Tuesday, August 31, 2010

Merdeka Malaysia


Selamat Hari KeMERDEKAan Malaysia
ke-53
(tua da Malaysia eh)


Saya sebagai seorang rakyat Malaysia menyatakaan dengan sepenuh hati bahawasanya saya bangga menjadi warganegara Malaysia.

Saya bersyukur kerana Malaysia masih aman dan kita semua dapat hidup dengan tenang dan makmur di Malaysia.

Saya mendoakan agar Malaysia akan terus aman, makmur dan sejahtera.

Saya tetap berbangga dengan pasukan bola sepak Malaysia walaupun mereka tak masuk Piala Dunia. (kecewa dgn FAM je)

Saya bersyukur kerana saya dapat melanjutkan pelajaran hingga ketahap ini menggunakan wang negara Malaysia.

Saya juga merasakan sudah sampai masanya saya membuat Malaysia bangga dengan saya pula.

Malaysia tetap dihati.


Saya juga berdoa dan mengharapkan agar Palestin akan turut Merdeka dan sekalian rakyatnya merasakan kehidupan yang aman dan bahagia seperti kita di Malaysia.



p/s: sempena Merdeka ni, gua nak pegi menjajah negara lain lak. Short updates dari gua bleh tengok kat Twitter gua <--sila klik or kat widget twitter belah kanan blog ini.

Friday, August 27, 2010

Edisi Khas: Salam Perantauan


Pengirim 1


Nama: Hamzah Masdor (Ketua Mafia Kampung Belang)
Lokasi: Penjara Tinggi Pinang Piang
Deskripsi Gambar: Tutup muka kerana malu ketika rombongan penjara ke Muzium Negara.
Ucapan: Saya Hamzah banduan tahun akhir Penjara Tinggi Pinang Piang ingin mengucapkan Salam Aidil Fitri kepada keluarga saya yang telah buang saya dan tak mengaku ahli keluarga lagi kerana kejahatan saya. Saya juga ingin memohon jutaan kemaafan kepada keluarga si mati yang telah saya bunuh dalam kejadian rompakan 5 tahun lepas kerana si mati mengugut untuk cucuk perut saya kasi geli-geli. Saya tak tahan geli, jadi saya tertembak si mati. Maafkan saya. Sempena hari yang mulia ini juga saya ingin memohon agar keluarga saya dan masyarakat menerima saya kembali apabila saya keluar dari penjara memandangkan saya banduan tahun akhir sekarang. Saya baik dalam penjara. Saya dah tak pukul orang. Saya belajar mengaji, bercucuk tanam, menjahit dan memasak. Saya ingin membuka kedai Kek Batik apabila keluar nanti dan memulakan hidup baru. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.


Pengirim 2


Nama: James al-Angsani
Lokasi: Di mana air bertakung
Deskripsi Gambar: Ketika buat passport untuk berhijrah ke Burma musim mengawan 2008.
Ucapan: Saya James, Pengerusi Persatuan Angsa dan Swan cawangan Bayan Lepas ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada sekalian umat manusia yang berpuasa dan layak untuk meraikannya. Ucapan juga ditujukan kepada ayam, lembu dan kerbau yang banyak berkorban untuk kesenangan perut-perut manusia ketika AidilFitri ini. Kami Persatuan Angsa dan Swan Bayan Lepas merasa cemburu lantas iri hati diatas permintaan tinggi terhadap kalian serta kalian termasuk dalam kalangan harga terkawal. Kalian hot you. InsyaAllah tahun hadapan giliran kita pula angsa dan swan untuk berkhidmat kepada manusia di AidilFitri. Salam Lebaran.


Pengirim 3


Nama: Budiyanto Alawi
Lokasi: Rumah majikan saya lor
Deskripsi Gambar: Sedang menyetal kotoran dibuat anak majikan dilantai.
Ucapan: Budi, nama diberi, kenalkan diri, di IdulFitri. Ya saya masih bisa memantun kayak dikampung dulu. Ya udah deh. Saya ingin ngucapin Selamat Hari Raya buat keluarga di Kampung Cinta Beradu Jogjakarta Timur. Buat ibu sama bapek usah dirisauin sama guwe. Guwe sihat-sihat aja disini dong. Majikan guwe baik banget. Buat adik Suri, belajar rajin-rajin ya. Mas kerja kuat di negara urang mau ngumpul duit untuk adik Suri masuk universitas. Adik Suri mesti jadi orang pandai jadi bole belain nasib kita sekeluarga. Untuk teman-teman di kampung. Guwe kangeeeeeeen banget sama lo semua. Tungguin guwe balik dong. Nanti kita 'ngeteh'. Ngeteh itu bahasa anak-anak muda disini dong. Maksudnya minum-minum gitoo lor. Buat rakyat-rakyat di negara guwe, ngomong-ngomong lo semua bikin ribut di kantor dubes Malaysia ya. Kok jangan gitu dong. Orang Malaysia baik-baik aja. Jangan ributin. Kita serumpun dong. Juga untuk rakyat Malaysia. Makasih kerna kalian baik sama guwe. Ya udah deh, ngobrol banyak-banyak nanti diketahuan oleh majikan. Ansur dulu dong. Selamat Lebaran semua.



Sekarang ni bulan2 Ramadhan ni banyak laa kat surat khabar Malaysia pasal salam perantauan kan. Semua students Malaysia kt luar negara semua pon amik peluang nak jadik pemes masuk paper. Gua tak goyang sgt bende2 ni.. apelah sangat masuk paper pon..

Tapi pernahkah kita terfikir makhluk2 seperti diatas yg turut mempunyai sanak saudara dan turut ingin menyampaikan salam mereka sempena hari yg mulia? Jadi disini penulis hanya memberi sedikit ruang pada mereka untuk turut sama2 merasa pemes di blog yg tidak pemes ini..




p/s: prinsip gua senang jer.. nak pemes masuk paper buat la jenayah.. siap bleh dapat masuk muke depan lagi.. tp pakej skali masuk neraka la kan.. huhu..

Wednesday, August 25, 2010

Kerja, Buku dan Bosan...


Harini hari ke 15 puasa bersamaan 15 Ramadhan waktu Plymouth..
Harini juga hari yg ke berapa ntah kitorg menikmati hari2 cuti yg tenang lagi nyaman..

Pandangan dialihkan kira2 25 darjah ke kanan..
Pandangan di'up' lagi mencecah 45 darjah kekanan..

Mengeluh panjang.........


Buku2 untuk disertasiku masih tidak terusik..
Buku2 untuk disertasiku kelihatan sangat dahagakan belaianku..

Hatiku tidak tenang untuk melakukan perkara lain..
Hatiku tidak tenang memikirkan kau memerlukanku..

Lantas aku mengusikmu..
Lantas aku membelaimu..


Hatiku lega, setel, sambung online kembali..
Hatiku lega, tapi, bosan datang menghantui diri..





p/s: kerja bnyak jer, buku pon bnyk ntuk dibaca, tp bosan gak yg berjaya dominasi diri gua ini.. agak2 sajak/puisi gua ni boleh masuk koleksi antologi ntuk spm tak??huhu...

Sunday, August 22, 2010

Laptop Rosak


Previous entry was about happiness, and in this entry, I'll show your how to control your stress and channel it in a good way :D Happy watching the video and please comment in the comment section below.





p/s: weh gelak2 gak.. mesej yg disampaikan dlm video tu serius tu.. terutama part ending lagu tu.. ishk2..

Friday, August 20, 2010

Happy :D


Photobucket

In order to have great happiness you have to have great pain and unhappiness - otherwise how would you know when you're happy?
(Leslie Caron)

you cannot always have happiness, but you can always give happiness

welcome to:
azarsyafiq.blogspot.com



p/s1: saje test upload gmbar besar kt sni lepas lame tak upload apepe psl photography..
p/s2: sempena Ramadhan..eloklak kita bergembira pasal syaitan semua dirantai ntuk tidak mengganggu kita..jgn lak syaitan tu yg bergembira pasal kita yg tak dirantai ni bwt tabiat lagi teruk dari diorang (merujuk kpd kes buang bayi yg makin bnyk..bulan Ramadhan ni weyy)

Wednesday, August 18, 2010

5forty2 - Kayu Ria video clip


5forty2 - KAYU RIA


Kayu ria kujadi sukaria kuhari-hari kumain lagi
Mari-mari jari-jari main dari malam sampai kepagi hari

dia mula langkah kanan tak baca Bismillah
tak kira level berapa semua dia redah
mula dari noobie skang mula disegani
kawan-kawan yang terer dia titik jadi tak reti
main apa? semua permainan dia master
batang ria dah kat tangan memang dia giler
combo 1,2,3 nampak sedap cam KFC
tak sempat diorang tukar pengganti dah mati
itu baru Street Fighter,plus Tekken 3
lom Counter Strike Left For Death n Fifa lagi
kalau dye gelecek,Ronaldo pown serah diri
sepakan percuma sampai but kena dahi

Kayu ria kujadi sukaria kuhari-hari kumain lagi
Mari-mari jari-jari main dari malam sampai kepagi hari

bila dia pegang snapang terus snipe tang kepala
cheat penuh satu buku memang invisible la dia
1 shot,2 shot dia masih lagi berdiri
"come shot me" tak main sembunyi sembunyi
tapi time blaja dialah last in rating
now i already story,u all thinking..hahaha
kong kpale hotak kau, kan dah kena
Ahmad Nifsu pun bebulu, hidup ko sah takde makne
Apa guna kalau hebat, takat kat alam maya
Eksen lebih ko dok tayang kt dalam layar
Bayar bet pun sanggup, tentu-tentu boleh kaya
Bila orang pukul betul, kau lembik tak bermaya

Kayu ria kujadi sukaria kuhari-hari kumain lagi
Mari-mari jari-jari main dari malam sampai kepagi hari

Tengok ngan awek cantik, confirm ko kene gelak
Sebab dengan dak kecik, kau bajet hebat nampak
Bapak ahh... 24 jam 7 hari ngadap
Seminit tak sentuh, cam mat pit ko punye sangap
Tangan ketar-ketar, nafas cungap-cungap
Camne ko nak jadi, anak baik yang diharap?
Tinggal harapan, camne la nak bela bangsa
Yang aku tengok sekarang ni ko yg jadi mangsa
Senang senang kpale hotak ko diperguna
umpan dengan game, terus ko diperkuda
Hitam gelap masa depan aku boleh jamin
Pasal korang dok asyik, main, main, main...

Kayu ria kujadi sukaria kuhari-hari kumain lagi
Mari-mari jari-jari main dari malam sampai kepagi hari

to download this song feel free to go to www.542music.com <<-- the song is free yo!!!


p/s: sempena Ramadhan ni, proxy internet kat Marjon da insaf kot aku rasa.. aku da bleh masuk website 542 da tanpa diblock..huhu.. nyway the video clip is straight from Marjon, Plymouth yo!!!

Saturday, August 14, 2010

Siri Cerkon: Jangan Buat Ini Kerja Gila!!!

Sempena ulangtahun pertama 'Jangan Buat Ini Kerja Gila', aku pon taruk laa kat sini. Video ni da pernah diupload kat fesbuk tahun lepas gak dan dapat sambutan yg sgt memberansangkan.. So saje je la aku taruk kat blog ni plak.. mane la tau bleh masuk TubeLawak ke kan..bleh gak jadi lagik pemes..huhu..

'Jangan Buat Ini Kerja Gila' adalah siri pengembaraan beberapa orang pelajar Malaysia di England yg telah tersangkut kat Bristol Temple Meads Railway Station. So tengok je la ntuk tau ape yg terjadi..huhu..

Part 1

Part 2

Part 3

Part 4

Part 5


Terima kasih ntuk semua yg terlibat (Manager, Shah, Baim, Hafiz & aku), Tukang Edit & Upload (Faris Syimir) dan Penerbit (RoyMustang Production).. wahahaha..dah setahun weh..huhu..



p/s: sempena Ramadhan ni, aku berazam nk jadi lebih serius dan kurangkan sket kesengalan di jiwa..okeh ni da kali ke berapa ntah aku berazam..wahahaha..

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan Kareem 1431H






SELAMAT MENGHAYATI RAMADHAN
AL-MUBARAK 1431H

Salam Ramadhan buat semua pembaca.
Semoga dapat menjalani ibadah puasa tahun ini dengan sebaiknya.
Semoga segala amal perbuatan kita dalam bulan ini diterima Allah dan dilipat gandakan ganjarannya.
Mohon maaf atas segala salah silap diri ini.
Semoga Ramadhan kali ini dapat menjadikan kita lebih baik untuk hari-hari mendatang.



p/s1: stylo kan lagu atas ni..huhu..
p/s2: gua rasa bulan Ramadhan ni kalau gi city Plymouth ni mmg sgt mencabar iman kot..hehe..
p/s3: sape tau camne nak apply keje penyimpan mohor besar raja2? teringin gak muka kuar TV pastu org sume tertunggu2 gua nak umum..huhu

Friday, August 6, 2010

Kekasih Lama...


Sambil gua rilek2 ditemani bunyi burung2 riang bergurau-senda di musim panas yg sejuk di bumi kelahiran Mr.Bean ini, gua pon meneroka laa alam maya depan leptop ni.. Da beberapa minggu da itu laa tabiat gua, ngadap leptop. Da takde bende lain sangat nak dibuat kan. Leptop je la yg sudi jadi peneman jiwa dan raga gua. Kat sini (Marjon, Plymouth) da tak ramai orang. Tak sampai suku dari populasi manusia homosapien kat sini da bercuti.. Summer holiday. Termasuk laa budak2 pemegang sah kad pengenalan warganegara Malaysia. Semua pun balik nak beraya dengan family.. Tinggal la sekerat dua kerat lagi insan2 tabah bermusafir diperantauan termasuklah gua.

Ade satu je kelebihan kitorg yg tak balik ini kalau nak compare dengan budak2 yg balik Malaysia yg dapat makan best2, jumpa family, tengok cerita2 melalaikan lagi lagha kat astro, dan main panas sampai demam. Kelebihan itu adalah sambungan internet. Peeeerrghhh ini seyes gua nak habaq mai ni kat hangpa suma.. Kalo nak kasi list 'Benda Ape Paling Best Kat UK Yang Buat Kau Taknak Balik Ke Negara Tanah Tumpah Darah Kau', benda nombor satu skali dok atas skali gua taruk adalah internet connection. Dia punya laju toksah citer laa. Nanti Menteri Tenaga dan Komunikasi tersipu2 malu lak kalo gua citer. Korang kalo kat Malaysia pun sure jeles tunggu masa je nak blasah gua biler balik nnt. Dia punye laju tahap combine semua cawangan TM bokbeng (broadband - trimas kpd yg kenalkan term ni) sekali dengan Maxis wireless pejadah haram sume tu pon takleh nak lawan lagi tenet kat sini. Kire kalo racing rempit tu dlm 8-9 tiang gak la tinggal.. Makan asap pun skit2 jer yg hujung2 tu.. tak bape 'kaw' laa..

So disebabkan kelajuan terlampau internet kat sini, eloklah gua manfaatkan. Benda da ade, tak guna kang kufur nikmat lak kan.. Tapi ade masa tenet ni teruk huru-hara gak idup bhai.. Nampak tak die punye rasukan internet kat sini punya tahap kronik tak kronik.. So gua pon dok la ngadap benda duniawi ni.. Sampai bosan la senang citer.. Apelah sangat nak cek pon kan.. Pasal tu la gua menulis entry ni sambil2 tengok ape2 benda baru dan terbaek dari seluruh pelusuk dunia.. Jap..Jap..Eeeehhhh... Ini cik adik macam gua kenal.. Shoooott.. Kekasih lama....

Seriusli gua macam tak percaya.. Rasa mcm dlm mimpi je kot.. Gua bukan la jenis suka mengimbau kenangan ke, mengimbau memori jer pasal benda2 da lepas kan.. Biar laa lepas.. Kita hidup pandang kedepan kan.. Tapi ini cik adik betol2 buat gua stuck.. Lidah kelu tidak terkata.. Errrmm.. Terus ingat time kitorg bersama dulu.. Mungkin tak lama.. Tapi cukup laa buat ada benda nak gebang2 sembang kat anak cucu..


Kitorg kenal da lama.. Dari sekolah rendah kot.. Cik adik kelas darjah 2Jambu, Gua kelas darjah 2Ubi.. Cik adik pandai sikit la dari gua.. 2 Jambu tu kelas first.. Budak2 pandai.. Dan jambu.. Kalo laki kelas tu rambut nak belah tengah semua.. Mesti guna Brylcream.. Poket blakang mesti ade simpan sikat kaler oren satu.. Kalo pompuan kelas tu mesti rambut tocang dua punya.. Getah ikat rambut nak 'Hello Kitty' jer.. Kalo tak 'Hello Kitty' rasa tak boleh fokus kat cikgu ngajar kat depan. Mengada. Tapi cik adik tak macam tu. Cik adik ikat rambut satu jer kt blakang guna getah bungkus nasik lemak.. Gua nampak.. heee.. Kelas gua lak kelas last.. Kelas tak pandai.. Kelas je la tak pandai, gua pandai.. Budak2 kelas gua tahap nak eja nama sendiri tiru member sebelah.. Ape barang.. Most of the time gua rasa karma gua bukan kat kelas 2Ubi tapi kelas 2Jambu.. Nak lebih spesifik lagi dok sebelah cik adik.. Baru la kena..

Tapi gua bukanlah jenis menyalahkan takdir jer lalu duduk berpeluk tubuh gua yg comel ini.. Gua berusaha dgn rajin nak kasi naik kelas kasi sama dgn cik adik. Kadang2 kat rumah mak gua pelik apehal gua punya study mcm student PhD sampai taknak makan bagai padahal baru darjah 2. Gua tak kisah semua itu. Akhirnya time darjah 3 gua dapat naik kelas 3Jambu. Rambut gua pun da berubah. Dah pandai merengek mintak beli Brylcream. Bila masuk kelas gua terus nak duduk sebelah cik adik. Budak yg cuba nak dok sebelah cik adik sebelum gua tros gua dakwahkan ala2 tokei jual MLM. Terus carik tempat duduk lain budak tu sambil betulkan rambut lepas kene kusutkan dgn gua, mata lak berair. Pedulikan.. Asalkan gua dapat duduk sebelah cik adik.

Gua ingat lagi satu hari tu, time tu cikgu tak masuk kelas pasal ade mesyuarat. Gua main lawan pemadam dgn cik adik. (sape taktau lawan pemadam tu camne mmg tak true laa pengalaman skula rendah dia). Guna pemadam bendera 20sen beli kat koperasi sekolah. Gua guna bendera England, cik adik guna bendera Lithuania. Ntah celah mana punya negara bendera cik adik tu pon gua taktau. Gua kalah lawan pemadam tu. Padahal gua saje2 buat kalah tapi gua taknak bagitau cik adik. Biar dia seronok. Gua suka tengok dia happy. Bila da kalah tu, gua kene la bagi pemadam gua kat org yg menang. Cik adik suka dapat pemadam England tu. Cik adik kata satu hari nanti dia nak pegi England. Gua iye kan aje. Asalkan cik adik happy. Time tu hati gua berbisik sedikit nakal, 'yg Lithuania tu lu taknak lak pegi'.. huhu..

Tapi impian cik adik jadi kenyataan, dia kena pindah England. Kira tak lama laa gua sempat duduk sebelah dia. Sempat 3bulan jer pun. Gua sedih bila cik adik da pindah England. Gua tak kasi sape2 pun duduk kat sebelah gua tempat cik adik. Sape nak duduk situ habis gua amok takde kesian2. Kecuali time cikgu matematik duduk situ ajar gua jawab soalan. Gua pasrah je time tu. Tapi gua janji gua akan carik cik adik gak. Nak add fesbuk mmg zaman tu takde lagi. Mark Zuckeberg pon baru tengah blaja main polis sentri kot time tu. Time tu gua berAzar dan berazam untuk smpai England gak ntuk jumpa cik adik. Dan akhirnya gua smpai jugak England dan dapatlah kontek cik adik semula. Tapi kemesraan gua dgn cik adik tidaklah semesra dulu dan serapat dulu. Kitorg just dapat kontek2 ikut alam maya jer. Gua selalu laa plan ajak cik adik jumpa. Tapi tak penah dapat keluar sama. Dua2 pun sibuk dan busy dgn komitmen masing2 kan. Dua2 pun tengah blajar lagi. So selalu sibuk camtu laa. Dan tu buat gua lost kontek balik.. Sampai laa tadi...

Nak 'klik' ke taknak ni?? Haiisshh... Gua confuse.. Takpelah.. Gua 'klik' je laa.. Kira niat nak sambung silaturrahim je laa sempena bulan Ramadhan yg bakal tiba ni...






------------------------------------------------------------------------------------------------

Heee.. gua telah follow EmmaWatson kat twitter.. Gua syak hubungan gua dengan EmmaWatson sedikit keruh lepas gua tak masuk2 meminang die lagi lepas YM dgn dia aritu..


p/s: cik adik EmmaWatson da tukar imej potong rambut pendek (menurut twitter beliau).. Gua rasa sudah smpai masanya gua pon tukar imej la..cepat bagi idea nak potong camne lak rambut gua ni..huhu...

Wednesday, August 4, 2010

For Superman Lover


A new and final mixtape from The Mixtape Series by The Rhymeweaver (dope bruda). As previous mixtapes from him, Music Inspired by Superman, The Man of Steel (Superman Mixtape) shows his intelligent in delivering his ideas and messages. Honestly I admire his rhymes because for me he constructed them wisely and they are not 'empty' like most hip-hop/rap rhymes/songs. Needless to say his choice of words (either in English or BM rhymes) is superb. Salute.

Ok back to this Vol.5 of the Mixtapes Series. I'm not good in writing review but here it goes for the mixtape with 4 tracks.

1. Up in the Sky (intro)
- Nothing much for this track since it's only a sample taken from Superman cartoon series.
- For me it's a good intro as it introduces to overall idea of this mixtape.

2. Say No to Kryptonite
- Personally my favourite track.
- It's about the top thing on list that Superman hates. The Green Rock from Planet Krypton.
- The rhyme is good and how he presents the story is the best.
- The beat makes the song sounds so catchy and you will feel like moving. Club style with hazardous mineral message. Niceness..

3. Fly You to Polaris
- Basically it's a romantic/love track in this mixtape.
- He illustrate the story from Superman's point of view. Cool imagination aite..
- The beat really suits the rhyme and mood of this track. Love it.

4. Jaguh Angkasa
- A BM track, a story about Superman but applicable to Malaysian superheroes (or maybe about Malaysian Superman).
- As a big fan of BM rap, this track has captured my attention.
- The story, rhyme, choice of words (formal BM with some complicated words but later explained in e-mag), beat, flow, mood and everything in this track are perfect.

Overall
- Highest admiration for the originality of this mixtape..
- Love all tracks and encourage people to download and listen them..
- Should put more tracks bro... We want more..


Not just this mixtape but all mixtape in The Rhymeweaver The Mixtape Series have their own theme and originality for instance literature, horror, love and Superman (this mixtape). So you can download all of them. Trust me, they are not typical rap/hip-hop songs. Can't wait for his final compilations of The Mixtapes Series: Renaissance Man and Taming Sari.

To Mr Rhymeweaver, for me you are one visionary MC/rapper. I can see that from the way you plan your mixtape series. Since this is your final mixtape (as you mentioned) and you are going to focus on your career (teaching) afterward, all the best from me. You always have my support. I hope you don't totally quit on rapping because it's going to be a big waste. You are really good man. Jom kita jadi 'cikgu rap' plak laa lepas ni..huhu (shoot pehal bunyi mcm farewell speech lak nih).


to download The Mixtape Series or to know more about Mr Rhymeweaver, visit his website

to read the interview between Dissecting the Euphony and Mr Rhymeweaver click here.


Support Local Acts Yo!!!



p/s: do you have physical copy of your mixtapes? can I get them?