Sunday, June 28, 2009

Teh.Gula.Papadam.Turkiye

Apekah tajuk diatas itu??hehe..itulah formula untuk mengingat perkataan "Terima Kasih" or "Thank You" dalam bahasa Turki yg digunakan oleh kitorg (Aku,Pokjak,Shidey) time kat Turki aritu.. perkataan sebenar die ialah "Tessekur Ederim" tapi sebut die "Tea Sugar Ededem".. Turkiye tu Turki laa dalam bahasa Turki.. maksud aku tulis atas tu ialah "Terima Kasih Turki" (dgn nada ceria ala2 iklan tv) so pelik kan..eja die lain tp sebut lain..huhu..mostly ejaan kt Turki ni bnyk cm Msia jer..contoh cam Telefon dan Polis..eja sama..tapi sebut die aku taktau ar plak..huhu..so continuity dari previous post bawah nih..meh ak tunjuk sket gambar2 sekitar Istanbul..yok kite..

Masjid Sultan Ahmet (Blue Mosque)


Gereja > Masjid > Muzium Hagia Sofya (Aya Sofya or Saint Sofya)


Topkapi Palace


Along the Bosphorus River

(Kubu Kota Constantinople)

Around Istanbul


So sekian sahaja diari pengembaraan aku kat Istanbul, Turki aritu.. sori lambat upload kt blog pasal aku malas..huhu..nyway..ntuk tengok lagi gambar2 dari Istanbul nih..korang bleh ar klik kat salah satu dari dua link kat bawah nih:


Thanks..cheers...

Monday, June 22, 2009

Kisah Istanbul dan Kita...


Salam semua.. Time ni aku dalam mood untuk berkongsi cerita.. Cerita dari bumi Istanbul.. Pasal aper? Pasal aku seronok berjalan2 kat situ sambil menikmati cuaca ala2 Malaysia setelah bersejuk kat Plymouth nih?? Ataupun kisah wanita2 Turki yang lawa2 itu (seyes lawa beb..huhu).. Tidak sama sekali.. Aku nak berkongsi kisah sejarah di Istanbul ini.. Jom.. (mode serious..)

Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali parit (sewaktu Perang Khandaq):
Sesungguhnya Constantinople (Istanbul) itu pasti akan dibuka (Jatuh ke tangan tentera Islam). Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.
(Riwayat Imam Ahmad)

Kunjungan ke Istanbul selama seminggu telah menimbulkan satu rasa kesedaran kepada diri saya. Peninggalan-peninggalan sejarah yang telah menjadi saksi satu keagungan empayar Islam suatu masa lalu. Ya, keagungan dan kehebatan. Dan disinilah juga segala sejarah menjadi saksi akan satu kejatuhan. Kejatuhan yang maha hebat. Kejatuhan Khalifah terakhir Islam. Sekaligus keruntuhan sistem pemerintahan Islam di Bumi Allah ini. Keruntuhan empayar Khalifah Uthmaniyah. Kenapa saya katakan ia satu kejatuhan yang maha hebat? Ia hebat, sangat hebat kerana keruntuhan dan kejatuhan itu bukan sahaja meninggalkan kesan kepada bumi jajahan Uthmaniyah mahupun Turki. Kesannya dirasakan di seluruh negara Islam. Bukan pada waktu itu sahaja (1923). Tetapi hingga kini. Hingga saat anda membaca tulisan ini. Atas sebab itulah saya menaip semua ini. Menyedarkan diri sendiri dan anda sekalian tentang betapa kita alpa sebelum ini.

Constantinople (Istanbul) sebelum jatuh ke tangan tentera Islam berada dibawah naungan kerajaan Byzantine dan diketuai oleh Maharaja Constantine. Rakyat Constantine dibebani dengan cukai yang tinggi serta pelbagai penindasan dari golongan yang berkuasa. Rasulullah S.A.W. mengetahui akan hal ini dan kerana itulah baginda telah beberapa kali memberikan khabar gembira tentang pembukaan kota ini oleh tentera Islam (salah satunya adalah hadis diatas).

Dengan semangat dari hadis Rasulullah S.A.W. itu, pelbagai usaha untuk menakluk Constantinople telah dijalankan. Dari zaman Saydina Ali, Muawiyah (bersama Abu Ayub, seorang sahabat Nabi, syahid di pinggir kota itu), Khilafah Umayah bersama pasukan terhandalnya, (sekadar sebutkan beberapa nama) tetapi semuanya masih belum diizinkan Allah S.W.T. untuk menawan kota itu. Dan janji Nabi dan Allah itu pasti.

Sehinggalah tahun 1543, Sultan Muhammad 2, Sultan yang mewarisi takhta Uthmaniyah dari ayahandanya (Sultan Murad 2) telah menamatkan empayar Byzantine dengan penaklukan kota Constantinople. Sultan Muhammad 2 juga dikenali dengan nama Muhammad al-Fatih (seperti surah Al-Fatihah yang bererti surah pembuka atau "Pembukaan yang Besar") merupakan seorang Sultan yang hebat. Persiapan yang besar (paling besar pernah dilakukan ketika itu) telah dilakukan untuk menawan Constantinople. Beliau telah menyediakan tentera lengkap seramai 250,000 yang sentiasa diperingatkan dengan pujian Rasulullah S.A.W. kepada tentera yang akan menawan Constantinople. Antara persiapan lain untuk menawan Constantinople adalah pembinaan Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di Selat Bosphorus untuk mengawal selat itu. Selain itu, beberapa meriam telah dibina menggunakan khidmat pakar pembuatan meriam yang diculik dari penjara bawah tanah Constantinople. Teknik penculikan yang dilakukan juga hebat apabila beliau mengarahkan sekumpulan askar membina terowong bawah tanah untuk sampai ke penjara itu. Meriam yang dibina merupakan meriam yang terbesar dan terhebat pada masa itu. Dibina daripada gangsa, ratusan askar serta lembu digunakan untuk menarik meriam itu.

Dengan segala persiapan yang mantap serta motivasi tentera yang sentiasa berada dipuncak telah menyebabkan Maharaja Byzantine berasa takut lantas meminta bantuan dari negara-negara Eropah dan juga kepimpina gereja Katholik. Ini adalah suatu perkara yang sangat bertentangan kerana semua gereja di Constantinople bermazhab Orthodoks. Demi mengekalkan kuasanya, Maharaja Byzantine bersetuju untuk menukar mazhab Constantinople. Dia telah menyeru kepada semua rakyat Constantinople di gereja Aya Sofya (Hagia Sofya atau Saint Sofya) akan ketundukan Byzantine terhadap Katholik. Ini telah menimbulkan kemarahan kepada semua rakyat Constantinople. Mereka menganggapnya sebagai satu pengkhianatan sehingga seorang pemimpin Orthodoks berkata "Sesungguhnya aku lebih rela melihat di bumi Byzantine ini serban para orang Turki (Muslim) dari aku melihat topi Latin!" Pemberontakan ini memudahkan lagi usaha Sultan Muhammad al-Fatih untuk menawan Constantinople serta penerimaan rakyat kota itu terhadap tentera Islam.

Serangan meriam yang dilakukan jelas berjaya meruntuhkan tembok Constantinople akan tetapi tentera Islam masih belum boleh memasuki kota itu. Beberapa bantuan yang dari Eropah yang sampai untuk membantu Kerajaan Byzantine sedikit sebanyak telah menaikkan semangat juang mereka. Antara halangan terbesar yang menghalang tentera Islam Uthmaniyah dari merapati kota Constantinople (selain tembok) adalah rantai besi besar yang merentangi perairan Tanjung Emas (Golden Horn) salah satu jalan masuk ke Constantinople. Ia menghalang kapal-kapal tentera Islam dari masuk dan membuat serangan dari air. Akan tetapi, Sultan Muhammad al-Fatih telah mendapat ilham. Ilham akan satu perkara yang tidak pernah dibuat dalam sejarah peradaban manusia. Satu kaedah yang meletakkan Sultan Muhammad al-Fatih sebagai seorang penakluk yang hebat. Hingga ada yang mengiktirafnya lebih hebat dari Alexander the Great. Beliau telah mengarahkan tenteranya supaya membawa masuk kapal-kapal ke perairan Tanjung Emas (Golden Horn) melalui jalan darat pada malam itu juga. Berbekalkan semangat yang luar biasa, dengan segala kekuatan, tentera Uthmaniyah berjaya menarik 70 buah kapal perang melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu hingga sampai di Tanjung Emas (Golden Horn).

Dan pagi itu, seluruh Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir tentera Uthmaniyah di Tanjung Emas (Golden Horn). Hal ini sangat mengejutkan dan sukar dipercayai tentera Byzantine lebih-lebih lagi ini semua berlaku dalam hanya satu malam. Seorang ahli sejarah Byzantine berkata "Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fatih telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya dipuncak gunung dan bukan di ombak lautan" (hal ini ditulis oleh Yilmaz Oltuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi). Dan selepas kejayaan itu, serangan bertubi-tubi dilancarkan siang dan malam sehingga tewas kesemua tentera Byzantine. Kepungan dan serangan keatas bumi Constantinople ini berlansung selama lebih kurang 53 hari dan berakhir dengan kemenangan tentera Islam.

Sultan Muhammad al-Fatih telah pergi ke gereja Aya Sofya dan menemui serta menenangkan semua rakyat yang berlindung disitu. Beliau juga mengarahkan gereja itu ditukarkan kepada masjid dan solat Jumaat pertama mereka di bumi Constantinople akan diadakan disitu. Segala kerja pembersihan salib-salib, patung dan gambar segera dilakukan untuk tujuan itu (hanya memakan masa kira-kira 3 hari). Dan selepas solat Jumaat pertama mereka di situ, Sultan Muhammad al-Fatih telah bersumpah bahawa "Sesiapa yang menukarkan Masjid Aya Sofya ini kembali menjadi gereja atau selain daripada masjid, orang itu akan menerima laknat dan kutukan dari Tuhan Masjid ini (Allah)". Dan kemudian nama Constantinople ditukar kepada Islam Bol (Bandar Islam atau Islam Keseluruhannya) dan dijadikan pusat pemerintahan Empayar Uthmaniyah yang ketiga selepas Bursa dan Erdine. Presiden Republik Turki yang pertama Mustafa Kamal Ataturk menukarkan Masjid Aya Soyfa kepada Muzium dan menukarkan nama Islam Bol kepada Istanbul.

Pembaca sekalian, apakah erti Constantinople itu sehingga Nabi S.A.W. turut bersabda akan pembebasan kota itu ditangan tentera Islam. Napoleon Bonaparte (Raja Perancis, juga seorang penakluk) pernah berkata, "Kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Constantinople lah yang paling layak menjadi ibu negaranya". Secara geografinya, Istanbul merupakan sebuah tempat yang strategik kerana dikelilingi oleh lautan dari 3 penjuru iaitu Selat Bosphorus, Laut Marmara, dan Perairan Tanjung Emas (Golden Horn). Tetapi bagi saya, Istanbul memang segala-galanya.

Istanbul adalah segala-galanya kerana ia mambawa pengaruh besar dalam sejarah Islam. Dimana ia menjadi salah satu tempat zaman keagungan Islam dan juga tempat keruntuhan hebat Islam. Selepas runtuhnya empayar Khilafah terkahir di sini hasil usaha Mustafa Kamal Ataturk (1924), Islam dilihat terus lemah. Bumi Palestin jatuh ke tangan Israel. Umat Islam berpecah belah dan hanya mementingkan negara sendiri dan lebih buruk lagi semuanya mengikut telunjuk Barat. Di Turki sendiri, pelbagai ubahsuai dilakukan untuk melenyapkan Khilafah dan Islam dari diri rakyatnya. Sehingga lawatan saya ke sana jelas dapat dilihat bahawa mereka (rakyat Turki) lebih mengagungkan Kamal Ataturk dari Sultan-Sultan Khalifah mereka sebelum itu. Sekularisme disana lebih Barat dari Barat. Itu menunjukkan mereka telah berjaya menakluk umat Islam.

Turki adalah negara Islam pertama yang dimerdekakan oleh Britain (diberi kepada Kamal Ataturk untuk menjadi Presiden) diikuti negara-negara Islam di Asia Barat dan ini dipersoalkan sendiri oleh ahli-ahli parlimen Britain. Dan dengan tenang perancang-perancang besar menjawab, "Kita tidak perlu takut untuk memberi kebebasan kepada mereka, kerana mereka tidak akan melawan kita, mereka tidak ada kekuatan, mereka sudah tidak ada Khalifah". Inilah strategi mereka, meminta Kamal Ataturk menghapuskan pemerintahan Khalifah dan kemudian mengawal semuanya walaupun kononnya mereka telah memberi kemerdekaan kepada kita. Mungkin ini juga sebab kita (Malaysia) beroleh kemerdekaan. Tidak mungkin mereka memerdekakan kita jika kita mampu melawan mereka balik. Kerajaan Uthmaniyah pernah membantu Sultan Alaudin menyerang Portugis untuk merampas kembali Melaka namun gagal.

Rakan-rakan pembaca sekalian. Selepas keruntuhan Pemerintahan Islam yang terakhir di bumi Istanbul itu, kita sememangnya dikawal oleh kuasa-kuasa besar yang merancang segala konspirasi di dunia ini. Mungkin kita sedang aman bahagia, tapi saudara-saudara kita ditempat lain ditindas tanpa henti. Dan mungkin suatu hari nanti jika kita terus lalai dan alpa, kita pula akan menjadi mangsa. Ini tidak bererti mangsa perang, penjajahan datang dalam pelbagai bentuk pada zaman ini. Dan kita adalah mangsa rancangan mereka dalam apa saja bentuk. Kita hanya perlu ingat, suatu masa dulu, kita pernah menjadi kuasa besar dunia. Kita dihormati. Musuh gerun akan kita. Sehinggalah ada perasaan "Wahn" dalam jiwa kita. Perasaan terlalu cintakan dunia dan takutkan mati di jalan Allah. Inilah yang melalaikan sekaligus melemahkan kita semua.

Pembaca sekalian. Tujuan saya menulis tulisan kali ini bukanlah untuk menyeru kita semua supaya memakai baju jaket dengan bom dan pergi letupkan diri di tempat musuh-musuh Islam. Islam sendiri menggalakkan keamanan bukan. Tujuan tulisan ini hanya untuk renung kembali (reflect) diri ini sekaligus mengingatkan kita semua setelah apa yang saya lalui di Istanbul. Melihat peninggalan Islam (Pedang Nabi dan Khalifah2 serta sahabat, Tongkat Nabi Musa, Cop Mohor Nabi, helaian janggut Nabi dan banyak lagi ada di Muzium Islam Turki, Topkapi Palaca) serta kesan runtuhan sebuah tamadun agung telah membuat menjentik minda saya. Dengan melihat apa yang sedang berlaku disekeliling kita semua, harap tulisan ini juga mampu menjentik minda anda.


p/s1: aku mungkin bukan orang yg layak untuk bicara tentang ni..tp setiap org layak bg pendapat dan pandangan kan..

p/s2: segala tulisan didalam post ini adalah hasil pembacaan dan kajian di internet, di Sign Board tourist kat Istanbul, explanation guide yg bawak kitorg jalan kt Istanbul, background knowledge dan juga imaginasi serta idea kurniaan Allah. So takde proper reference okeh..

p/s3: aku tau korang tak bace pon tulisan panjang2 tu kan..tengok atas then trus scroll down bawah nih..so just nk bgtau yg tulisan pnjang2 tu ada citer psl cmne tentera Islam yang dipimpin oleh Sultan Muhammad al-Fatih menakluk Istanbul..

p/s4: aku saje je selit2 sejarah tu supaya next post aku bile aku taruk gambar2 jer korang bleh ar tau citer disebalik gambar tuh..kire ade schema idea pasal bende apa dlm gambar tuh..takyah aku taip panjang2 da..

p/s5: aku bangga dengan pemerintahan dan empayar Khilafah..so jom kita berdoa agar pemerintahan Khilafah dikembalikan supaya dapat membawa keamanan sejagat..nak harap Arab Saudi..hampeh jer..

p/s6: Klik link nih -> Tesekkur Ederim Turkiye <- untuk tengok koleksi gambar2 aku snap dr Istanbul..nnt aku taruk sket dlm blog ni bersama ceritanya..

p/s7: CHEERS...SALAM...

Sunday, June 21, 2009

Header Baru...

Salam and watsuppzz kpd readers sekalian.. setelah gua balik dari menjejak Empayar Uthmaniah dalam runtuhan Constantinople (eceh..cam tajuk Jejak Rasul lak) gua masih malas nak taruk pape entry dalam nih..huhu..so gua design header baru ar ntuk blog nih..cambest lak tengok..so untuk entry kali ni..korang tengok je laa header baru tu eh..huhu..gambar tu gua amik sendiri tuh..dan kalo korang da lame ikut blog gua nih..lu orang sure perasan gua da beberapa kali tukar header gua kan..haha..so gua bawak korang sumer mengimbas kembali header2 yg gua pernah gune..cheers..

first header..design sendiri nih..huhu..dengan motif oren itam..


second header..mood nak mencapub masuk diri sendiri..


third header..bajet nak tunjukkan keindahan Plymouth ditepi laut ini..


fourth header..seni abstrak kononnyer..gambar kt pintu bas..huhu


latest header..gambar dgn motif berusaha mencapai cita2..huhu..gmba ni kat sebuah sekolah kt sini dan sorang student ni tengah main panjat2 tembok nih..gamba ni ada 2 version..satu yg purposely focus kat batu2 pemegang tu (gmba atas ni la) and satu lg focus kat budak tuh..


yg mane korang rase plg lawa eh??bleh la hantarkan undian anda..taip ON AZAR ke..eceh merepek lak..bleh la kasi pendapat kt komen entry ini..huhu..

p/s1: harini gua dalam mode gua lu ar plak kan..haish..pasal kebosanan melampau..
p/s2: nantikan entry gua pasal pengembaraan gua merentas masa di bumi Istanbul..cheers..

Saturday, June 13, 2009

Holiday..cheers...

Perkara 1.
yeay kitorg dah pon cuti (break term) insyaAllah selama tiga minggu secara rasminye Isnin depan..tapi Khamis (110609) da last kelas da (kelas encik Mike..huhu).. walopun nama rasminya cuti..esaimen tetap ada mengekori kami..ekekeke...die memang pakej die datang skali camtuh..asal cuti je memang pakej esaimen skali..tapi kalau tak cuti pon ade je esaimen jugak.. tu pakej kite kire lain ar plak kan..huhu.. so untuk meraikan cuti kali ini serta beberapa esaimen yang kitorg dah submit (tak termasuk yang pakej dengan cuti tuh)..kitorg pun buat laa Barbeque (berbeku??..mmg sejuk beku pon kt sini) sesama kami (Cohort 5).. tapi untuk kali ni kitorg buat kita2 jer..pasal ape..pasal akak2 n abg2 kitorg tak cuti lagi n bz dgn esaimen diorg..pakej diorg lagi ar banyak..tak cuti+esaimen+annotation ntuk dissy+etc..huhu..takpe..nanti korang da free2 sket kita buat skali lagi ramai2 yer..cheers.. sepanjang hari barbeque (120619) ni hujan nonstop dr pagi smpai ptg..sib bek petang2 sket berhenti..so bleh ar kitorg buat makan2 ini..

makan2..yeay...

antara yg memeriahkan majlis

main Wii..best woo main ramai2..huhu..

so untuk event kali ni aku malas nk hangkut camera saiz xxl aku tuh..gambar2 ni under courtesy of Iswanah and Sam okeh..nak tengok lebih lagi kat facebook mereka eh..

Perkara 2.
ouh yer..aku da kembali buat benda yg aku da lama tak buat..wahaha..apekah benda itu??tunggu..huhu..kembali semula beb..yeah..hahaha..terima kasih untuk kawan2 serumah yang menyokongku..huhuhu..aku seyes tau..korg jgn igt ak men2 lak..haha..dan tak dilupekan akak2 aku disini yang turut menjadi penaik semangat untuk meneruskan benda yang aku da lama tak buat ini..huhu..(u know who u are akak2..haha)

Perkara 3.
aku nak g Istanbul dengan Shidey and PokJak untuk first week cuti nih..ekekeke..Istanbul tu katner??dekat dengan Isketambola..kate Ismet Ulam Raja..wahahaha...

Perkara 4.
Kitorg ada assignment Language Awareness (Peduli Bahasa..huhu) yang perlu disubmit selepas cuti ini..so kepada semua readers..doakan aku rajin buat esaimen ni time cuti ni yer...Amin..thankQ..

Perkara 5.
aku rase aku perlu amik gamba indoor mahupun outdoor dgn lebih bnyk untuk asah mata aku ni lagik..then untuk penuhkan lagi portfolio giler gambarku...huhuhu...so sape nak blaja or tingkatkan lg skill asah mata untuk powerkan and kreatifkan lg gamba korang..ayuh kita bersama2 menjayakannye...huhu...

contoh gamba yg dihasilkan selepas diasah mata oleh aku..huhu

yeay itulah antara perkara2 yg bakal dilakukan cuti kali ini..so kalo korang ade cadangan bleh ar comment kat post yg ni yer..huhu..and kepada akak2 n abg2 cohort 4 marjon..all the best esaimen and dissy korang..cheers...

Monday, June 8, 2009

Kenduri Sambut Pengantin di Kampung Marjon


Abg Edzlam & Kak KB

Salam readers.. cheah.. takde bahan aku nak taruk kat dalam blog nih.. so aku letak jer laa pasal kenduri ni yer.. hehe.. kenduri ni da lama lepas da (030609) tapi time tu aku sangat busy dengan encik assignment.. so takde masa nak update blog mahupun membelek gambar2 yang telah diambil.. so bila da setel sume aku pon upload la gambar2 event ni kat fotopages aku dan gak facebook (pasal bleh tag2..huhu)..

majlis diorg da buat lama dah kat Malaysia dulu (bulan 1 kalo tak silap).. and majlis kecil2lan in dibuat untuk meraikan kawan2 seMalaysia kat Marjon + Uni Plymouth ni plak.. So Abg Edzlam and mak ayah + adik Kak KB pon datang la sini untuk majlis nih.. Terima Kasih Abg Edzlam, Kak KB dan keluarga yer.. terasa sangat Malaysia kami2 disini..huhuhu...

kampung Marjon dan suasananye..hihihi..

more pictures of the kenduri..feel free to visit my fotopages

p/s: lepas ni sapelak nak kawen?? kalo nak aku amik gmba kene book cepat2 sblom ak busy..huhu