Saturday, July 24, 2010

Siri Cerkon: Menyeru Najis Part 2


Menyeru Najis bahagian 2

“Sebenarnya Kiki nak bagi Sulai ni. Frame gambar. Ada gambar Kiki. Sulai boleh tengok kalau rindu. Mahal tau frame ni”. Sulai menerima frame gambar itu.

Nampak mahal. Ada percuma sticker bertulis ‘Kedai Seng Tat dan Anak-Anak – RM2.50’. Sulai bingkas menutup sticker itu dengan ibu jarinya. Beliau memang pandai cover.

“Kenapa Rokiah err maksud saya Kiki bagi Sulai gambar ni?” Sulai sudah sedikit tidak boleh blah disitu membahasakan dirinya dengan menggunakan nama sendiri. Lagak artis popular.

“Hadiah pertama dari Kiki untuk Sulai la. Sulai boleh tengok bila rindu, bila tak boleh tidur, bila lapar dan bila....... bila. Haha. Luchu kan Kiki”. Gelak Kiki terhibur dengan dirinya sendiri.

Sulai senyum nipis celah-celah gigi. Dilihat gambar didalam bingkai itu. Rokiah atau nama khasnya untuk Sulai, Kiki berumur 23 tahun. Kurang 2 tahun dari Sulai. Cantik, menarik, tertarik tapi tak cukup da bomb untuk Sulai.

“Alaa Sulai jangan la renung gambar tu lama-lama. Nanti Kiki terpukau dengan Sulai macam mana? Sulai juga kena masuk meminang Kiki nanti”. Cubaan pancingan disitu.

“Eh gambar ni cantik la. Kiki da tukar henpon baru ye. Megapixel camera dia lagi banyak ye”. Bola tanggung dari Sulai.

Alaa Sulai ni buat-buat tak faham lak. Kiki suka kat Sulai dan nak Sulai jadi kekasih Kiki. Jadi special boypren Kiki. Kiki nak kahwin terus dengan Sulai ni”. Smash kencang tanpa berfikir panjang dari Kiki.

Suasana sepi. Cukup sepi sehingga bunyi perut cengkerik kelaparan jelas kedengaran. Ikan keli sendawa kekenyangan selepas makan turut jelas singgah ditelinga. Alam seakan berhenti. Burung yang dari tadi terbang bebas terus terbabas ketika cuba hinggap didahan pokok durian belanda. Kata- kata Kiki benar-benar keramat. Mungkin juga azimat. Peluh jantan mengalir dari ubun-ubun Sulai, membawa ke kening, turun ke pipi, jatuh ke tepi bibir, Sulai jilat. Sulai memang tidak mahukan Kiki. Sulai sudah ada senarai kriteria cik adiks idaman beliau. Dan Kiki tidak cukup istimewa untuk mengisi kriteria itu. Sulai tarik nafas dalam-dalam. Beliau tekad penuh keazaman dan percaya diri dengan pendirian dan prinsipnya.

Dengan sekali nafas “Sorry Kiki, Sulai tak suka kat Kiki dan memang Sulai taknak Kiki jadi girlpren mahupun isteri Sulai. Sulai da lama bercita-cita nak kahwin dengan Datin supaya nanti Sulai boleh dapat Datuk dan itu memang impian Sulai sejak dari darjah 1 waktu cikgu suruh buat karangan pasal cita-cita dan impian saya. Fuuuuhhhhh”.

Sulai menghembus nafas lega. Penat terasa lagak artis rap nyanyi tak reti ambik nafas. Burung yang tadinya terbabas ketika cuba hinggap terus tergelincir jatuh mendengar jawapan Sulai. Kiki mula mengangkat kening kirinya. Dijegilkan biji mata kiri itu. Sedikit merah.

“Caruuuuuuuttttt....” Jerit Kiki.

Tidak sanggup dia menyatakan perkataan mencarut itu kerana dia yakin blog ini dibaca oleh semua lapisan masyarakat dan tidak enak untuk minda yang sedang membangun. Kiki menghempas tin milo berisi pellet ikan ke tanah. Sulai tergamam melihat pellet-pellet itu tumpah lantas boleh membawa kerugian kepada beliau. Seperti bertaburnya pellet itu, seperti itu jugalah hati Kiki bertaburan dan bergelimpangan mendengar kata-kata Sulai. Kiki lari sambil menghentak-hentakkan kakinya.

“Kiki sabar dulu. Kiki dengar dulu Sulai nak cakap ni. Kiki, kamu masih boleh post apa-apa kat wall fesbuk saya dan like status-status saya macam dulu lagi tau. Kiki!”. Sulai cuba menenangkan keadaan.

“Ngomong sama tangan”. Balas Kiki. Simple dan padat, penuh makna.

Sulai terpaku disisi kolam ikannya sambil melihat Kiki berlalu pergi. Ditangan kanannya masih erat memegang bingkai bergambar Kiki. Ibu jarinya tetap menutup sticker tanda harga itu. ‘STOP’



----------bersambung----------

Rupanya Sulai telah merejek Kiki dengan begitu sahaja.. Apakah yang berlaku seterusnya?? Nantikan sambungannya di bahagian 3...

No comments: