Saturday, July 31, 2010

Penoreh Tangan


KUALA LUMPUR: Biarpun masih di bangku sekolah, ramai remaja perempuan kini dikesan mengelar lengan hingga berdarah untuk menulis nama kekasih masing-masing, kononnya atas nama cinta.

Mereka melakukan perbuatan itu menggunakan pisau kecil atau mencucuk lengan dengan jarum bagi menghasilkan kesan parut seolah-olah tatu.

Perbuatan itu yang menjadi ‘trend’ terkini di kalangan remaja perempuan didedahkan pakar motivasi dan kaunseling remaja, Ahmadi Din berdasarkan pengalamannya mengendalikan beberapa kes gadis bermasalah.

Ahmadi berkata, baru-baru ini sepasang suami isteri meminta khidmatnya untuk mengatasi masalah anak gadis mereka yang sukar dikawal selepas terjebak aktiviti tidak bermoral dan dia mendapati tangan remaja itu ada kesan torehan nama teman lelakinya.

“Ibu bapa gadis berusia 16 tahun mengadu anak mereka terjebak pelbagai kegiatan tidak bermoral termasuk menghidu gam, merokok, ponteng sekolah dan suka berfoya-foya di disko.

“Selepas mendekati gadis itu saya mendapati lengan tangan kirinya yang mempunyai tanda parut tertulis perkataan yang bermula dengan huruf A. Apabila saya tanya, dia memberitahu tulisan itu nama teman lelakinya,” katanya.

Menurutnya, gadis terbabit mengaku sengaja melukakan tangannya menggunakan jarum sehingga berdarah bagi mengukir nama kekasihnya yang berusia setahun lebih muda daripadanya.

“Dia memberitahu perbuatan itu dilakukannya kerana terpengaruh perbuatan sama oleh rakan sebaya yang mengukir nama kekasih masing-masing pada lengan atau pergelangan tangan.

“Tanpa berselindung, dia mendakwa perbuatan menoreh lengan itu dilakukan bagi membuktikan kesetiaan dan rasa cintanya yang mendalam terhadap kekasihnya yang belajar di sekolah sama,” katanya.

Ahmadi berkata, remaja terbabit tanpa rasa bersalah mendakwa terlalu sayangkan teman lelaki menyebabkan dia hilang pertimbangan dan berani melakukannya.

“Perbuatan itu juga tidak ubah seperti pertandingan bagi membuktikan siapa paling hebat dan berani di kalangan gadis sebaya. Mereka langsung tidak ragu-ragu melakukannya hanya untuk bermegah. Siapa yang mempunyai parut nama paling panjang dianggap paling berani.

“Berdasarkan maklumat dikumpulkan, perbuatan gila mencederakan diri sendiri itu menjadi ‘trend’ baru yang tersebar meluas di kalangan remaja sekolah rendah dan menengah. Jadi, ibu bapa perlu lebih peka dan menyiasat aktiviti anak masing-masing,” katanya.

Ahmadi berkata, kegilaan terbaru itu mungkin diakibatkan kaedah lama menoreh nama pada batang pokok atau kerusi batu di taman rekreasi sebagai bukti cinta dianggap ketinggalan zaman.

“Lebih menyedihkan perbuatan menoreh nama teman lelaki pada lengan hingga berdarah ini sebahagian besarnya dilakukan gadis Melayu yang masih mentah untuk mengenal erti cinta,” katanya.

Menurutnya, perbuatan mencederakan tangan untuk menghasilkan parut tertera tulisan nama seseorang sama seperti membuat tatu dan Islam melarang keras amalan ini.

“Dalam Islam, apa saja perbuatan memudarat dan membahayakan diri adalah haram. Malah, terdapat hadis Rasulullah yang maksudnya Allah melaknat perempuan membuat tatu, perempuan yang meminta dirinya ditatu, perempuan yang meminta bulu keningnya dibuang dan perempuan yang mengikir giginya,” katanya.

Selain itu, kata Ahmadi, daripada sudut kesihatan perbuatan menoreh kulit menyerupai tatu itu boleh menyebabkan gejala bengkak dan gatal pada bahagian ditoreh yang mengundang jangkitan penyakit Hepatitis B atau C jika jarum digunakan tercemar.



ni da smpai tahap cmni nak salahkan sape ni??
salahkan keluarga? cikgu? tukang kebun? tokey jual pisau tu?
bukti cinta terletak pada akad nikah depan wali dan saksi2 nanti..
pernah ke tok kadi suruh toreh lengan time nak kahwen?
nasihat sempoi tak banyak cakap ntuk cik adik - cik adik diluar sana:

JANGAN JADI BANGANG!!!


p/s: sedikit emo dgn article ini

Thursday, July 29, 2010

Siri Cerkon: Menyeru Najis Part 5 (Final)



Menyeru Najis bahagian 5 (Final)

Suasana rumah Bomoh Knaan menjadi sunyi. Sulai tidak lagi berani untuk berkata-kata. Kasim masih tertunduk. Malu dengan perangai Sulai mungkin. Bomoh Knaan menulis sesuatu diatas kertas nota kecil kekuning-kuningan. Khusyuk sungguh beliau. Didepan beliau tersusun rapi semangkuk air jernih, mangkuk berkemenyan yang masih berasap, keris kecil, keris besar, limau nipis, pelita, lighter, rokok daun dan remote TV. Sambil menulis, sambil melihat kearah Sulai dan Kasim. Begitulah lagak Bomoh Knaan sejak 15 minit yang lalu. Bagi Sulai, ini adalah bentuk rawatan bomoh paling pelik yang pernah dilihat. Tidak ada seru-menyeru, hanya kertas dan pen.

“Mungkin bagi jin tu tak lupa kot bila ada nota bertulis”. Getus hati kecil Sulai.

Tidak berani untuk diluahkanya. Takut-takut kena servis kuda dari Bomoh Knaan.

“Kamu...” Bomoh Knaan bersuara sambil jari telunjuk kanannya tepat menunding Sulai.

“Ambil kertas ni. Ini mantera. Bawak balik rumah. Ingat jangan toleh belakang. Bawak motor laju terus kerumah. Sampai dirumah baru baca. Ini perkara serius. Ingat pesan tok. Takut melarat”. Kertas yang dilipat kecil itu diberi kepada Sulai.

Sulai menggigil menerima kertas itu.

“Tok nak pengeras apa-apa ke? Ayam golek ker? Pulut kuning? Cendol durian? Nasi lemak sambal sotong ke?” Sulai cuba berbaik dengan Bomoh Knaan.

“Tak payah. Cepat balik. Apa yang kamu alami ini lagi keras. Balik cepat”. Kelam-kabut dua sahabat itu terjun dari rumah Bomoh Knaan dan pantas menunggang motor pulang dengan segala macam rasa takut melihat Bomoh Knaan yang seperti dahagakan air sirap kenduri di padang pasir.

Sesampainya dirumah. Kertas itu dibuka. Mentera didalamnya dibaca satu persatu. Dengan teliti:

Kamu ni banyak cakap kan. Kalah itik pergi shopping. Tok nak mencelah pon susah. Tu pasal tok kasi nota ni. Nak taip kat wall fesbuk kamu tak add tok lagi kan. Betul cakap kawan kamu tu menyeru jin dan syaithon perbuatan keji. Kotoq. Macam menyeru najis. Tapi tok ajarkan juga cara-cara menyeru najis tu yer.

Macam ni lah. Memang ada ‘benda keras’ dalam perut kamu ni. Sebenarnya tok rasa kamu ni kena sembelit. Pasal tok pun pernah alami. Takde jin syaithon terlibat dalam isu sembelit ni. Mungkin cara pemakanan kamu. Jadi tok syorkan kamu ambil lebih banyak air kosong yer. Kurang air dalam badan tu sebab ‘benda’ tu susah nak keluar. Keras. Lepas tu ambil banyak-banyak sikit makanan berteraskan fiber ataupun serat. Sayur tu makan banyak. Buah-buahan pun bagus seperti pisang, limau dan apa-apalah. Atuk suka tembikai. Lepas tu time tok sembelit dulu, tok ada google. Ada pendapat kata minum air halia campur garam sikit setiap pagi. Itu tok takleh nak jamin laa kan. Tok taktau. Lagi satu cuba ambik pil Chi Kit Teck Aun. Lepas tu sebelum tidur sapu la minyak Yu Yi cap limau. Benda-benda tu boleh beli kat kedai Seng Tat dan Anak-Anak. Tok yakin ‘benda-benda keras’ dalam perut kamu tu akan keluar dengan sendirinya nanti. Bertindak segera. Nanti jangan lupa add tok kat fesbuk untuk follow up. Sekian tips menyeru najis dari tok.

Salam sayang,

Bomoh Knaan

xoxo

Kasim jatuh terjelepuk setelah habis membaca mentera itu. Air mata beliau mengalir. Beliau tunduk seakan bertafakur. Sulai sibuk mencari kopiah yang telah usang akibat lama terbiar tidak dipakai.

“Alaaa sejadah kat mana pulak ni”. Raung Sulai.




----------TAMMAT----------


Sekian saja Siri Cerkon bersama Azar untuk episod pertama.. heee.. sila la komen ntuk respon kpd siri ni.. bleh komen kat komen dibawah ini atau kat shoutbox tepi tu.. bukan ape.. senang aku tau korang suke ke tak.. patut diteruskan ke tak.. bleh hantar kat berita harian ntuk segment karya2 ke tak.. aku malas r nak syok sendiri kan.. nak syok kene berjemaah baru die punye syok tu berlipat ganda.. kalo majoriti suka ak ade la sket rajin ntuk teruskan.. kalo majoriti tak suke.. ak stop je laa.. kembali ke lumrah alam yg asal.. tapi suke ke tak suke.. ni blog aku..wahahahaa...


p/s: cerita nombo 2 dlm proses da skrg ni.. baik korang ramai2 ckp suke kalo nak bace..huhu..

Tuesday, July 27, 2010

Siri Cerkon: Menyeru Najis Part 4


Menyeru Najis bahagian 1

Menyeru Najis bahagian 4


“Masuk la. Tok memang dah tau korang nak datang tadi”. Suara garau menyambut mereka dipintu.

“Haa. Jemput la duduk. Bersila je la yer. Standard la rumah bomoh. Pernah tengok TV rumah bomoh ada sofa? Takda kan. Sila-sila duduk”. Bomoh Knaan sedikit berseloroh disitu.

Sulai dan Kasim tersenyum seakan mengiyakan Bomoh Knaan. Kata tak lawak kang takut disantaunya pulak kan. Sulai memulakan bicara.

“Sebenarnya macam ni tok...”. “Wooooppsss. Tarik handbrake”. Cepat dipotong Bomoh Knaan.

“Kamu mesti ingat tok dah tau hajat kamu kan. Haha. Tak dapat bhai. Ni tok nak explain. Tok taktau apa-apa hajat kamu. Tok bukan bomoh tipikal cerita-cerita hantu Malaysia. Jadi kamu kena cerita kat tok okeh. Tok tau kamu datang tadi pon pasal bunyi motor kamu macam enjin bot tadi. Motor masuk air ke? Itu tok bukak pintu siap-siap tu pastu terus duduk posing tunggu kamu. Bergaya kan tok ni iye idok?”. Terkaku Sulai mendengar penjelasan itu. Kasim pula kagum didalam hati mendengar pengakuan jujur Bomoh Knaan.

“Ok tok sebenarnya saya rasa ada orang da pekena saya tok. Bomohkan saya tok”. Sulai memulakan bicara.

“Kamu yakin ke?” Bomoh Knaan bertanya. “Ini bukan hal main-main nak oi. Ini zaman fesbuk, twitter semua bomoh pun da tak boleh carik makan sangat da. Nak pekena orang seru-seru jin, syaithon semua ni kerja gila ni. Jangan buat ini kerja giler”.

“Haaa betul da tu tok. Betul sangat. Saya da nasihat dia tadi. Menyeru syaithon ni macam menyeru najis. Kerja kotoq”. Kasim menyokong Bomoh Knaan.

“Tok confirm tok. 3 minggu lepas ada sorang cik adik ni nak kahwin dengan saya. Siap kasi gambar. Bingkai RM2.50. Saya rejek laa pasal cita-cita saya nak kawhin dengan Datin. Tup-tup terus tiga minggu saya sakit perut tok. Tak boleh berak. Saya syak dia dah taruk syaithon dalam perut saya tok.” Sulai menjelaskan dengan yakin.

Bomoh Knaan cuba memotong. “Kamu dah per...”.

Dipotong kembali oleh Sulai. “Cuba tok bayangkan tok macam mana rasa 3 minggu tak buang tok. Ini syaithon besar tok”.

Bomoh Knaan cuba masuk line. “Sakit sa...”

Sulai potong balik. “Saya makan macam-macam da 3 minggu tok. Hujung minggu lepas ada kenduri kahwin kali ke-3 Haji Seman tu. Apa lagi saya lahap la telur rebus tu takde kesian-kesian”.

Bomoh Knaan mencuba nasib. “Tok rasa...”

Sulai teruskan cerita. “Bayangkan perut ni da membelon rasa nak pecah. Saya syak ni busung kot tok. Yang perut boleh meletup tu”.

Bomoh Knaan mencelah dengan lajunya. “Tok yakin kamu...”

Juga dipotong dengan lajunya oleh Sulai. “Tok ikut logic akal la tok kan. Selalunya perempuan yang rejek lelaki pastu lelaki tu bomoh perempuan tu kan tok. Dunia da terbalik tok. Perempuan lak bomoh lelaki. Hantaq syaithon besar masuk perut lak tu. Memang saya nak hantar balik barang seekor dua syaithon kat perempuan tu tok. Kasi syaithon senior-senior sikit kalau boleh”.

Kali ni Bomoh Knaan sudah hilang sabar. “Shut up you big mouth. You don’t respect old-old people like me. Stop talking-talking becoz I want to talk also. Even I am old but I also can talk-talk what I want to talk. You buffalo!”

Sulai terdiam. Tidak disangka Bomoh Knaan mampu bertutur lebih dari satu bahasa. Berbekalkan sedikit ilmu sebelum berhenti sekolah, Kasim cuba berkomunikasi dengan Bomoh Knaan.

“Excuse me teacher, can I go to the toilet please. I want to ken-ken.” Lantas Kasim tersipu-sipu menunduk memandang lantai papan itu.

Sulai bertanya “Weh apa kau cakap dengan tok tadi?”. “Aku macam mintak maaf la kat dia lepas dia macam naik angin marah kat kau”. Explain Kasim. Confident.



----------bersambung----------


Apakah yg akan dilakukan Bomoh Knaan untuk menyelesaikan masalah yg dihadapi Sulai itu? Sama2 kita nantikan di bahagian terakhir Menyeru Najis nanti.

Sunday, July 25, 2010

Siri Cerkon: Menyeru Najis Part 3


Menyeru Najis bahagian 1

Menyeru Najis bahagian 3

“Sah Kasim. Sah. Confirm. Memang tak syak lagi. Kikilah orangnya yang membuat aku menderita selama 3 minggu ini. Semuanya pasal aku rejek dia. Salahkah aku rejek dia sebab nak memenuhi impian dan cita-cita aku? Aku memang nak kahwin dengan Datin, Kasim. Kalau Kiki tu nama dia ada title Datin, confirm takda dakwa-dakwi lagi aku terima dia Kasim. Tolonglah paham aku Kasim”. Sulai merengek gaya orang gila harta nak kahwin dengan mak-mak Datin.

Kasim geleng kepala sambil menjentik hidungnya tanpa motif.

“Aku yakin Kiki bomoh aku Kasim. Kiki sudah hantar shyaiton besar kat aku Kasim. Dia da buat aku merana 3 minggu Kasim. 3 minggu. Kiki mesti dah pergi jumpa bomoh power punya nak kasi perasap aku ni. Pasal jati diri aku kan kuat. Kalau jin biasa-biasa ni takkan boleh pekena aku”. Lagak Sulai sambil dia terlupa sembahyang dia pun tunggang langgang sebenarnya.

“Haa lagi satu hal. Kiki bagi aku gambar dalam frame tu”. Sambil menunjuk kearah frame yang sudah bederai seribu itu.

“Kau fikir logik ar Kasim, baru dua-tiga kali komen kat wall fesbuk aku, dua-tiga kali like gambar-gambar aku, dua-tiga kali send invitation jadi jiran Farmville dia. Tengok-tengok dah kasi gambar dia pastu ajak kahwin terus. Biar betik weh. Aku rasa gambar dia ni pun dia da perasap”. Panjang lebar Sulai memberi penjelasan.

Retina mata Kasim sedikit membesar.

“Dia boleh jumpa bomoh, aku nak jumpa bomoh jugak. Kita lawan”. Sulai melontarkan idea yang sedikit didalangi syaithon.

Beliau kelihatan sangat yakin Kiki telah membomoh beliau.

“Kasim pegi check suratkabar. Tengok malam ni ada cerita apa best. Kalau takda ape malam ni jugak kita pergi rumah Bomoh Knaan. Aku nak setelkan hal ni hari ni gak”. Tegas Sulai sambil mencari helmet beliau.

“Kau biar betul Sulai. Ini bukan kerja main-main ni. Seru-seru jin, syaithon semua ni haram. Kalau kau tak takut benda-benda haram, cuba fikir benda-benda yang kau geli lak. Haa taik. Ok najis. Kau tak suka kan najis. Kau anggap menyeru benda haram ni samalah macam menyeru najis. MENYERU NAJIS. Kau dengar tak ni?” Bentak Kasim dengan hujah paling bernas pernah dikeluarkan beliau selepas tamat tingkatan 2. Lepas tu dia berhenti sekolah.

“Kau diam Kasim, kau nak ikut ke tak? Kalau tak kita putus kawan. Take it or leave it”. Sulai seperti sudah dirasuk jin dari Hollywood, pasal tu terkeluar English sikit.

Sambil helmet dihulur kepada Kasim. Kasim tunduk. Memikirkan buruk baik apa yang bakal dilakukan mungkin.

“Sulai...errr... kau ada helmet lain tak? Ni helmet main basikal yang kita curik dari Markonah gila waktu kecik-kecik dulu. Dah tak muat kot”.

Enjin motorsikal mirip enjin bot itu dimatikan. Gelembung-gelembung air berlumpur masih keluar dari lubang eskzoz. Kesan sorok motor dalam kolam ikan keli. Sulai menanggalkan helmet dan menyangkutnya di cermin sisi motor itu. Dipandangnya Kasim. Senyum. Tahan gelak.

“Wahaha alim giler kot muka kau pakai serban padahal sama syaithon dengan orang minyak”.


Kasim tahan marah sambil membuka lilitan kain menutup kepalanya pengganti helmet kecil tadi. Mereka berjalan seiringan tanpa berpegangan tangan naik keatas rumah yang suda sedia terbuka pintunya.


----------bersambung----------

Kiki telah membomoh Sulai??? Sulai pula ingin membalas dendam dengan melalukan perbuatan keji seperti 'Menyeru Najis' bak kate Kasim.. Nantikan bahagian 4...

Saturday, July 24, 2010

Siri Cerkon: Menyeru Najis Part 2


Menyeru Najis bahagian 2

“Sebenarnya Kiki nak bagi Sulai ni. Frame gambar. Ada gambar Kiki. Sulai boleh tengok kalau rindu. Mahal tau frame ni”. Sulai menerima frame gambar itu.

Nampak mahal. Ada percuma sticker bertulis ‘Kedai Seng Tat dan Anak-Anak – RM2.50’. Sulai bingkas menutup sticker itu dengan ibu jarinya. Beliau memang pandai cover.

“Kenapa Rokiah err maksud saya Kiki bagi Sulai gambar ni?” Sulai sudah sedikit tidak boleh blah disitu membahasakan dirinya dengan menggunakan nama sendiri. Lagak artis popular.

“Hadiah pertama dari Kiki untuk Sulai la. Sulai boleh tengok bila rindu, bila tak boleh tidur, bila lapar dan bila....... bila. Haha. Luchu kan Kiki”. Gelak Kiki terhibur dengan dirinya sendiri.

Sulai senyum nipis celah-celah gigi. Dilihat gambar didalam bingkai itu. Rokiah atau nama khasnya untuk Sulai, Kiki berumur 23 tahun. Kurang 2 tahun dari Sulai. Cantik, menarik, tertarik tapi tak cukup da bomb untuk Sulai.

“Alaa Sulai jangan la renung gambar tu lama-lama. Nanti Kiki terpukau dengan Sulai macam mana? Sulai juga kena masuk meminang Kiki nanti”. Cubaan pancingan disitu.

“Eh gambar ni cantik la. Kiki da tukar henpon baru ye. Megapixel camera dia lagi banyak ye”. Bola tanggung dari Sulai.

Alaa Sulai ni buat-buat tak faham lak. Kiki suka kat Sulai dan nak Sulai jadi kekasih Kiki. Jadi special boypren Kiki. Kiki nak kahwin terus dengan Sulai ni”. Smash kencang tanpa berfikir panjang dari Kiki.

Suasana sepi. Cukup sepi sehingga bunyi perut cengkerik kelaparan jelas kedengaran. Ikan keli sendawa kekenyangan selepas makan turut jelas singgah ditelinga. Alam seakan berhenti. Burung yang dari tadi terbang bebas terus terbabas ketika cuba hinggap didahan pokok durian belanda. Kata- kata Kiki benar-benar keramat. Mungkin juga azimat. Peluh jantan mengalir dari ubun-ubun Sulai, membawa ke kening, turun ke pipi, jatuh ke tepi bibir, Sulai jilat. Sulai memang tidak mahukan Kiki. Sulai sudah ada senarai kriteria cik adiks idaman beliau. Dan Kiki tidak cukup istimewa untuk mengisi kriteria itu. Sulai tarik nafas dalam-dalam. Beliau tekad penuh keazaman dan percaya diri dengan pendirian dan prinsipnya.

Dengan sekali nafas “Sorry Kiki, Sulai tak suka kat Kiki dan memang Sulai taknak Kiki jadi girlpren mahupun isteri Sulai. Sulai da lama bercita-cita nak kahwin dengan Datin supaya nanti Sulai boleh dapat Datuk dan itu memang impian Sulai sejak dari darjah 1 waktu cikgu suruh buat karangan pasal cita-cita dan impian saya. Fuuuuhhhhh”.

Sulai menghembus nafas lega. Penat terasa lagak artis rap nyanyi tak reti ambik nafas. Burung yang tadinya terbabas ketika cuba hinggap terus tergelincir jatuh mendengar jawapan Sulai. Kiki mula mengangkat kening kirinya. Dijegilkan biji mata kiri itu. Sedikit merah.

“Caruuuuuuuttttt....” Jerit Kiki.

Tidak sanggup dia menyatakan perkataan mencarut itu kerana dia yakin blog ini dibaca oleh semua lapisan masyarakat dan tidak enak untuk minda yang sedang membangun. Kiki menghempas tin milo berisi pellet ikan ke tanah. Sulai tergamam melihat pellet-pellet itu tumpah lantas boleh membawa kerugian kepada beliau. Seperti bertaburnya pellet itu, seperti itu jugalah hati Kiki bertaburan dan bergelimpangan mendengar kata-kata Sulai. Kiki lari sambil menghentak-hentakkan kakinya.

“Kiki sabar dulu. Kiki dengar dulu Sulai nak cakap ni. Kiki, kamu masih boleh post apa-apa kat wall fesbuk saya dan like status-status saya macam dulu lagi tau. Kiki!”. Sulai cuba menenangkan keadaan.

“Ngomong sama tangan”. Balas Kiki. Simple dan padat, penuh makna.

Sulai terpaku disisi kolam ikannya sambil melihat Kiki berlalu pergi. Ditangan kanannya masih erat memegang bingkai bergambar Kiki. Ibu jarinya tetap menutup sticker tanda harga itu. ‘STOP’



----------bersambung----------

Rupanya Sulai telah merejek Kiki dengan begitu sahaja.. Apakah yang berlaku seterusnya?? Nantikan sambungannya di bahagian 3...

Friday, July 23, 2010

Siri Cerkon: Menyeru Najis Part 1


Menyeru Najis bahagian 1

“Kau ingat aku boleh bersabar lagi Kasim?” Bentak Sulaiman Kamal Haji Nasir.

“Tapi kau confirm ke dia yang buat Sulai? Kita tak tau sape yang buat. Mungkin orang lain. Mungkin jugak musuh-musuh kau yang dengki dengan kau selama ni”. Kasim cuba menenangkan Sulai yang dari tadi kelihatan bengang laksana bangau tersepit lehernya dicelah dahan.

Sulaiman atau popular dengan panggilan Sulai dikalangan cik adik-cik adik Kampung Sungai Cetek merupakan sorang anak muda yang berjaya dikampungnya. Memiliki kolam ikan keli pusaka seluas satu kotak sawah dibelakang rumahnya cukup untuk Sulai memiliki sebuah kehidupan bujang yang selesa serta sebiji motor EX5 tiga bulan tak bayar serta nyaris ditarik sebelum dia menyorokkan motor itu didalam kolam ikan kelinya. Sulai merupakan jejaka idaman cik-cik adiks dikampungnya. Bukan sahaja cik adiks, malahan dari wanita berusia 70an membawa ke 6 tahun pun turut meng’usha’ beliau. Itu belum diambil kira wanita berkerjaya mahupun tidak lagi tu. Semua wanita akan mudah terpikat tatkala Sulai mengibaskan rambutnya kekiri dan kekanan sambil ditiup lembut angin sepoi-sepoi pendidikan seni (Sulai tidak suka mana-mana subjek bahasa).

Sulai menjeling tajam kearah sebuah foto gambar berbingkai merah jambu ada love-love. Bingkai itu nampak mahal dengan kemasan silver bermotifkan awan larat daun berguguran. Didalam bingkai itu tersemat gambar Rokiah, gadis kilang sarung tangan di pekan Ranting Bercabang.

“Arrrgghhh.. Aku tau ini semua angkara kau”. Lantas Sulai mencapai bingkai bergambar Rokiah itu dan tanpa kesian-kesian terus menghempasnya ke lantai.

Pecah... Bederai... Retak... Segalanya... Entah datang dari mana lagu Kamu oleh NaraMerah pantas mencucuk gegendang telinga Sulai. Seperti video tape dulu-dulu, hitam putih, memori Sulai ter’rewind’ sendiri ke hari Sabtu, tiga minggu lepas. ‘PLAY’.


“Krrruurrr.. Krrruuurrr”.

“ Eh kamu ni kelakar la Sulai. Dah la hensem, rambut belah tengah ada ekor sikit, kelakar pulak tu. Memang taste I. Ada ke nak bagi makan ikan keli panggil macam panggil ayam. Awak luchu la”. Ayat manja (baca gedik) dari Rokiah diiringi cucukan bernada nakal ke bahu Sulai.

Sulai menepis. Nampak serius.

“Rokiah apa awak nak sebenarnya ajak saya keluar belakang rumah saya bagi makan ikan keli ni? Kalau awak ajak saya keluar then belanja saya makan ke takpe jugak”.

Rokiah melirik matanya sipi-sipi kesudut bibir Sulai. “Ouh, awak cakap ‘then’. Pandai speaking. I like. Tapi Sulai jangan la panggil saya Rokiah yer, untuk Sulai yang special ni, awak boleh panggil saya Kiki. Awak sorang je tau panggil saya Kiki ni. Shyuweeiitt tak?”.

“Ok serius. Apa awak nak sebenarnya? Nak bagi makan ikan? Nah ambik”. Dihulurnya tin milo berisi pellet ikan itu kepada Rokiah.

“Jangan tabur banyak-banyak. Sikit je tau. Benda tu mahal. Subsidi da kena tarik. Eh silap. Rasionalisasi subsidi”. Sulai membetulkan terma yang diperkenalkan kerajaan sebagai bukti dia seorang penternak moden dan berjaya.


--------bersambung---------


Apekah sebenarnye yg berlaku diantara Sulai dan Kiki?? Apekah yg dimahukan Kiki sebenarnya sampai begitu madah berhelah beliau berjumpa Sulai?? Nantikan sambungan seterusnya di bahagian 2..



idea diilhamkan oleh: C Peydot yg Chumil (die suruh aku tulis gini..salahkan die)

p/s: kalo ada sambutan aku teruskan..kalo takde aku malas da..huhu..

Thursday, July 22, 2010

The Sound of Unity, Marjon MFest2010

A musical performance by Malaysian Association of UCP Marjon for MFest2010. It is about unity among Malaysian in a village after independence. Tengok laa =D

Intro

Scene 1

Scene 2

Scene 3

Scene 4

Scene 5

Scene 6

Scene 7

Scene 8

Scene 9

Scene 10

Scene 11

Cultural Performance part 1

Cultural Performance part 2


Enchek Director nak ucapkan Mekasih Bebanyakz untuk semua production crew The Sound of Unity. Untuk semua yg telibat dan jugak untuk penonton2 yg menonton tak kira la tengok live or tengok kt youtube. Credit goes to kingrareglove for editing and uploading the videos.

Wednesday, July 21, 2010

Marjon Malaysian Festival 2010

Walaupun dah lepas lama tapi tetap nak taruk kat sini..huhu...

Marjon Malaysian Festival 2010
Unity Through Diversity
21 May 2010
Organised by Malaysian Association of UCP Marjon (MAM)


articles about our MFest2010

disini Enchek Project Director (betul ni korang tak salah baca) nak ucapkan....

Terima kasih semua orang yg telah bertungkus lumus dan berkorban menjayakan MFest2010. Terima kasih juga kerana telah memberikan kerjasama yg baik dgn saya. Saya juga ingin memohon maaf andai ada salah silap terkasar bahasa sepanjang proses MFest tahun ini. Semoga MFest2011 tahun hadapan dapat meneruskan kegemilangan acara anjuran pelajar Malaysia di Marjon. Ucapan juga ditujukan buat keluarga, saudara-mara serta sahabat handai yg berada jauh dimata dekat dihati di Malaysia tercinta. Anakanda tidak dapat pulang beraya pada tahun ini kerana tuntutan tugasan yg lebih penting. Kepada penaja KPM, duit raya takde ker? kurang2 limau cina pun jadi la. Dan kepada.. eh apsal cam da kuar topik? lantak lah. ok Terima kasih.

yang tak tipu
azarsyafiq
out-going MFest2010 Project Director

mereka yg kelihatannye sudah lama tidak puas hati sama enchek tukang arah

p/s: habes entry MFest nanti aku upload cerkon tu eh..hehe..

Sunday, July 18, 2010

100-Seratus-Hundred


Time aku berhajat nak update blog ni, tiba-tiba terperasan yg ini adalah entry yg ke-100.. giler walaweeyh.. sangat tak percaya.. dalam aku malas-malas beruang update benda ni pun da sampai 100 entries.. tu belum kira jumlah followers da mencecah 40 orang tu.. tu belum kira tetamu-tetamu tetap yang tak follow.. tengok pulak counter hit kat tepi kanan tu pun da 8riban.. ok la tu kot untuk sebuah blog bukan artis mahupun celebriti. blog ni pun banyak merepek je kan. (tapi dalam diam-diam aku berhajat nak jadi lagi pemes dari lisa surihani..huhu)

Ok untuk entry yg ke-100 ni. aku berhajat nak recall balik laa antara entry2 aku yang best. so korang yang baru je mengikuti blog ni boleh la klik kat link-link entries yg dulu2 yg best yer..huhu

Entry pasal photography
- Kamera apa gua nak beli - entry ni pasal tips2 nak beli camera dari aku.
- Gambar gua blur beb - entry pasal camne nak buat kalau gmbar blur dan seni disebaliknya
- 10 sebab untuk turn-off autofocus camera - tajuk ni pon da explain ape isinya kan..hehe..
- Exeter in HDR - entry ni pasal HDR
- Pt.1: Quick Update With Pitcazz - entry serta gambar2 menarik
- Cuci DSLR - cara-cara nak cuci DSLR luar dan dalam bersama aku

Entry Jalan-Jalan
- Mimpi yang sempurna di LONDON - time baru fly kesini..time 1st time diLondon
- England Cities Trip Part 1 - jalan2 England (Manchester)
- England Cities Trip Part 2 - jalan2 England (Liverpool)
- England Cities Trip Part 3 - jalan2 England (Birmingham)
- England Cities Trip Part 4 - jalan2 England (London)
- Teh.Gula.Papadam.Turkiye - ada gambar2 time jalan kat turki..

Pengalaman yang dikencangkan dan repekan oleh aku
- SRK Jalan Gurney 2 - cerita time sekolah rendah dulu
- Anak Omputih - cerita dimengorat waktu School Experience kat sini
- Satu Game - gua kena 'loser' sama budak2 sekolah..haram..
- Of HP6, YM & Emma Watson - gua chatting YM dengan Emma Watson..
- skali aku teringat pulak - memori sekolah rendah yg lawak
- Top quotations from 2 days in school - hal budak2..layankan ajer..
- Perangai budak zaman sekarang - layankan aje budak2 ni..

Lain-lain entry yang gua rasa top dan best
- IPBA dan MARJON - kesibukan esaimen di ipba dan marjon
- Behind the scene 'Night of Reminiscence' - about cohort 5 dinner and a short film by us.
- Great Teacher Inspires - pasal penghargaan yg diterima sbg cikgu
- An Untold Fairytale - pasal gua dapat tangkap gmbar fairy..tak caye tengok ler.
- When 'Poyo'ness Strikes - gua jadi model..x caye tgk ler.. style Azar r kan..
- Salam Hari Guru 2009 - heee..ade gambar aku dgn murid2..style...
- Puteri Gunung Ledang - gua berlakon jadi Sultan..jangan tak percaya..
- Puasa kat UK - sket fakta dari aku pasal puasa kat UK (tahun 2009)
- Ayat-Ayat Babun - gua alih bahasa ala2 cerita telenovela..

So atas ni adalah sebahagian entries dari aku yg terstylo ler.. yang ramai orang suke dari feedback secara direct bgtau aku mahupun komen kt entry tu terutama segment merepek aku tu or pengalaman yg dikencangkan oleh aku tu..huhu..korang tengok la sendiri.. pastu sape yg teringin nak tengok gambar pari2..bleh tengok kat entry bertajuk 'An Untold Fairytale' tu eh.. then nilai sendiri laa apekah itu.. pastu entry2 lain pun tak kurang hebatnya.. aku senaraikan beberapa je atas tu.. so kalau berminat n rajen nak tengok2.. pegi belah kanan ni ade archive.. pandai2 laa carik kan..huhu..

sempena entry yg ke-100 ni gak.. aku nak tuka laa header blog ni.. da beberapa kali aku tukar header tapi blog aku tetap mcm ni kan.. hitam jer.. jeles gak aku tengok orang lain punye cantik ade hias2.. tapi takpelah..yang penting isi bukan cover jer.. (tak reti cakap je laa Azar ooi).. klik tulisan ni utk tengok koleksi header2 yg aku pernah gune.. okeh so tema header terbaru aku ni adalah Vortex: Sedut Kedalammu.. (rujuk header diatas)..errm.. it sounds wrong.. lantak laa.. tu memang gmbar diambil betul eh.. then di'enhance'kan.. so kire macam korang masuk blog aku ni akan tros tersedut ke dalam blog ni laa..camtu kot..huhu..

dan sempena entry ke-100 ni gak.. aku akan melancarkan satu segment baru.. segment dengan tajuk SIRI CERKON bersama Azar.. apekah CERKON??? kalau CERPEN bermaksud cerita pendek, maka Azar punya version adalah CERKON yakni cerita kontot.. Kontot tu maksudnya macam pendek la jugak..ataupun bantut..lebih kurang la tu.. so nantikan CERKON pertama di sini nanti yer..stay tuned..

so thankiuq untuk kamu semua yang selalu mengikuti secara langsung mahupun tidak langsung, secara sengaja mahupun tidak sengaja azarsyafiq.blogspot ini. Mungkin blog ini tak sepemes blog yg pemes. Tapi cukuplah blog ini dibaca oleh anda dan aku. Terima kasih kerana singgah dan baca, aku sgt hargai korang. And aku nak jelaskan yg aku bukan gune blog untuk luahkan pasal diri aku jer, pasal tanggungjawab social aku adalah untuk menghiburkan orang dan buat orang senang hati. So pasal tu entry2 aku pun gila2 yer. Harap paham. So ini adalah medium untuk aku berkongsi dengan anda semua serta membawa kecerian untuk kita semua..yeaaayyy..(aku tau mmg tah pape ucapan aku..huhu)

sehingga next entry..challoo..

p/s: juga telah letak widget twitter updates dibelah kanan itu..follow la yer..ahaks..

Sunday, July 11, 2010

Piala Dunia 2010

Orang sibuk tulis pasal Piala Dunia da sebulan da kan.. aku baru nak tulis bile habis.. ala ape barang tulis tiru ikut orang kan.. so ketika jari-jemariku ini berdansa diatas papan kekunci komputer ribaku, baru beberapa jam Spain/Sepanyol/Espana menjulang piala rebutan negara2 kuasa besar bolasepak dunia (Malaysia aku syak tak cukup besar lagi dan itulah realitinya).

Beberapa jam sebelum ini
----nyet-nyet (bunyi button remote TV)---switch to ABC (Azar Broadcasting Company)

Ya perlawanan malam ini bakal menyaksikan pertembungan antara dua pasukan gah dari Eropah iaitu Belanda de Hollando menentang juara Euro 2008 Sepanyol de Espanyola dari Stadium Bandar Bola (Soccer City) Johannesburg Africa Selatan. Pihak kami masih sibuk mencari maklumat dimanakah terletaknya stadium naib johan setelah gagal menemui negara Africa Barat Daya..

----nyet-nyet (bunyi button remote TV)---switch to ASC (Azar Screen Cinema)

Awek cun iras Angelina Jolie berbendera Belanda dipipi itu menghunuskan chainsaw beliau untuk merobek benteng pertahanan Sepanyol. Akan tetapi tiba-tiba muncul jejaka setampan Farid Kamil dengan megah menggayakan shade (spec mata itam besar) dengan bendera Sepanyol berkilat diatasnya menggelecek buku lali awek cun tadi. Awek cun itu terseliuh lalu jatuh terjelepok kesisi kiri beliau. Tanpa segan silu beliau menangis teresak-esak meminta simpati pengadil perlawanan yang iras Nasir Bilal Khan yang sedikit pon tidak terpedaya dengan helah budak-budak separa matang. Bola terkeluar.

Dengan tidak semena-mena, pemain wanita yang hampir-hampir serupa Liyana Jasmay muncul dengan balingan padu terus masuk ke kawasan kotak penalti sebelum makhluk2 aneh dipercayai dari filem Avatar menerjah laju. Malangnya mereka hanya menerjah laju tetapi bola itu tertinggal dibelakang. Seorang lelaki pelakon kachak low-profile dipercayai bernama Azar hanya duduk mengoyang-goyangkan kaki serta menggeleng kepala bersama Lisa Surihani dari tepi padang. Mereka berdua tersenyum.

----nyet-nyet (bunyi button remote TV)---switch to ADC (Azar Discovery Channel)

ngauman miang-miang kucing kurap singa berlabel Sepanyol dibadannya itu telah mengejutkan sekumpulan Gajah berbulu mata panjang. Jelas sekali kita dapat lihat bola Jabulani yg dibawa singa itu sungguh tidak menyenangkan sang gajah.. dengan selamba ketua kumpulan sang gajah itu menyarungkan seluar dengan bendera Belanda kecik jer di paha kiri dan memulakan larian. singa itu dikejar sang gajah tetapi nyata sudah terang lagi bersuluh sang singa bijak mengatur langkah sambil membuat skill ala-ala Ronaldinho. Ternyata sang gajah sudah mula termengah-mengah serta terpedaya dengan langkah bijak sang singa. Akan tetapi kita dapat lihat pemain gantian sang gajah sudah sedia di tepi padang. yeaahh.. Enchek Ayam Belanda.. yeah.. beliaulah yang paling 'true' Belanda sekali.. beliau sudah sedia untuk masuk nampaknya....

----nyet-nyet (bunyi button remote TV)---switch to ASC (Azar SuperSports Channel)

dan tendangan sipi-sipi ala-ala malas-malas ayam Iniesta menerjah gawang. Yeah...Goal untuk Sepanyol. Iniesta...yeahh..Iniesta...walaupun kita dapat lihat beliau seperti tidak berapa yakin untuk menjaringkan goal setelah diacah geli-geli oleh Van Der Vaart didalam kotak penalti. Akhirnya..akhirnya dengan keazaman, naluri, keinginan serta keghairahan untuk menjaringkan goal telah meletakkan Sepanyol didepan dengan satu (1) goal tanpa balas diminit ke 116. Sepanyol (1) - Belanda (0).. Iniesta.. kita lihat dengan segala semangat jitu serta perpaduan, kita bisa melakukan apa saja.. sama seperti Iniesta.. berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian..bersakit-sakit dahulu, Iniesta buat gol memang menyakitkan untuk Belanda. Yeaaah..

------teeeeetttttt--neeettt--neeeettt--teeeeeeeeeee----------------------------
(siaran tergendala akibat vuvuzela)


Shoot..apesal semua pun citer Spain lawan Netherlands ni?? mana ENGLAND???








---------------------------------------------------------------------------------------------

England tak masuk final.. Penat gua datang sokong England di negara England diaorang buat perangai dengan gua eh.. bila England nak masuk final secara langsung menang World Cup lagi ni weh.. tahun 1966 dulu gua tak lahir lagi takyah citer ar kan.. Gua cadangkan sekor2 player tu quit main EPL/BPL then pindah main kt Liga Super kalau main teruk sangat tu.. nak gak gua tengok Wayne Rooney pakai jersey Pahang ke kan.. Robert Green yg teruk sangat tu hantar main kat Felda United dulu.. kasi ajar rajin2 sikit tangkap bola.

credit to Haze-It Photography for the picture
walau sape pon menang WorldCup..England tetap dihati gua..nombor 2 lepas Malaysia..hehe..


p/s: gua ade berhelai2 jersey England sejak WorldCup 2002 tapi haram takde sehelai pon jersey Malaysia.. gua rase berdosa gune elaun duit rakyat Malaysia..huhu..

Friday, July 9, 2010

teka-teki-tekok




bende ape
seketul entiti bulat-bulat
berambut macam ayam
malas-malas








p/s: arghh..merepek..currently not in a good mood..

Sunday, July 4, 2010

Ini betol2 punyer rilek...

5forty2 - Rilek



p/s 1: from 5forty2 mixtape Angkat Mikrofon Vol.1 (reissue)
p/s 2: teka laa aku part maner..haha