Friday, August 27, 2010

Edisi Khas: Salam Perantauan


Pengirim 1


Nama: Hamzah Masdor (Ketua Mafia Kampung Belang)
Lokasi: Penjara Tinggi Pinang Piang
Deskripsi Gambar: Tutup muka kerana malu ketika rombongan penjara ke Muzium Negara.
Ucapan: Saya Hamzah banduan tahun akhir Penjara Tinggi Pinang Piang ingin mengucapkan Salam Aidil Fitri kepada keluarga saya yang telah buang saya dan tak mengaku ahli keluarga lagi kerana kejahatan saya. Saya juga ingin memohon jutaan kemaafan kepada keluarga si mati yang telah saya bunuh dalam kejadian rompakan 5 tahun lepas kerana si mati mengugut untuk cucuk perut saya kasi geli-geli. Saya tak tahan geli, jadi saya tertembak si mati. Maafkan saya. Sempena hari yang mulia ini juga saya ingin memohon agar keluarga saya dan masyarakat menerima saya kembali apabila saya keluar dari penjara memandangkan saya banduan tahun akhir sekarang. Saya baik dalam penjara. Saya dah tak pukul orang. Saya belajar mengaji, bercucuk tanam, menjahit dan memasak. Saya ingin membuka kedai Kek Batik apabila keluar nanti dan memulakan hidup baru. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.


Pengirim 2


Nama: James al-Angsani
Lokasi: Di mana air bertakung
Deskripsi Gambar: Ketika buat passport untuk berhijrah ke Burma musim mengawan 2008.
Ucapan: Saya James, Pengerusi Persatuan Angsa dan Swan cawangan Bayan Lepas ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada sekalian umat manusia yang berpuasa dan layak untuk meraikannya. Ucapan juga ditujukan kepada ayam, lembu dan kerbau yang banyak berkorban untuk kesenangan perut-perut manusia ketika AidilFitri ini. Kami Persatuan Angsa dan Swan Bayan Lepas merasa cemburu lantas iri hati diatas permintaan tinggi terhadap kalian serta kalian termasuk dalam kalangan harga terkawal. Kalian hot you. InsyaAllah tahun hadapan giliran kita pula angsa dan swan untuk berkhidmat kepada manusia di AidilFitri. Salam Lebaran.


Pengirim 3


Nama: Budiyanto Alawi
Lokasi: Rumah majikan saya lor
Deskripsi Gambar: Sedang menyetal kotoran dibuat anak majikan dilantai.
Ucapan: Budi, nama diberi, kenalkan diri, di IdulFitri. Ya saya masih bisa memantun kayak dikampung dulu. Ya udah deh. Saya ingin ngucapin Selamat Hari Raya buat keluarga di Kampung Cinta Beradu Jogjakarta Timur. Buat ibu sama bapek usah dirisauin sama guwe. Guwe sihat-sihat aja disini dong. Majikan guwe baik banget. Buat adik Suri, belajar rajin-rajin ya. Mas kerja kuat di negara urang mau ngumpul duit untuk adik Suri masuk universitas. Adik Suri mesti jadi orang pandai jadi bole belain nasib kita sekeluarga. Untuk teman-teman di kampung. Guwe kangeeeeeeen banget sama lo semua. Tungguin guwe balik dong. Nanti kita 'ngeteh'. Ngeteh itu bahasa anak-anak muda disini dong. Maksudnya minum-minum gitoo lor. Buat rakyat-rakyat di negara guwe, ngomong-ngomong lo semua bikin ribut di kantor dubes Malaysia ya. Kok jangan gitu dong. Orang Malaysia baik-baik aja. Jangan ributin. Kita serumpun dong. Juga untuk rakyat Malaysia. Makasih kerna kalian baik sama guwe. Ya udah deh, ngobrol banyak-banyak nanti diketahuan oleh majikan. Ansur dulu dong. Selamat Lebaran semua.



Sekarang ni bulan2 Ramadhan ni banyak laa kat surat khabar Malaysia pasal salam perantauan kan. Semua students Malaysia kt luar negara semua pon amik peluang nak jadik pemes masuk paper. Gua tak goyang sgt bende2 ni.. apelah sangat masuk paper pon..

Tapi pernahkah kita terfikir makhluk2 seperti diatas yg turut mempunyai sanak saudara dan turut ingin menyampaikan salam mereka sempena hari yg mulia? Jadi disini penulis hanya memberi sedikit ruang pada mereka untuk turut sama2 merasa pemes di blog yg tidak pemes ini..




p/s: prinsip gua senang jer.. nak pemes masuk paper buat la jenayah.. siap bleh dapat masuk muke depan lagi.. tp pakej skali masuk neraka la kan.. huhu..

2 comments:

Pinku no Ichigo Yuki said...

HAHHAHAHHA i loove this one..

azarsyafiq said...

wahaha..tengkiyuq..nak jadi pengirim ke 4 ker??huhu