Wednesday, August 26, 2009

Ini Bukan Pengumuman Raya

Salam everybody

aku tak kisah korang nak kate aper

manja atau homesick tidak aku hiraukan

tapi aku tetap nak isytiharkan

AKU NAK BALIK MALAYSIA DAH!!!

dijangka sampai KLIA pada 28hb 8 2009

pukul 2.15ptg

doakan aku selamat pergi dan pulang balik kesini

aku bagitau ni pasal nak kasi jeles

sama kawan2 aku yang diperantauan

di UK, Australia, New Zealand,

mahupun dimana saja

korang takde cuti kan

cuti aku panjang

aku balik kerana Malaysia memerlukan aku

memenuhi kewajiban kepada keluarga

dan segala urusan-urusan rasmi di Malaysia

nanti aku gebang pasal urusan-urusan rasmi tu pulak

jadi kawan-kawan ku sekalian

SELAMAT BERPUASA DAN BERAYA DIPERANTAUAN

=D

p/s: I'm off to London...yeeeaahhaaaa

Tuesday, August 25, 2009

Puasa Kat UK...

Salam and hello everybody..

Kepada yg muslim, masih gagah berpuasa? bukankah puasa mengajar kita untuk sabar dan sesunggugnya Allah akan bersama orang yang sabar. renung2kan dan selamat beramal..

Time aku tulis entry ni adalah pada hari ke 4 Ramadhan waktu Plymouth.. aku nak explain pengalaman or citer puasa kat negara omputih bekas penjajah Tanah Melayu ini (semangat bulan kemerdekaan beb).. dah ramai sangat orang tanya aku kat fesbuk,frenster,YM dan pelbagai lagi cara perhubungan di dunia tanpa sempadan ini camner puasa kat sini..so meh sini ak explain fakta2 yang korang bleh tau pasal org Msia yg puasa kt UK...pasni sape tanye ak bg link blog ak jer..wahahaha...

1) sehingga hari ini, waktu habis sahur adalah pukul 4.15pg dan berbuka 8.30mlm..camtu laa lebih kurang..tp makin lama die berubah kan..so puasa agak panjang dr kt Msia..syukur puasa skrg ni time autumn..kalo summer die punya sahur pukul 2pg buka pukul 10.30..apeciter..huhu...

2) aku kat sini elok jer bersahur dan berbuka makan nasik..siap ade kicap lagi..kitorg kat sini tak berbuka makan salji okeh..sgt tidak logik...

3) since skrg kitorg cuti..mmg agak membosankan puasa disini..

4) kalo kuar city centre ramai orang selamber jer makan..hampesh tol...skali gua call jabatan agama islam kang tak cukup van jenazah angkut sume org..

5) selama ni aku kuar city tak pernah terpikat pon bau pasty, fish n chip mahupun apepe masakan omputih nih..tp skrg daging babi salai pon aku bau sedap semacam...apahal...

6) kat sini takde bazar ramadhan..honestly ak bukan suke sgt g bazar pon kat Msia dulu..pasal ramai org n bersesak2..tp skrg baru kene penangan rindu menusuk kalbu tak hengat punya..meronta2 jiwa nak g bazar ramadhan wa cakap luu...tp skrg kt Msia bnyk H1N1 kan..malas gak ar nk g..malas nk kene jd ninja bertopeng2..

7) kat sini ade je kitorg buat semayang terawih jemaah..moreh dgn iftar lagi..semayang terawih bukan boleh buat kt negara Islam jer..yg penting nak taknak buat jer..

so tu jer ar kot..ade pape sila tanya kat kaunter pertanyaan jabatan agama Islam yg berdekatan..

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan 1430H

Salam Ramadhan buat semua pembaca.
Semoga dapat menjalani ibadah puasa tahun ini dengan sebaiknya.
Semoga segala amal perbuatan kita dalam bulan ini diterima Allah dan dilipat gandakan ganjarannya.
Mohon maaf atas segala salah silap diri ini.
Semoga Ramadhan kali ini dapat menjadikan kita lebih baik untuk hari-hari mendatang.

Akhir kata, hayatilah lagu Nur Ramadhan dari kumpulan Demascus (geng2 5forty2 gak)

kredit untuk kumpulan Demascus di http://www.thedemascus.com

Salam Ramadhan 1430H

azarsyafiq, plymouth.

Wednesday, August 12, 2009

Sekali aku teringat plak...

Kisah ini berlaku ketika aku berada di dalam darjah 2 Amanah pada tahun 1997. Time tu aku sekolah kat sekolah budak jahat [disini]. Aku hanya seorang budak yang berumur 8 tahun tapi belum genap lagi. Dengan minda yang innocent dan mudah terpedaya. Juga cute yang tidak keterlaluan.

Pada suatu hari selepas aku pekena nasik lemak sama air sirap 30sen kat kantin sekolah time rehat, kawan aku merangkap ketua kelas dan tok batin kelas 2 Amanah mengajak aku ke suatu tempat.

KetuaKelas: Azar lama lagi rehat nih. Jom ikut gua jom.
Aku: Lu nak g mana nih?? Gua mana g tempat2 lagha lagi melalaikan.
KetuaKelas: Alaa jom laa. Masa rehat masih panjang. Saya pasti kamu akan menyukainya.
Aku: Apahal lak lu guna ayat buku teks speaking dengan gua nih??

Aku pun menurut je laa tok batin itu. Melawan kang takut disihirnye aku. Dan akhirnya kitorang sampai ke satu destinasi pasti. Pergh insaf wa cakap lu beb. Dia bawaknye aku g surau. "Masa masih awal, apa kata kita solat dulu", katanya dengan muka berseri2 dan senyuman mesra seorang pemimpin kelas. Dalam hati aku time tu da rasa malu dan bersalah kaw2 punya pasal da sangka buruk kat dia.

"Lu amik wudhu' dulu, gua nak g toilet jap". Kata aku dengan sedikit mempraktikkan bahasa Arab dan bahasa Inggeris (padahal boleh jer aku kata amik air semayang dan pergi tandas). Lepas aku keluar dari tandas membuang air sirap yang aku saspek kaler merah die tak tahan lama (pasal keluar kaler lain), aku tengok kawan aku da masuk ke dalam. Aku segera amik wudhu' dan masuk terus kedalam surau.

Aku tengok kawan aku solat dengan khusyuknya. Sebelum berniat, aku betulkan seluar, lipat sikit bawah seluar tu, masukkan tie dalam kocek baju, dan pandang jam kat dinding. Aku pandang pulak jam kat tangan aku. Aku pandang balik jam kat dinding surau. Aku pandang ketua kelas aku yang tengah ruku' rakaat kedua aku rase. Aku try recall balik segala apa yang berlaku pada hari itu. Pagi tadi mak aku kejut bangun dan aku susah giler nak bangun. Aku recall lagi. Sebelum rehat tadi kelas aku ada PJK dan ramai budak muke selebet tahan lelap. Okeh confirm. Aku sangat yakin. Aku melangkah keluar dari surau, pakai kasut, dan tunggu ketua kelas aku sambil tangan kiri cekak pinggang dan tangan kanan pegang tiang.

Ketua kelas aku keluar dari surau siap bersalam lagi dengan aku. Aku layankan aje. Dalam perjalanan balik ke kelas aku tanya dia:

Aku: Lu solat tadi lu baca niat sembahyang aper?
KetuaKelas: NIAT SEMBAHYANG ASAR LAA.

Aku tengok jam tangan aku. Ia tepat menunjukkan pukul 10.30 a.m. Loceng menandakan waktu rehat telah tamat pun berbunyi. Aku tak rasa nak rehat dengan dia lagi lepas nih.

p/s: aku tau die ketua kelas. aku doakan semoga dia bukan ketua ajaran sesat ke aper. Kalau dia bertanding ketua kelas lagi nanti aku taknak angkat tangan sokong dia lagi.

5forty2 @ Festival of Youth 2009

Salaam,

Sedikit pemberitahuan. InsyaAllah 5forty2 akan membuat persembahan di Festival of Youth 2009

Tarikh: 16hb Ogos 2009
Tempat: Padang Timur berhampiran Amcorp Mall (sebelah A&W).
Waktu: Dijangkakan sekitar pukul 4 atau mungkin lebih awal.

Member pertama daripada group Facebook atau Myspace yang datang tegur kitorang hari tu, kitorang belanja Root Beer Float...amacam? Hehe.

Jumpa di sana.
www.542music.com

p/s: makin bnyk lak undangan perform sejak aku blah eh..hampesh...

Thursday, August 6, 2009

5forty2 Live@MISI09 USIM

SAlam guys..ntuk peminat2 dan pengikut 5forty2 dari pihak aku..ni aku taruk latest performance dari 5forty2 feat. Demascus - Balada Palestin.. Performed at Malam Inspirasi Seni Islam CFest 09 Universiti Sains Islam Malaysia.. hanya 4/7 ahli 5forty2 yang ada pada malam itu.. so guys hails to alFaisal,Phonic,RyFa & DMent and to our friend Demascus..

credit to rubybagai for the video

and bagi yg tak bape kenal 5forty2 tu objek ape boleh pergi ke belah kanan blog ini.. ada ruang
untuk 5forty2 punya website (just click on the logo) dan 542 Brethren punya blog..
dan sape yg ade facebook dan nak join group facebook 5forty2 bleh laa klik kat link bawah nih..

teruskan menyokong 5forty2
Cheers...

Monday, August 3, 2009

Pt 2: Quick Update With Picturezzzzz....

Salam y'all... Second update with pitcazzzz...dan kategori kita pada hari ini ialah

Category: Manusia/Orang/Human/HomoSapien

jom kite usha2 gelagat dan telatah homosapien yg aku bekukan menggunakan sniper berkuasa compact flash card ku inih..


Kawanku Baim buang tebiat jd mat bunga. Baim kalo ko bace bende ni sila jerit..nnt ak kt atas tau ar ko tgh tgk aper..huhu

M'SIA BLOODY LONG WAY FROM HOME??? wutdaheck???

mereka gembira ditepi pantai..yeayy

Teknologi mencipta semangat individualisme..ekeke..

encik ini main lambung2 api sambil imbang bende kejadah tukul besar tuh

ape kejadah tah dibuat oleh hosmetku yg 2 orang ini

Fashion Museum for fashion geek..ade ke istilah tuh???

Membaca Gaya Wawasan... Membaca dimana saja...

Pahlawan Malaysia bermuka garang..nak lawan pahlawan Oman ker??ekeke..

Pahlawan Oman datang bawak rotan (diorg ni bleh mendatangkan trauma dan fobia)

cindai lah mana, tidak berhias..die bukan nyanyi tuh..argh..trauma gua dgn mamat2 Oman ni tak abes lagi...

Sunday, August 2, 2009

Pt 1: Quick Update With Picturezzzzz....

wohaaa.. sudah agak lama saya tidak update ini blog.. apecer.. takde apecer.. pasal tu laa tak update.. die bile da start tangguh tu tros je malas.. huhu.. so ni pon nak tunjuk2 gambar jer yer.. yang diambil sekitar tempoh last post dalam blog ni sampai sekarang.. cheers...

Category: LANDSCAPE/SCENERY

ni kat tepi pantai St. Ives

Pantai kat tepi Town St. Ives

Tepi Pantai Land's End

encik serangga berdua, sy tak berniat nak mengganggu ok..

Land's End a.k.a. Penghujung Tanah UK

Vespa sape ntah kat Land's End

Pantai kat Minack Theatre

Kawan2ku didalam kanta cembung

Gumpalan rumput (kot)

Atas batu tengah tu scene Harry Potter dgn Dumbledore dlm HP6. Lokasi: Land's End

Atas bukit kat pulau tu ialah model Sekolah Sihir Hogwarts. Lokasi: St.Michael Mount

p/s1: gambar mmg gloomy pasal time tu mmg hujan je dan mmg camtu pon..
p/s2: nantikan entry lepas ni kategori lain plak yer..huhu..
p/s3: aku mendapati segmen cerita pasal aku dlm versi merepek mendapat sambutan yg menggalakkan..hehe..so nnt aku merepek lagi yer..korang yg nak ok..huhu
p/s4: 2 gambar terakhir tu terpulang r korang nak percaya or tak.. tapi aku mmg tak menggalakkan korang percaya pon..wahahaha...