Friday, October 29, 2010

Lagi Dua Bulan


Salam n guddayzz yaww...

Arini 29hb 10 tahun 2010 masihi.. Secara tak langsungnya genap laa 2 bulan lagi gua akan menjejakkan kaki ke tanah air tercinta bumi bertuah kebanggaan rakyat serata alam iaitu Malaysia.. Gua dan kawan2 gua telah confirm akan meninggalkan tanah kelahiran David Beckham ini pada 28hb 12.. So secara otomatiknya dalam 29hb tu nanti berpeluh laa ketiak gua kat KLIA tu nanti pasal panas dan da tak biasa dengan cuaca iklim khatulistiwa.. Bak kata Maher Zain, InsyaAllah..

So nanti bila gua sampai KLIA nanti, gua tau memang keluarga tercinta jauh dimata dekat dihati akan datang beramai2 amik gua. Tapi pada masa yang sama gua syak peminat2, fans2, admirers2, semua laa yang tahap kipas susah mati gua akan berkumpul kat KLIA juga untuk menyambut kepulangan gua.. Gua rasa dalam 3-4 bas boleh penuh tu.. Dan bila gua da announce tarikh gua balik ni gua makin yakin highway KL-Seremban boleh jam, sesak sangat pasal semua pon berpusu2 nak jumpa gua kat airport tepat pada tarikh dan waktu gua sampai nanti.. Pergh..

Seminggu seblom hari ketibaan gua, kat radio sama steshen TiBi sibuk dok bagitau berita yang kain-kain warna merah dah habes kat Kamdar dan semua gedung kain terkemuka tanah air.. Ramai sangat beli dengan harapan masing2 nak hamparkan red karpet buat gua berjalan nanti. Dari atas kapal terbang time nak landing gua intai sikit kat bawah boleh nampak banner besar tulis 'IN AZAR WE TRUST, LOVE YOU FOREVER AND ALWAYS, XOXO'.. sampai camtu dia punya penangan gua nak balik nanti.

Bila flight landing jer dari jauh lagi dah berkelip-kelip lampu denyar camera2 besar milik wartawan dan jurugambar perasan hebat.. Tepi celah tingkap banggunan menara kawalan KLIA gua nampak sorang brader jurugambar bercamera terhebat rilek je shoot gambar gua dari jauh guna lens Nikkor 700-2000mm f1.8, sambil tangan kiri pegang twisties masuk mulut kunyah perlahan. Tapi gua abaikan semua tu sambil tertunduk tersipu2 sementara kawan2 gua yang lain semua da nanges2 pedih mata kene tempias flash yg ditujukan kat gua..

Menuju masuk balai ketibaan jer beribu orang berkerumun.. Bunyi mercun, flare dan bunga api kedengaran buat pertama kali dalam KLIA.. Diorg seludup pakai orang dalam gua syak.. Sementara tu ribuan polis FRU da tak mampu nak kawal lagi.. Diorg kene rempuh semacam jer takde kesian2.. Dengar cerita sayup2 dengar 37 orang anggota FRU separuh nafas da akibat kene pijak secara tak sengaja akibat rempuhan sementara 279 orang yang lain letak jawatan serta merta kerana tak sanggup lagi nak halang peminat gua.. POM..POM..FUUIISSHH..TATATA TABABOOOO.. Tiba2 dengar lak bunyi bunga api dari luar KLIA.. tengok atas ruang udara tu dah dipenuhi perkataan seperti 'AZAR', 'LUV U', 'LU KACHAK BHAI', dan tak dilupakan 'DUIT GUA DA HABES BANYAK BELI BUNGA API TULIS-TULIS NI UNTUK LU JE AZAR'.. Pesta bunga api dan mercun mengalahkan tahun baru.. Diluar juga terdapat sekelompok manusia memberontak kerana tidak dibenarkan masuk akibat bahagian dalam dipenuhi lautan manusia.. Bagi melempiaskan nafsu amarah mereka akibat tak dapat berjumpa gua in person mereka mula mencabut serta membakar kerusi2 yg disediakan di ruang menunggu.. Kerusi2 itu lantas dibaling merata2 sebagai simbolik api kemarahan mereka yg berterbangan...

Disatu sudut dalam balai ketibaan KLIA ade plak segerombolan lagi manusia kira-kira 500orang berlari menuju gua sambil mengangkat baju mereka dan terteralah huruf-huruf yang membentuk perkataan 'A.Z.A.R.T.H.E.B.E.S.T' dan juga 'K.E.N.A.N.G.D.A.K.U.D.A.L.A.M.D.O.A.M.U'.. Semuanya seronok menayangkan perut mereka yang tertulis huruf-huruf itu. Di samping itu sekumpulan perempuan juga turut cuba melakukan perbuatan yang sama sebelum gua sempat berpaling dan melarang mereka dari melakukan perkara itu.. Bimbang syubhah.. Bagi menghilangkan rasa kecewa tidak dapat menanggalkan baju, mereka hanya melakukan cheerleading dengan kepompong dan cheer dengan penuh semangat mengiringi langkah gua ke luar balai ketibaan untuk menemui keluarga gua..

Dah sudah berfantasi liar.. jangan nak buat camtu time gua balik nanti.. gua taknak bertanggungjawab.. kalo nak buat pegi buat kat Stadium Putra Bukit Jalil Final Piala Malaysia 2010 Kelantan vs. Negeri Sembilan.


Korang tengok camne goal kat atas ni bhai.. Ni kat German ni.. Aritu time gua buat kunjungan rasmi kat German ni gua usha2 orang die mmg gua rasa boleh senang2 je diorg buat gol camni.. jangan kate laki, pompuan pon boleh terajang bola tu camtu.. gua berharap final Piala Malaysia nanti ade laa gol2 camnih.. bukan takat kerusi terbang dan kene bakar jer..huhuhu...




p/s: sampai tak subliminal mesej dari entry nih kat korang?? kalo tak sampai sila g LowYat upgrade RAM.. bukan RAM komputer, tapi RAM otak korang tu..huhuhu

10 comments:

~effa~ said...

saya nk g tggu...
tp bkn nk sambut awk..
tp nk sambut ole-ole...
bole x? hihi...

azarsyafiq said...

haaa meh laa datang tunggu skali..boleh.. tp ole2 balik hari lain..lewat sket..so takleh nak sambut skali laa..haha

Kingrareglove said...

azar...ko ni memg nyusahkan la...dh la ko mmbuatkan rmai org kt KLIA....sesak siot....nk balik tnjung malim pn susah....jalan jem...tp aku respek sbb ko balik, ramai buat knduri n order ayam kt aku...untung jgk la walopon jalan jem....lpas ni ko turun kt airport langkawi or kk....snang sket....xde sesak...:p

azarsyafiq said...

wahaha..jgn riso kalo hal2 order ayam sure ak booking kat ko punyer..

Adib Hitam said...

Kami di sini pun mmbuat perkara yang sama. Tp bunga api itu flashes perkataan seperti: "Waahaha! Azar dah balik! Tenteram ckit UK. Beras kat ASDA n Nawroz, slalu dia jak kasi hbis". Sekian terima kasih

azarsyafiq said...

=_=' dib ko tak perlu terlalu jujur disini ishk3..

Adib Hitam said...

hahaha! ndak bah kawan. main2 jak. Sesungguhnya, kami sedih sbb tiada org mau amik gmbar kami lg. uhuk2 :P

azarsyafiq said...

ceh...psl amik gmbar je ko igt ak eh.. sapelah ak ni dib.. ramai lg org len yg terer amik2 gmbar ni.. ak sekadar melukut ditepi gantang jer..huhu

aurelia alviana fedora said...

hahahah~ ko tau x ak yg sakit perut gelak2 bce post ko nih?? hahah~~

anyway, kasi gebang2 kt gua klu btol lu pnya pminat bwt cmni kt lu keh! hahaha!!~~

azarsyafiq said...

wahahaha...lek2..jgn smpai ko saket perut smpai muntah balik ape ko makan tadi kang..wahaha...

okeh kalo ade sure gua amek gambar taruk kt blog then gua roger kat lu kasi jeles sepam..