Friday, November 19, 2010

Memahami Lelaki


Nak faham lelaki ni senang jer. Meh I ajarkan sikit.

Lelaki ni makhluk yg simple dan senang jer. Diorg tak suka rumit2 selok belok susah payah ni. Fikiran lelaki pon lebih lurus dan tidak kompleks. Contohnya macam I. Bila I kena buat sesuatu atau apa2 je lah, I akan fikirkan cara yang paling simple dan senang untuk buat bende tu dan tak suka serabut2kan kepala untuk berfikir susah2. Kalau lelaki tu menunjukkan tanda dia suka perempuan yang pandai mengemas ke, suka je teman perempuan pergi shopping ke, suka je buat apa2 je lah ke kan, haa so perempuan harus percaya bahawa itulah yang lelaki inginkan. Kalau dia tak suka tu, maksudnya dia tak suka la tu.

Tapi tu bukanlaa bermaksud lelaki ni berfikiran ortodoks mahupun primitif zaman paleolitik dulu kan. Tapi memang majoriti lelaki berfikiran camtu. Perempuan je selalu anggap lelaki ni kompleks padahal lelaki ni mudah jer. Shopping kompleks lagi kompleks dari lelaki ni tau. Lepas tu disebabkan ke'simple'an lelaki ni, lelaki lagi suka kalau sesuatu perkara tu disampaikan dengan bahasa yang mudah. Takyah nak berkias2. Terus-terang jer. Contohnya macam situasi berjalan dipasar malam. Si perempuan punyelaa nak makan yongtaufu sotong besar. Tapi dia punya berkias,

"ingat tak time WorldCup dulu ada sotong ramal2 match kan, comel je sotong tu, kelakar pulak tu pandai ramal2, eh tapi kita tak boleh percaya kan, boleh syirik kan, tapi sotong tu besar kan, tentacles dia tu macam bantal peluk, best jer kalo peluk kan, tapi walaupun boleh ramal-ramal ker, boleh dipeluk ker, comel ker, tapi sotong ni paling best kalau dimakan, nak lagi taruk dalam yongtaufu, eh kita lalu kat kedai youngtaufu laa...ahaks.."

Haaa yer la tu ahaks. By the time perempuan tu ahaks, lelaki tu entah2 fikir perempuan tu nak teman dia tengok bola England lawan Malaysia kot malam ni pastu nak jadi tukang ramal2 match macam sotong paul. Haish.. So lain kali cakap direct jer.

"woit gua nak yongtaufu kat kedai depan tu 10 hengget, kuah lebih, lu tolong belikan"

huhuhu... Tapi U jangan cakap camtu lak dengan I yer. I tak suka. Nanti I kecik hati. I sensitif tau kadang-kadang.

Lepas tu kan, menurut satu kajian seorang Enche' yang bernama Glenn Good, seorang Kaunselor Perhubungan di Universiti Missouri, Columbia, America Syarikat berkata lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini menyebabkan adakalanya lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir daripada kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza dengan apa yang dimaksudkan. I maybe cakap macam lain sikit tapi hati I bermaksud lain. U pun jangan laa main terjah jer kan bila I cakap. Tapi kadang-kadang bila I cakap lain je tu U kene siasat jugak tau. Takut2 I tertipu U plak ke kan. Haha. Jujur kan I.

Tapi pasal cakap lain then maksud lain pastu terus misunderstanding tu laa jadi punca kita selalu bermasam muka kan. Jadi punca kita bergaduh jer. Tapi U takleh salahkan I 100%. Tu kajian brader nama Glenn tu yang cakap. Bukan I sengaja2 kan.

So sekarang U da tau sikit kan macam mane nak faham lelaki kan Cik Adik Emma Watson *sila klik untuk pemahaman lanjut =P*


p/s1: gua tulis bende betul menurut Berita Harian Online ni bhai.. hehehe =P
p/s2: lagi satu kalau nak faham lelaki macam mane, takyah susah2 nak faham lelaki yg offer suruh pilih KLCC atau diri dia.. sebab dia mungkin bukan seorang lelaki.. syaithon barangkali.. huhu...

10 comments:

Kingrareglove said...

kalo susah sgt, bg je pnampar setan

azarsyafiq said...

gua tak tampar kot cik adik emma watson..gua akan bagi dia didikan dgn penuh hikmah..wahaha..

tapi kalo psl isu KLCC tu mmg gua nak bg penampar kat pompuan tu..pasal dia bangang sangat nak kat laki tak hensem muka durian buruk tu.. ape masalah cik2 adik cun zaman skrg ni takde taste pilih laki?? haish.. kalo masalah cmni tak timbul for sure gua da tak single da..wahahhaaha..

tu mmg gua kasi bukan takat penampar setan..penampar dajjal illuminati tros gua kasi..haha..

The Z A M said...

Setting:
In a coffee shop.

Perempuan A: You have been 'going' so far, hun. What are you thinking about?

Lelaki B: Ah, nothing.

Perempuan A: You selalu tipu. It can't be nothing. (dgn gaya bitchy)

Lelaki B: Well, it's nothing.

Perempuan A: *Sulking*

Lelaki B: *Telling lies this time* All right, I am thinking about you.

Perempuan A: ah, liar!

Lelaki B: *Blur*


Question 1: Who's complicated being now?
Fact 1: Guys could think nothing as in real nothing at least for 15minutes, while girls don't.

Ka-E said...

tak abes2 dgn emma watson die.. haha.. takpe2.. walaupun agak impossible utk emma watson bace entri ni, tp entri ni rasenye dah byk tolong org pompuan yg bace... mmg champion la! hihi~

azarsyafiq said...

zam: yeah itulah dia kata2 lelaki sejati contoh idaman ibu mentua seMalaya..huhu.. okeh zam ak forward contoh tu kat cik adik emma watson nanti..kasi die lebih paham..haha

kak kaE: Emma Watson tu yg mintak nasihat kak..sy kasi je laa..die bace ke tak tu terpulang kt die..wahahaha.. yeah ntuk semua gak ni.. bleh kate ntuk mengenali enche' penulis secara subliminal jugak ni..hahaha

~A journey 2 Remember~ said...

hahahaha...azar2..mcm2 aa ko nie...
bg nasihat kat emma, harry potter baru nie dah tgk ke lum?..

aurelia alviana fedora said...

angan2! dissy da siap lom? hahah~

btw,ak xrse pon kmplikated sgt. watpe nak belit2 klu jln yg ade kt dpn tuu lurus je? hahah~ anyways, antra lelaki n klcc nape lak pmpuan tuu nak plh klcc? ak xphm. klcc tuu lebih hensem ke? hahaha~

azarsyafiq said...

shari: blom tgk lagi laa..nnt laa ak nk g tgk dgn emma watson..tunggu wayang tu surut sket org gi..bukan ape..malas skandel..huhu..nnt ak buat review..haha

al: mmg klcc tu lg hensem..laki tu pon tak hensem ak rase..hensem lg aku..huhu

~A journey 2 Remember~ said...

azar: bukan emma watson ko dekat kat sini je kerrr?????walaweyhh....hahahha :P

azarsyafiq said...

emma watson smbung study kt america laa..ko salah org nih..wahahaha