Friday, July 23, 2010

Siri Cerkon: Menyeru Najis Part 1


Menyeru Najis bahagian 1

“Kau ingat aku boleh bersabar lagi Kasim?” Bentak Sulaiman Kamal Haji Nasir.

“Tapi kau confirm ke dia yang buat Sulai? Kita tak tau sape yang buat. Mungkin orang lain. Mungkin jugak musuh-musuh kau yang dengki dengan kau selama ni”. Kasim cuba menenangkan Sulai yang dari tadi kelihatan bengang laksana bangau tersepit lehernya dicelah dahan.

Sulaiman atau popular dengan panggilan Sulai dikalangan cik adik-cik adik Kampung Sungai Cetek merupakan sorang anak muda yang berjaya dikampungnya. Memiliki kolam ikan keli pusaka seluas satu kotak sawah dibelakang rumahnya cukup untuk Sulai memiliki sebuah kehidupan bujang yang selesa serta sebiji motor EX5 tiga bulan tak bayar serta nyaris ditarik sebelum dia menyorokkan motor itu didalam kolam ikan kelinya. Sulai merupakan jejaka idaman cik-cik adiks dikampungnya. Bukan sahaja cik adiks, malahan dari wanita berusia 70an membawa ke 6 tahun pun turut meng’usha’ beliau. Itu belum diambil kira wanita berkerjaya mahupun tidak lagi tu. Semua wanita akan mudah terpikat tatkala Sulai mengibaskan rambutnya kekiri dan kekanan sambil ditiup lembut angin sepoi-sepoi pendidikan seni (Sulai tidak suka mana-mana subjek bahasa).

Sulai menjeling tajam kearah sebuah foto gambar berbingkai merah jambu ada love-love. Bingkai itu nampak mahal dengan kemasan silver bermotifkan awan larat daun berguguran. Didalam bingkai itu tersemat gambar Rokiah, gadis kilang sarung tangan di pekan Ranting Bercabang.

“Arrrgghhh.. Aku tau ini semua angkara kau”. Lantas Sulai mencapai bingkai bergambar Rokiah itu dan tanpa kesian-kesian terus menghempasnya ke lantai.

Pecah... Bederai... Retak... Segalanya... Entah datang dari mana lagu Kamu oleh NaraMerah pantas mencucuk gegendang telinga Sulai. Seperti video tape dulu-dulu, hitam putih, memori Sulai ter’rewind’ sendiri ke hari Sabtu, tiga minggu lepas. ‘PLAY’.


“Krrruurrr.. Krrruuurrr”.

“ Eh kamu ni kelakar la Sulai. Dah la hensem, rambut belah tengah ada ekor sikit, kelakar pulak tu. Memang taste I. Ada ke nak bagi makan ikan keli panggil macam panggil ayam. Awak luchu la”. Ayat manja (baca gedik) dari Rokiah diiringi cucukan bernada nakal ke bahu Sulai.

Sulai menepis. Nampak serius.

“Rokiah apa awak nak sebenarnya ajak saya keluar belakang rumah saya bagi makan ikan keli ni? Kalau awak ajak saya keluar then belanja saya makan ke takpe jugak”.

Rokiah melirik matanya sipi-sipi kesudut bibir Sulai. “Ouh, awak cakap ‘then’. Pandai speaking. I like. Tapi Sulai jangan la panggil saya Rokiah yer, untuk Sulai yang special ni, awak boleh panggil saya Kiki. Awak sorang je tau panggil saya Kiki ni. Shyuweeiitt tak?”.

“Ok serius. Apa awak nak sebenarnya? Nak bagi makan ikan? Nah ambik”. Dihulurnya tin milo berisi pellet ikan itu kepada Rokiah.

“Jangan tabur banyak-banyak. Sikit je tau. Benda tu mahal. Subsidi da kena tarik. Eh silap. Rasionalisasi subsidi”. Sulai membetulkan terma yang diperkenalkan kerajaan sebagai bukti dia seorang penternak moden dan berjaya.


--------bersambung---------


Apekah sebenarnye yg berlaku diantara Sulai dan Kiki?? Apekah yg dimahukan Kiki sebenarnya sampai begitu madah berhelah beliau berjumpa Sulai?? Nantikan sambungan seterusnya di bahagian 2..



idea diilhamkan oleh: C Peydot yg Chumil (die suruh aku tulis gini..salahkan die)

p/s: kalo ada sambutan aku teruskan..kalo takde aku malas da..huhu..

4 comments:

Anonymous said...

"cik adik-cik adik"

agak redundant di situ. :P

azarsyafiq said...

hehe..time kasih kerana agak prihatin dan teliti membaca entry ini..

sesungguhnya itu mmg disengajakan untuk mggunakan bahasa sedap mulut disitu..huhu..kira aspek tatabahasa sangat tonggang langgang la dlm ini cerkon...asal sedap dan futuristik je bunyinyer..

fatinsue said...

suda kubilang ta pelu acknowledge aiyaa..
tp alang2 suda acknowledge tu, blanje laa kopok ke nawroz ke kann. d:

azarsyafiq said...

eh andakah C Peydot yg Chumil itu??hahaha..