Saturday, December 18, 2010

Deathly Hallows


Huuuuuiiisssshhh. Bom, bom, keterbabboommm. Bunyi letupan kuat kedengaran diikuti api marak menyambar.

Majlis perkahwinan abang kepada Ron Weasly telah diganggu dengan kehadiran tentera Voldemort. The Death Eaters datang dengan penuh bergaya serba hitam dan mula menghuru-harakan majlis itu. Tembakan laser sihir dari tongkat-tongkat sakti mereka mula mencederakan beberapa orang yang tidak berdosa. Beberapa orang lagi dilaporkan geli-geli akibat sipi-sipi terkena tembakan itu.

'Harry lari cepat dengan Ron dan Hermione'.

Jeritan matang dari bapa Ron, Arthur Weasly memecah kekecohan yang telah sedia pecah. Gegendang telinga Harry sedikit terusik tetapi hatinya tidak goyang walau seinci untuk lari. Beliau terus kental menentang musuh sambil cuba-cuba menghabiskan air sirap selasih yang masih erat digenggam ditangan. Tanpa dia sedari, salah seorang Death Eaters mula mengacukan tongkat sihir kearahnya. Mulutnya mula terkumat-kamit mengomel jampi serapah untuk menembak. Dalam lebih kurang 2.5 nanosaat kemudian satu pancaran sinar merah saga delima merekah penuh perpaduan mula menuju kearah Harry.

Fuuuuiiissshhhhhh. Boooommmm. Puish puish. Zooooooommmmm.

----------------------------------------------------------------------------------------------

'Poooooonnnn'. Hon kencang dibunyikan dari sebuah lori penghantaran Asda apabila 3 orang remaja tiba-tiba muncul ditengah jalan.

'Woit lu gila ke bhai. Sikit lagi lu nak kena tembak. Nak tunjuk hero pun agak-agak la jugak. Tengok keliling. Nasib baik gua jenis beware of dogs'.

Ron meluahkan apa yang dipendamnya kepada Harry. Harry kelihatan masih samar-samar ayam akibat silau dengan tembakan tadi. Jari kelingking mereka masih berkait.

'Gila kau. Sikit lagi aku nak kena tadi kot. Kalau tak habis kat sini je la cerita ni kan. Thanks weh'.

Harry berterima kasih kepada Ron kerana kepantasan beliau menyelamatkan dirinya menggunakan teknik 'hilang disini muncul disana sekelip mata'. Teknik itu iras-iras teleportasi yang mengizinkan diri kita hilang dan muncul kembali di tempat lain dalam masa yang singkat. Ia juga bergantung kepada keaadaan trafik ketika teleportasi itu. 2 ahli sihir pernah dilaporkan terkorban akibat bertembung sesama sendiri dengan kelajuan yang tinggi keterlaluan ketika teleportasi. Di satu sudut lain, Hermione muntah-muntah akibat mabuk teleportasi.

'Kita singgah minum kat Costa jap weh. Tengah tak sedap tekak macam ni pekena Cappucino memang sedap'.

Hermione mengajak. Mereka berjalan perlahan menuju Costa.

Selesai minum, mereka bertiga ingin beredar. Ron menyeluk poket yang ternyata satu perbuatan sia-sia. Kosong. Mereka bertiga tiada duit.

'Gua rasa tadi time kite 'hilang disini muncul disana sekelip mata' duit gua cicir la. Pasal laju sangat kan. Gua rasa dalam 2-3 ratus gak terbang tadi'.

Harry berkerut dahi. Hermione mengeluh panjang sambil mengalihkan pandangan keluar kedai. Satu susuk tubuh yang sangat dikenalinya sedang menuju kearah kedai tempat mereka minum.

'Azar!'

----------------------------------------------------------------------------------------------

'Weh korang. Buat apa kat sini yaww. Waah pakai cantik-cantik ni macam baru balik dari kenduri ni. Balik kenduri kahwin ker?'

Azar menyapa mereka. Salam gaya remaja ada siap tumbuk-tumbuk dihulur kepada mereka bertiga. Jelas terpancar dimuka mereka bertiga kegembiraan bertemu Azar hanya sementara apabila mereka kembali muram. Seperti memahami. Azar menyuruh mereka bercerita masalah mereka.

'Kami ada masalah sikit ni. Pertama, bayarkan minum kami boleh?' Minta Harry sambil buat mata ala-ala Puss in Boots cerita Shrek.

'Nanti bank in balik dalam akaun gua. Lambat sikit pun gua charge interest tau.' Ujar Azar sambil mengangkat kening kirinya. 'Ok, masalah kedua pulak?' Azar menambah. Mukanya sedikit terpancar sinar ingin tahu.

'Kami kena mengembara untuk mencari dan menghapuskan semua Hocrux Voldemort untuk bunuh dia.' Jelas Hermione yang kelihatan sedikit gembira setelah bertemu Azar, dengan harapan Azar akan mengikuti pengembaraan mereka.

'Weh gua join weh. Gua pun da takde ape sangat nak buat ni. Disseration gua da submit, exam settled, shipping barang-barang settled, sementara nak balik Malaysia ni gua follow korang laa yer.'

'Tunduk!'

Huuiisshhhh, terbaboooooo!

----------------------------------------------------------------------------------------------

Zoooooommmmmm.

Mereka berempat sampai disatu kawasan perkuburan. Beberapa ekor burung gagak hitam penghuni tegar kawan itu mula menjeling sipi-sipi kehairanan dari mana makhluk-makhluk homosapien itu muncul.

'Gila nasib baik sempat lari tadi. Mana dia orang tau kita kat kedai tu ha. Serius tak privacy macam ni'. Ron mula merungut.

'Sorry, aku ter'update' status Facebook dengan Twitter tadi cakap kita tengah heaven layan Costa waktu kita kat kedai tadi'. Harry tertunduk malu dengan kelakuannya sambil mengangkat IPhone 4 yang baru dibeli menggunakan elaun buku dan tesis di Hogwart.

'Haa lu guna IPhone kan. Lu pakai Orange ke O2? Takkan Maxis lak kan. Pekata lu try GPS tengok Hocrux tu ade kat mana. Senang siket kerja kita nak carik natang pejadah Hocrux tu. Anyway Angry Bird lu main da sampai level berapa?'. Azar melontarkan cadangan bernas. Bayang-bayang mentol idea mula bersinar diatas kepalanya.

Mereka berempat terus menggeledah telefon bimbit milik Harry. Hermione dilihat perlaha-lahan menyembunyikan telefon bimbitnya di celah-celah rekahan batu. Malu dengan Nokia 3310 beliau agaknya. Application GPS digeledah dari satu muka surat ke muka surat seterusnya. Pelbagai peta dibuka, perlbagai muka planet diteliti, Hocrux dicari masih tidak muncul tiba.

'Korang pernah tengok cerita Dragon Ball tak? Yang ada Son Goku dengan Atuk pervert pakai cengkerang tu? Kan dalam cerita tu dia orang ada Dragon Ball detector. Boleh cek Dragon Ball ada kat mana. Cuba cari aplikasi tu untuk IPhone'. Idea Hermione jelas bernas dan boleh dianggap sebagai paling true untuk petang itu. Azar tersenyum sebagai tanda memuji kebijaksanaan Hermione. Hermione tersipu.

Harry telah terjumpa satu aplikasi 'Mencari Dragon Ball yang hilang for dummies' dan aplikasi itu nampaknya paling boleh diharap berdasarkan namanya yang style dan interface yang cool. Tiada iklan-iklan lagi tu. Mereka terus fokus menggunakan segala yang termampu untuk mentafsir GPS dari aplikasi itu dan ternyata ianya membuahkan hasil. Cahaya kuning berkelip-kelip bak lampu raya mula kelihatan di atas skrin IPhone dengan retina display itu. Bukan setakat satu, tapi dua cahaya berkelip menandakan ada dua Hocrux di kawasan yang sama waktu dengannya.

'Kita berpecah kepada dua kumpulan untuk cepat sikit cari Hocrux ni sebelum Death Eaters sampai sini dan jumpa kita'. Ron memberi cadangan.

'Ok, set. Gua nak gerak dengan Azar. Bye'. Hermione memberi kata dua. Muktamad.

Ron memandang Harry kebingungan. Hermione tersenyum simpul nipis kepada Azar. Hati Azar berbunga tetapi luaran masih macho dan cool. Telinga dia mula merah. Mereka mula berpecah mencari Hocrux yang masih tinggal.

'You tak reply message I kat Facebook.' Hermione mencebikkan muka minta dipujuk.

'Kan I da kata I tak berapa buka Facebook sangat. I lagi selalu tweet kat Twitter dari Facebook tau. Tapi you pun tak reply sms I hantar.' Azar membela diri.

'Hogwart kan takde line. Istana lama kot. Dinding tebal. Susah line handphone nak tembus.'

Mereka berdua tersenyum.

Tiba-tiba satu dentuman kuat kedengaran diikuti kilat sabung-menyabung. Dari jauh kelihatan musuh tradisi Harry Potter dari siri satu sampai tujuh iaitu Voldemort berdiri megah diatas pusara Albus Dumbledore, pengetua Hogwart yang telah terbunuh. Voldemort membuka kubur Dumbledore kerana ingin mengambil tongkat sakit milik pengetua itu kerana ia dipercayai sebagai tongkat paling hebat lantas bakal menjadikan Voldemort sebagai ahli sihir paling jahat dan syaithon yang berkuasa.

----------------------------------------------------------------------------------------------

'Haa.. cerita da habes?? Bersambung part 2 lak yer'.

Shoot gua terlelap tengok citer Harry Potter. Patot gua rasa jalan cerita tadi macam merepek jer siap ade karakter nama Azar lagi dalam tu.. Nama cam familiar.. ntah la kat mane gua penah dengar nama tu.. Banyak sangat bercakap citer ni.. tak pepasal gua terlelap.. tak pepasal gak gua kene download cite ni and tengok balik.. Nasib baik sorang pon member gua tak perasan gua terlelap dalam wayang tadi..hahahaha..

Ok laa time nak balik tu gua keluar dan ternampak laa poster cerita Harry Potter ni besar2 tampal kat dinding panggung wayang ni. Gua beristighfar panjang. Ni gua mimpi lagi ke ape ni.. ni mesti tak lain tak bukan salah satu agenda illuminati ni kan..


Photobucket

8 comments:

anne said...

terbaik!! :D

izzy said...

sengal. terpaksa aku gelak sorang2 dalam gelap ditemani adik aku yg tengah seram2 tengok cerita the pianist. ok, semua salah kau.

HHAHHAHAHAHHA!

azarsyafiq said...

@anne: thanks =)

@izzy: bahaya ko ni..dah laa gelak sorang2..pastu salahkan aku lak..haishh...

Anonymous said...

Haha nak superimpose pun kasi la tone muka tu sama dgn tangan. :P

azarsyafiq said...

@anon: wahahahaha..sy tidak hebat main dgn tona warne..tp sy ade sorang kawan yg hebat..nama dia shahriza cypherdefect fadhly..gila hebat beliau tau..patut mintak tlg die yg editkan...tapi takpelah..anggaplah time photoshoot tu cahaya flash kena kat muka lebih banyak dari kena kat tangan..hahaha

niknur syamimi said...

lawak laa...ptut la leh jadi director sound of unity.huhu

aurelia alviana fedora said...

berangan je lebih, azar2..hahaha~

azarsyafiq said...

nik: yer ker??time kasih..huhu

al: manede..tu namenye fantasi kreatif