Friday, October 1, 2010

Checkpoint Azar


Salam n holla people...

From now on, this blog is officially known as Checkpoint Azar. HoyehHoyeh.. Apekah Checkpoint Azar??

Okeh nama ni diilhamkan selepas kunjungan hormat aku ke Berlin dan melihat sendiri salah satu peninggalan sejarah dunia satu ketika dulu, Tembok Berlin, Berlin Wall, Berliner Mauer. Tembok ni memisahkan Berlin Barat (dikuasai Soviet Union) dan Berlin Timur (dikuasai Allied Army) satu ketika dulu. Nak dimudahkan cerita sejarah ini, ade satu satu pondok kawalan (checkpoint) untuk masuk ke Berlin Timur yang paling femes. Nama dia Checkpoint Charlie. Secara sewenang2nya aku pon rasa cool giler babas la plak kan nama tu. So aku pun terfikir2 laa untuk mengambil konsep itu dan diadaptasi kepada blog ini. Alkisahnyaa....

So aku rasa nak re-branding atau penjenamaan semulakan blog ini sebagai tanda kedewasaan serta kematangan hidup aku daripada 'ape gua lihat, apa gua fikir' (my sight, my thought) kepada 'pondok kawalan Azar' (Checkpoint Azar).

(header dgn motif mencapub sesukahatigua di blog sendiri)

'Checkpoint Azar - Merepek Tersurat, Serius Tersirat' (bergantung kpd tafsiran korang psl frasa ayat itu) kini tampil dengan konsep yang lebih segar, isi-isi yg lebih matang, dan yg paling penting berkali ganda lebih indie (bukan trend ke zaman sekarang indie2 ni??huhu). Konsep dia simple, bila blog ni jadi checkpoint, so korang mesti laa singgah kat checkpoint ni dulu kan sebelum pegi tempat lain lak.. haa nampak tak die punye perang saraf camne aku kasi.. So korang check in laa kat checkpoint ni dulu sebelum mara ke destinasi sesukahatikorang selepas ini..

Okeh dekat Checkpoint Azar ni jugak seperti temanya, aku akan lebih fokus kat entry2 yg ringan dan mudah dihadam serta membawa keceriaan kepada semua.. apekah?? huhu.. gaya santai diselang selikan dengan repekan merepek yg sinonim dgn aku dan sambil2 itu jangan lupa akan mesej2 subliminal yg serius sebagai inti..

Aku sudah berkira2 untuk menjadi lebih serius dan matang seiring dgn usia aku sekarang ni.. (wahaha aku sendiri gelak lepas taip ayat tadi..WINRAR!!!)


p/s: Welcome to CHECKPOINT AZAR, where we take things seriously...CRAP!!!

2 comments:

Anonymous said...

hek eleh. tukaq nama je.

rebranding la sangat :P

azarsyafiq said...

hang ni skula kasi perabih dulu.. rebranding tu penjenamaan semula..hang nampak dak penjeNAMAan semula tu??? memang laa tuka nama skali..