Tuesday, September 21, 2010

Jatuh Cinta



errrmm.. kalo korang mengikuti azarsyafiq.blogspot ini korang akan sedar yang aku gunakan blog ini bukan untuk menceritakan or meluahkan perasaan aku seperti kebanyakan blog awek2 di alam maya ini. dalam erti kata lain meluahkan cerita2 dan pengalaman kat blog untuk tatapan umum adalah sangat gedik untuk aku. sangat tidak azar la kan tetibe je aku cerita sedih2 moody2 tak tentu hala. tapi akhirnya aku akur.. aku jugak seorang manusia yg ade hati dan perasaan.. yg ingin berkongsi dengan orang juga ape yg dirasai. errmm...

beberapa orang sahabat tanya apesal lama tak update lepas entry seblom ni. jawapan simple hujung2 bibir aku jawap kat diorg: 'gua busy bhai dgn budak2 baru datang marjon ni'. yer btol itu memang satu hal, dan ade satu perkara lagi. yang aku memang reluctant or berat hati nak cerita. tapi aku nak orang tau. sebab aku rasa aku tak mampu pendam lagi benda ni. dan kalo korang kawan rapat aku sekalipun, korang akan tau aku bukan jenis yang senang nak cerita benda2 camni. tapi hari ni aku akur.. emosi aku tak stabil, perasaan berkecamuk. tambah lagi bila kenangkan realiti yang 3 orang kawan sekelas aku sudah mendirikan rumah tangga. rasa ingin menyayangi dan disayangi itu membuak2.. tak dilupakan menyintai dan dicintai. macam gmbar kat atas tu..

aku pernah cakap kat ibu aku kalau aku ade suka or jatuh hati ke, aku akan bagitau dia dan kenalkan kat dia. dan ibu, along tau ibu baca blog ni. along nak ibu tau yang sekarang ni hati along telah dicuri (ape skema ayat aku guna, beselah bila hati da berbunga). dan ini sangat seriyus ibu memandangkan bukan senang along nak tulis luahan ini bagi membuktikan keikhlasan along. dan along rasa kalau ikut umur along sekarang ni, along da cukup dewasa untuk benda ini. along harap ibu faham.

perasaan jatuh cinta adalah perasaan yang takbest bagi aku. semua benda tak kena. aku rasa gelabah habes. tu belum kira efek sampingan seperti blog tak dihapdet. mandi tak basah dan makan tak kenyang sangat tak boleh diaplikasi kepada aku. aku tak tau. aku betol2 buntu dengan apa yg aku alami sekarang ni. aku taknak benda ni menganggu urusan2 serta tanggungjawab aku yang lain. aku takut aku tak mampu kawal. aku tak suka benda ini. tapi pada masa yang sama... aku suka...

sebelum ini aku pernah suka pada yang lain. aku serahkan hati ini sepenuhnya kepada yang lain. kelihatannya tidak berbalas. tapi tak apa. aku anggap itu sebagai satu permulaan.. permulaan untuk perjalanan yang lebih jauh.. tuduhlah aku tidak setia.. tuduhlah aku menduakan cinta.. tuduhlah aku ape2 saje yang korang nak.. tapi aku betul2 suka kat dia.. salahkah aku?? bukan bermaksud aku senang2 melupakan yg lama itu tapi dia yang telah mencuri hatiku ini betul2 berjaya menambatku.. dia jauh lebih baik.. aku rasa ibu aku sure2 confirm2 lagi berkenan kat yang aku suka ni.. restu ibu tu kan penting..

kawan2 yang dikasihi sekalian, ahli keluarga dan yg terpenting skali ibu,

kenalkan, Nikon D7000

(untuk baca serba sket pasal 'si dia' sila klik link atas ni)

I droooooooooooooled watching this =P


p/s: Sony kalo lu tak terasa nak berubah kearah kebaikan nak improve produk2 lu.. gua rilek je boleh clash dengan lu sambil mata pandang tempat lain.. gua seriyus.. lu tau tak camera gua problem skarang ni.. lu memang nak ajak gua bergado kan sony..

10 comments:

-u-n-s-p-0-k-e-n- said...

wowooooohhhhh nikon!

zz said...

saspen bai

azarsyafiq said...

wahaha..nape ramai eh org respon entry kali ni saspen.. adekah org ternanti2 cerita cinta aku??wahaha.. gua bukan artis.. tp kalo ade nanti bleh gak kot citer kt sni..

Anonymous said...

ye...ibu dh bace....nnt along bli la...ibu x kisah...

~A journey 2 Remember~ said...

cetttt...rugi baca..what the fish tol la azar nie...

azarsyafiq said...

ibu: ahaks =P

shari: wahaha..cool kan cerita itu..huhu

Shidiey said...

xleh blah punya azar... aku ingat ko dpt tackle jr yg baru masuk ni.. aku pun terikut frust gak td... FTW!!!

azarsyafiq said...

WINRAR!!!

ummu said...

sgt men'saspen'kan. tertipu!

azarsyafiq said...

huhu..kenapa ramai lak org saspen dgn cerita genre camni..huhu..nampaknya ramai yer mau tau pasal cerita cinta gua..terasa lisa surihani lak..huhu