Thursday, July 29, 2010

Siri Cerkon: Menyeru Najis Part 5 (Final)



Menyeru Najis bahagian 5 (Final)

Suasana rumah Bomoh Knaan menjadi sunyi. Sulai tidak lagi berani untuk berkata-kata. Kasim masih tertunduk. Malu dengan perangai Sulai mungkin. Bomoh Knaan menulis sesuatu diatas kertas nota kecil kekuning-kuningan. Khusyuk sungguh beliau. Didepan beliau tersusun rapi semangkuk air jernih, mangkuk berkemenyan yang masih berasap, keris kecil, keris besar, limau nipis, pelita, lighter, rokok daun dan remote TV. Sambil menulis, sambil melihat kearah Sulai dan Kasim. Begitulah lagak Bomoh Knaan sejak 15 minit yang lalu. Bagi Sulai, ini adalah bentuk rawatan bomoh paling pelik yang pernah dilihat. Tidak ada seru-menyeru, hanya kertas dan pen.

“Mungkin bagi jin tu tak lupa kot bila ada nota bertulis”. Getus hati kecil Sulai.

Tidak berani untuk diluahkanya. Takut-takut kena servis kuda dari Bomoh Knaan.

“Kamu...” Bomoh Knaan bersuara sambil jari telunjuk kanannya tepat menunding Sulai.

“Ambil kertas ni. Ini mantera. Bawak balik rumah. Ingat jangan toleh belakang. Bawak motor laju terus kerumah. Sampai dirumah baru baca. Ini perkara serius. Ingat pesan tok. Takut melarat”. Kertas yang dilipat kecil itu diberi kepada Sulai.

Sulai menggigil menerima kertas itu.

“Tok nak pengeras apa-apa ke? Ayam golek ker? Pulut kuning? Cendol durian? Nasi lemak sambal sotong ke?” Sulai cuba berbaik dengan Bomoh Knaan.

“Tak payah. Cepat balik. Apa yang kamu alami ini lagi keras. Balik cepat”. Kelam-kabut dua sahabat itu terjun dari rumah Bomoh Knaan dan pantas menunggang motor pulang dengan segala macam rasa takut melihat Bomoh Knaan yang seperti dahagakan air sirap kenduri di padang pasir.

Sesampainya dirumah. Kertas itu dibuka. Mentera didalamnya dibaca satu persatu. Dengan teliti:

Kamu ni banyak cakap kan. Kalah itik pergi shopping. Tok nak mencelah pon susah. Tu pasal tok kasi nota ni. Nak taip kat wall fesbuk kamu tak add tok lagi kan. Betul cakap kawan kamu tu menyeru jin dan syaithon perbuatan keji. Kotoq. Macam menyeru najis. Tapi tok ajarkan juga cara-cara menyeru najis tu yer.

Macam ni lah. Memang ada ‘benda keras’ dalam perut kamu ni. Sebenarnya tok rasa kamu ni kena sembelit. Pasal tok pun pernah alami. Takde jin syaithon terlibat dalam isu sembelit ni. Mungkin cara pemakanan kamu. Jadi tok syorkan kamu ambil lebih banyak air kosong yer. Kurang air dalam badan tu sebab ‘benda’ tu susah nak keluar. Keras. Lepas tu ambil banyak-banyak sikit makanan berteraskan fiber ataupun serat. Sayur tu makan banyak. Buah-buahan pun bagus seperti pisang, limau dan apa-apalah. Atuk suka tembikai. Lepas tu time tok sembelit dulu, tok ada google. Ada pendapat kata minum air halia campur garam sikit setiap pagi. Itu tok takleh nak jamin laa kan. Tok taktau. Lagi satu cuba ambik pil Chi Kit Teck Aun. Lepas tu sebelum tidur sapu la minyak Yu Yi cap limau. Benda-benda tu boleh beli kat kedai Seng Tat dan Anak-Anak. Tok yakin ‘benda-benda keras’ dalam perut kamu tu akan keluar dengan sendirinya nanti. Bertindak segera. Nanti jangan lupa add tok kat fesbuk untuk follow up. Sekian tips menyeru najis dari tok.

Salam sayang,

Bomoh Knaan

xoxo

Kasim jatuh terjelepuk setelah habis membaca mentera itu. Air mata beliau mengalir. Beliau tunduk seakan bertafakur. Sulai sibuk mencari kopiah yang telah usang akibat lama terbiar tidak dipakai.

“Alaaa sejadah kat mana pulak ni”. Raung Sulai.




----------TAMMAT----------


Sekian saja Siri Cerkon bersama Azar untuk episod pertama.. heee.. sila la komen ntuk respon kpd siri ni.. bleh komen kat komen dibawah ini atau kat shoutbox tepi tu.. bukan ape.. senang aku tau korang suke ke tak.. patut diteruskan ke tak.. bleh hantar kat berita harian ntuk segment karya2 ke tak.. aku malas r nak syok sendiri kan.. nak syok kene berjemaah baru die punye syok tu berlipat ganda.. kalo majoriti suka ak ade la sket rajin ntuk teruskan.. kalo majoriti tak suke.. ak stop je laa.. kembali ke lumrah alam yg asal.. tapi suke ke tak suke.. ni blog aku..wahahahaa...


p/s: cerita nombo 2 dlm proses da skrg ni.. baik korang ramai2 ckp suke kalo nak bace..huhu..

2 comments:

fatinsue said...

yayyy syabbas2 ! suke2! xD

azarsyafiq said...

tengkiyuuu2..