Saturday, December 25, 2010

Pergi dan meninggalkan

Pergi itu senang
Yang susah adalah untuk meninggalkan

Melihat seorang demi seorang pergi dan meninggalkan
Sambil menunggu masa untuk turut pergi dan meninggalkan

picture from Faris, enhanced by tuan punye belog

Terima kasih untuk segala memori dan kenangan bersama
Mohon maaf salah silap diatas segala kesalahan
Farewell is only a reason for us to meet again

------------------------------------------------------------------------------------------------

Bahagian pertama entry ini ditulis oleh sebahagian lagi jiwa tuan punye belog yang kurang sikit gilanya dan lebih normal kearah homosapien normal berhati taman. Bawah ni baru entri serius gila tak hengat..


Ok saat blog ini entry ini ditulis, masa yang tinggal untuk aku pergi dan meninggalkan ade lebih kurang 5 hari lagi. Dalam tempoh beberapa hari yang lepas, sekumpulan demi sekumpulan dari kami telah berlepas pergi dan bila tengok diorang yang pergi tu rasa tak boleh tahan gak dia punya sedih. Dan menyedari fakta yang aku turut akan pergi seperti mereka. Aku merupakan ahli kumpulan terakhir yang akan pergi. Berikut merupakan fakta perjalanan pemergian dan waktu pelepasan aku. Harap teliti baik-baik dan semat dalam lubuk hati kemas-kemas.

Tarikh berlepas dari Institut Angkasa Lepas Marjon, Plymouth menuju Pusat Kajian Angkasa dan Kawasan Sekitar, London = 27 Disember 2010, 9.55am (Isnin/Monday)

Lintas hormat keberangkatan dan perlepasan kumpulan 3 ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa dari Balai Perlepasan Bintang Angkasa Heathrow = 28 Disember 2010, 10.00am (Selasa/Tuesday)

Keberangkatan dan pelepasan kumpulan 4 dan terakhir dari Balai Pelepasan Bintang Angkasa Heathrow = 30 Disember 2010, 10.00pm (Khamis/Thursday)

Pesawat dinaiki = Soyuazar Merdeka 230989 - MH001

Dijangka sampai ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa = 31 Disember 2010, 6.20pm (Jumaat/Friday)

Aku merupakan salah seorang daripada 3 angkasawan kumpulan 4 (terakhir) yang akan berangkat ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa. Barang-barang bekalan di sana nanti telah dihantar terlebih dahulu kira-kira minggu lepas sementelaah barang-barang simple-simple masih belum dikemas. Perjalanan dijangka sedikit sukar memandangkan salji masih turun geli-geli dan kesejukan sedikit terlampau bakal memberi cabaran kepa
da perlepasan kami. Takut pesawat yang bakal dinaiki tak boleh hidup enjin pasal sejuk sangat pon ade jugak.

Untuk meninggalkan Institut Angkasa Lepas Marjon dan seterusnya bumi yang telah lama didiami ini bukanlah semudah yang dijangka. Seseorang memerlukan kawalan emosi dan jati diri yang super tabah untuk menghadapinya. Sepanjang latihan di sini,
segala macam pengalaman telah dilalui. Pengalaman menimba ilmu di bumi asing telah membuka mata, otak dan hati dalam melihat dunia. Terima kasih diucapkan kepada angkasawan-angkasawan senior yang telah berpengalaman berpuluh tahun dalam bidang pengangkasawanan. Segala ilmu dan pengajaran yang diajar pasti akan dimanfaatkan dimasa hadapan lebih-lebih lagi untuk melatih angkasawan-angkasawan baru.

Mengenali ramai pelatih angkasawan lain turut menambah rempa
h-ratus kehidupan dalam usaha menjadi angkasawan terbaek dari ladang dan padang ragut seantero galaksi. Segala memori dan kenangan pahit atau manis, tawar, masin, pedas, masam, tiga rasa, sweet sour mahupun goreng rempah tentulah sukar untuk dibuang dari harddisk cap OTAK berkapasiti infiniti ini. Terima kasih kerana telah memberi kerjasama kepada aku dalam banyak perkara. Budi baik kalian akan aku kenang dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Maaf juga dihulur diatas segala kekurangan diri serta salah silap dan ketelanjuran perbuatan/kata kepada kalian. Kepada angkasawan-angkasawan yang rapat dengan aku, sesungguhnya aku sangat-sangat menghargai kalian. Terima kasih kerana sentiasa ada bersama aku disaat memerlukan dan sentiasa menyokong diri ini. You know who you are. Million thanks from the deepest of my heart.

Sekian dahulu nota pendek dari hati ini. Ada masa kita berjumpa lagi.


Yang benar, jujur, ikhlas, tulus, mulus dan suci.

Azar Syafiq, xoxo
(Angkasawan Negara Cawangan Marjon-Malaysia)



p/s1: seyes gua tak reti buat farewell speech..ni je mampu..kalo teringat lagi nanti gua update dlm entry lain..huhu
p/s2: dekat2 nak blah ni seyes mood n emosi gua tunggang-langgang haru-biru..silap haribulan barai gak air mata ni kang..shoot...
p/s3: terima kasih tahap rare gak dituju-tujukan kepada cik Alviana yang telah buat secoret entry pasal gua disini ->Dedikasi Utk Seorang Kawan (gua assume dia ikhlas..gila barai gak air mata ni..sipot ayam toll)

10 comments:

Beattrice said...

angkasawan Azar,dislike this entry 'coz menyedihkan :(

~A journey 2 Remember~ said...

punyer la sedih entry dier..tup tup biler scroll bawah ader gmbar nie..aduhay..sempat lg azar...
All da best Azar :)

azarsyafiq said...

@beattrice: ler..sedih ker?? sya da buat entry ni paling merepek habes da camni pon bleh sedih lg..huhu.. tu blom lg sy buat yg btol2 feeeling punyer..huhuhu..

@shari: haha..nama pon Azar kan..hahaha..thanks Shari..all d best gak kat Marjon ni =)

Beattrice said...

entry merepek2 pun still sedih jgk..the fact that u're leaving very soon.u'll be missed...

-u-n-s-p-0-k-e-n- said...

waaaahh.. mcm tak caye lak. korang semua da bakal kembali ke jalan yg benar. sobsss... selamat jalan romeo!

myhadA said...

waaa...first time ada entry yang kene gune 2 roll toilet tissues..*eh, not me, bettho kot yg gune.
azar, best of luck, best wishes, best ape ntah lagi...
selamat berangkat...

aurelia alviana fedora said...

hahhaha! ak lak yg rse sdih tahap cipan nie..xnak anta ko laa. nnt ak lak yg nangis.lalalala~

Shidiey said...

Aku xsedey pun bai... Blahla.. :P

Nda ba... :)

azarsyafiq said...

ak rase ak ade identiti konflik..nak buat lawak org jadi sedih lak..ishk2..sedih gak la camnih

aurelia alviana fedora said...

tau xpe. ambik ko! hahahah!