Sunday, October 3, 2010

Lagenda Budak Gemuk


Haritu gua tengok cerita Lagenda Budak Setan. Bagi gua cerita tu tak laa sesetan tajuknya. Gua rasa gua pon boleh bikin cerita macam tu. So gua pun tulis la sikit mane la tau ada producer berminat ke kan nak produce. Sape2 member kamceng dgn penerbit or pengarah filem ke boleh la mintak tolong usulkan. nanti gua bagi komisyen.. Poster pun da ade kat bawah ni...

(jangan klik gambar ini kalo tak sanggup tengok kemesraan gua dgn Lisa Surihani)

Sinopsis:

Cerita ini mengisahkan Kashah (lakonan Azar Syafiq) yang digelar 'Budak Gemuk' oleh rakan-rakan kolejnya kerana dirinya tidak dapat dipisahkan dengan makanan. Sehingga pada satu hari Kashah ternampak seorang pelajar baru bernama Ayu (lakonan Lisa Surihani) yang baru berdaftar dikolejnya. Dari situ titik tolak permulaan perkenalan mereka bermula. Daripada satu perkenalan yang simple lagi indie, mereka mula semakin rapat dari hari demi hari. Dengan syarat yang ditetapkan Ayu agar Kashah kurangkan makan dan diet jika mahukan kemesraan mereka berterusan, Kashah telah berazam untuk berubah dan menguruskan badannya. Jika Kashah kurus baru Ayu membenarkanya untuk masuk melamar.

Usaha keras Kashah membuahkan hasil apabila dirinya berjaya menjadi kurus sekurus Saiful Apek. Dia sudah kurus dan sedia untuk melamar Ayu. Walaubagaimanapun, ujian sekali lagi menimpa apabila Kashah dikehendaki pergi membuat kajian untuk tahun akhirnya di kampung orang asli dikawasan pedalaman daerah Pinang Piang. Kajian beliau mengenai 'unsur-unsur freemason dalam blog Checkpoint Azar'. Ayu mahu Kashah terus fokus untuk kajian beliau dan lulus dengan cemerlang. Dia berjanji akan menerima lamaran Kashah setelah Kashah selesai dalam kajiannya. Kashah pergi dengan keazaman yang cekal.

Kashah tabah menghadapi segala dugaan berbentuk makanan kegemarannya. Beliau mengamalkan diet seimbang untuk terus kekal kurus dan melamar Ayu apabila pulang nanti. Hatta dihulur dengan biskut cornflakes kegemarannya sekalipun beliau menolak. Dalam pemergian Kashah, Ayu telah didatangi oleh kekasih lamanya iaitu Azmi (lakonan Farid Kamil). Azmi telah menggunakan tipu helah untuk memaksa Ayu mengahwininya. Ayu terjerat dan terpaksa menerima Azmi. Jahat sungguh Azmi. Kerana sedih mengenangkan nasibnya bersama Azmi, Ayu telah makan dengan banyaknya setiap hari. Berat badan Ayu naik mendadak sehingga Azmi membencinya lantas menceraikannya.

Kashah balik dari membuat kajian tahun akhirnya dengan penuh kekecewaan apabila dimaklumkan bahawa Ayu telah berkahwin dengan Azmi. Dengan hati yang lara, Kashah pergi mencari kerja dan bertemu dengan Emilia. Dari rakan sekerja, mereka menjadi rapat sehingga Emilia meluahkan rasa hatinya untuk menjadi teman istimewa Kashah. Kashah menolak kerana masih tidak dapat lupakan Ayu. Akan tetapi beliau meletakkan syarat jika Emilia dapat menguruskan badannya dia akan menerima Emilia. Emilia berasa sangat sedih.

Kerana mahu bersama Kashah, Emilia pergi ke hospital untuk membuat rawatan sedut lemak badak (lipo-hipo suction). Dalam pada masa yang sama kawan baik Kashah menghubunginya dan memaklumkan bahawa Emilia sebenarnya adalah Ayu yang telah gemuk akibat tidak bahagia ketika bersama Azmi dan mereka telah bercerai. Menyesal dengan tindakannya mencemuh Emilia sebelum ini, Azmi terus kehospital untuk mencari Emilia. Tetapi segalanya telah terlambat. Emilia gagal diselamatkan apabila rawatan sedut lemak badak yang diambilnya tersedut beberapa organ dalaman penting sekali seperti limpa, usus besar dan paru-paru kiri beliau. Kashah menyesal dengan kebodohannya selama ini. Beliau terlalu sedih lantas makan sebanyak-banyaknya setiap hari sehingga berat badan bertambah dan digelar 'Budak Gemuk' lagi.


p/s: siape kate gua tak support filem Malaysia?? gua support giler kot terutama yg ade Lisa Surihani.. Gua syak director zaman skrg suke guna Lisa Surihani pasal nak suruh gua layan cerita diorg r tu.. eskploitasi Lisa. Jahat..

12 comments:

kingrareglove said...

ini serupa harammmmm...
gua nk jd producer....

Chenta Bukan Nama Sebenar said...

1 word=bengong!!!!ahhahaha


even wv pon agree: swearav~

The Corrupted said...

sebab brader azar rapat ngan lisa surihani....saya dah xde harapan nak hidup lagi....damai la kamu berdua di sana....Ameerul Fadzli( bukan nama sebenar)

Florinta Edward said...

sengal lar azar! kelakar giler ko! hahaha

azarsyafiq said...

faris: cepat buat agreement dgn Lisa n aku..ak busy sket lately..huhu

fatin: apetu wv & swearav?? pepon tq sebab bace walopun bengong..huhu

Ameer: jgn riso ameer..sbg kawan ko, ak tinggalkan megan fox ntuk ko..jaga die elok2..

flo: i take that as a compliment..huhu..

Pinku no Ichigo Yuki said...

HAHHAHAHHAA
ni bkn lagenda budak gemuk, ni lagenda org gemuk.. skit2 mknn.. hehe

nice piece!

fatinsue said...

hahaaa bongek laa azar !
ade ke smpai organ dlman pun tersedut, xsggup la i nak belakon scene tu kalo cmtu. huhuh ngeri kott.

azarsyafiq said...

pinku: haish sama je laa orang ke budak ker..takpe nnt tuka jadi Lagenda Manusia Obesiti..huhu

fatinsue: yg bace tu bongek juge..huhu..ala gedik la you ni (sebut ala2 lirik lagu nak ke taknak)..haha

myhadA said...

oh tidak, aku gelak antu sorang2 tgh2 mlm kat comunal rum lagik. (peydot,dgr x?). Just curious, doctor tuh sedut lemak pakai vakum cleaner marjon ke? power dowh!

azarsyafiq said...

hada: ko ni da serius ni gelak sorang2 lak..ni citer sedih laa..bukan citer lawak.. ouh yg pakai vakum marjon tu yg pakej murah punye.. emilia dlm ni pakai pakej yg mahal sikit psl die kaya n nk kurus cepat.. die gune mesin sedut najis indah water terus..huhu

myhadA said...

eiiiiiyarkksx!

azarsyafiq said...

jgn tiru ape yg watak dlm cerita ini buat..sgt merbahaya..huhu..