Monday, June 14, 2010

Kau Yang Bernama A...

kau slalu kunjung tiba, time aku kesepian
walaupun tak dijemput kau penuhi undangan
jujur kukata, kau baik, aku terharu
bukan teman tapi mesra terus kau mendampingiku
kesetiaanmu, kuhormati walau ingin kujauhi
kerna hatiku hanya satu bukan untuk dikongsi
cinta perlu pengorbanan mohon kau korbankan diri
aku belum dimiliki tapi bukan kau yang dinanti
akan tetapi, kita merancang tuhan menentukan
jauh mana kuberlari tapi tetap kau nantikan
ku pasrah, goyah pegangan lihat lirik matamu
susun atur katamu, buat insan lemah terpaku
kini ku tewas, kaulah juara, hatiku dipenjara
sukar untuk kuterima, tapi ni realitinya
kita telah bersama pintaku hanya satu
jangan paksa jangan seksa, aku dengan caraku

bila malam menjelma sunyi hanya kita berdua
sanggup bersengkang mata untuk kita berasmara
saat kita bersama, kau bahagia ku derita
merpati dua sejoli, itu engkau yang kata
fikir mengenangkanmu, berlinang air mata
cinta yang dipaksa tidak akan kemana-mana
kuatkan hati, sabar, tabah dengan dirimu
berat untuk teruskan hidup aku doa selalu
sedang laut yang tenang pasti kan bergelora
puas aku dengan denganmu tak ingin lagi bersama
kulafaz talak, pergi kau cari pencinta baru
gembira tak terkata kini ku bebas darimu
lihat kau pergi, ku senyum, tapi berat hati
entah apa nasibmu di kemudian hari
kau melangkah, berpaling, bersumpah untuk kembali
kau yang bernama assignment, aiseyman cukuplah menghantui



p/s: kalo takleh rap..pantun pon jadi...

No comments: