam hati aku time tu da rasa malu dan bersalah kaw2 punya pasal da sangka buruk kat dia.

"Lu amik wudhu' dulu, gua nak g toilet jap". Kata aku dengan sedikit mempraktikkan bahasa Arab dan bahasa Inggeris (padahal boleh jer aku kata amik air semayang dan pergi tandas). Lepas aku keluar dari tandas membuang air sirap yang aku saspek kaler merah die tak tahan lama (pasal keluar kaler lain), aku tengok kawan aku da masuk ke dalam. Aku segera amik wudhu' dan masuk terus kedalam surau.

Aku tengok kawan aku solat dengan khusyuknya. Sebelum berniat, aku betulkan seluar, lipat sikit bawah seluar tu, masukkan tie dalam kocek baju, dan pandang jam kat dinding. Aku pandang pulak jam kat tangan aku. Aku pandang balik jam kat dinding surau. Aku pandang ketua kelas aku yang tengah ruku' rakaat kedua aku rase. Aku try recall balik segala apa yang berlaku pada hari itu. Pagi tadi mak aku kejut bangun dan aku susah giler nak bangun. Aku recall lagi. Sebelum rehat tadi kelas aku ada PJK dan ramai budak muke selebet tahan lelap. Okeh confirm. Aku sangat yakin. Aku melangkah keluar dari surau, pakai kasut, dan tunggu ketua kelas aku sambil tangan kiri cekak pinggang dan tangan kanan pegang tiang.

Ketua kelas aku keluar dari surau siap bersalam lagi dengan aku. Aku layankan aje. Dalam perjalanan balik ke kelas aku tanya dia:

Aku: Lu solat tadi lu baca niat sembahyang aper?
KetuaKelas: NIAT SEMBAHYANG ASAR LAA.

Aku tengok jam tangan aku. Ia tepat menunjukkan pukul 10.30 a.m. Loceng menandakan waktu rehat telah tamat pun berbunyi. Aku tak rasa nak rehat dengan dia lagi lepas nih.

p/s: aku tau die ketua kelas. aku doakan semoga dia bukan ketua ajaran sesat ke aper. Kalau dia bertanding ketua kelas lagi nanti aku taknak angkat tangan sokong dia lagi.

7 comments:

i r r i n a said...

semart sungguh beliau!

weh!apekah nm ex ktua clas ko tu?
xtry carik ke?
ntah2 blaja kat uk jugek
haha

AzRiQ [AiMaN] AzMaN said...

wakakaka..
menarek2..

awatif 'adilah atan said...

azar...tolonglah part air sirap tak tahan kaler merah, lalu kuar kaler laen tuh..haish. tak senonoh. euw!

balek msia bawak ole2...hehe.

azarsyafiq said...

irr: ak pon tak bape igt da name die sape..haha..xnk r ak carik..kang tah ape lak diajaknye ak buat..huhu..

aiman: haha..zaman2 innocent n mudah terpedaya..huhu..

kaktiku: btollah..fakta tu kan..haha..alaa kak tiku pon blk gak bulan 12 nnt..huhu...

NaniDaniela said...

*bro,gua bz cm babun cari kn kutu bro...rindu nk bce blog bdk2 nih~

perghh...yakin aje tok batin kesayangan lu tu jwb soalan lu kn...klu jwb "solat sunat laa..."
blh diterime lg...hoho~

azarsyafiq said...

ngehehe..sib bek die tak kate solat terawikh..huhu

ZaaRz said...

haha...

bagus betul ketua kelas ko. memang tok batin yang terhormat la...