Saturday, September 25, 2010

21



Beberapa hari lepas, aku secara rasminya da masuk umur 21 tahun. Itu sudah dikira dewasa kalo ikut pemahaman orang2 yg berumur 21 tahun kan. Huhu. Budak umur 12 pun rasa diorg dewasa kot kalo ikut pemahaman diorg. Ahaks. Sudah abaikan mereka yang baru lepas habis UPSR.

Rasa kejap je masa berlalu dan sekarang da 21 tahun hidup. OK honestly I always consider myself as younger than others. As a PTS (Penilaian Tahap Satu) student, I grown up among people who are a year older than me since I was in standard 5. Aku takde pengalaman darjah 4. Huhu. In fact I'm one of the youngest in my batch (Cohort 5) for my tertiary education. And to make it more hilarious, some of my younger batch friends (I just hate to use juniors) are older than me as well. At least for few months. That makes me have a mindset that people around me are older than me. I have almost forgotten about this fact until we received a new group of Malaysian students in Marjon. Beberapa hari lepas diorg sampai je birthday aku. OMG. Gua suda dewasa (tua) rupenyer.

Come to think again, being 21 is just a change in numbers. Although it symbolises 'kedewasaan' for some culture and that makes you like 'so called officially have freedom for yourself'. Bagi aku takde ape sangat kot. Huhu. In fact it is my 'most broke birthday ever'. Gila cakap kau. Duit takde kot. I'm so broke sampai nak beli card or cake for myself pon tak mampu. Jangan kata kad birthday, ubat gigi gua ni pon ape cerita time2 ni laa die nak habes. Sipot tol. Semua kawan2 aku juga mengalami nasib yg sama. My best friends pon tulis wish bday kat atas kertas tisu jer gune marker pen pasal takde duit gak nak beli kad aneh2. Pastu duduk sama2 makan lempeng da macam zaman penjajahan Jepun (I don't think it's for my bday but it's on my bday =P ). Gua tadahal sangat benda2 camni. Tak kisah pon. Yang penting ikhlas. Thanks a lot and I really appreciate it =)

Persetankan elaun yg tak masuk2 lagi tu. For this year, I received the most birthday wishes in my entire life. (kudos to facebook for this, zaman friendster pon tak banyak camni). Banyak kot untuk seorang yg bukan Lisa Surihani seperti gua ini. Tak pernah gua rase penat reply comment facebook camni weh. Thanks to all the wishes people. God bless you too.

Bila aku reflect a.k.a. muhasabah diri aku balik kan. I think for a boy who just turned 21, I already achieved many things. Fikir2 balik semua tu boleh dibanggakan tu memandangkan tak semua orang pernah buat benda2 tu. Banyak kot tapi no need to mention here. Sape kenal aku tau laa kan. Despite achieving many things, there are still a lot for me to catch. Memandangkan perjalanan dan langkah ini masih jauh, aku nak capai banyak lagi benda (ni kire azam da dewasa la ni..) InsyaAllah jika umur diizinkan. Gua ade cita2 nak jadi angkasawan jugak sebenarnye.


(FTW VS LOSAAH)

Budak disebelah kiri itu telah diculik oleh alien selama bertahun2 sebelum ditukarkan menjadi seketul entiti bulat2 berambut cam ayam disebelah kanan. Shait apehal gua rase time kecik pakai topi senget jadi cute tapi biler da besar jadi cam orang giler??? Sebenarnya gambar belah kiri tu adalah gambar aku ketika berumur 4 tahun (setelah diconfirmkan oleh ibu aku melalui skype). Dan sebenarnya sekali lagi itu adalah gambar favourite aku. Ketepikan wajah cute lagi innocence itu, gambar tu bagi aku telah foreshadow siapa aku hari ni.

Zaman gambar belah kiri tu diambil, kalo nak pakai cap jenis jaring blakang tu (trucker cap) dalam keadaan senget, korang mesti layan Nico takpun KRU. Habis cikai 4U2C laa. Yang penting sekali boleh rap. Huhu. Kira pakai topi senget tapi takleh rap dan tak layan Nico sangat tak true laa kesengetan topi korang tu. Dan tengoklah hasilnya sekarang. Malas cakap banyak, korang carik la sendiri ape aku maksudkan. Begitu juga dengan camera brand Ricoh yang tergenggam erat ditangan budak dalam gambar itu. Gua dari kecik lagu sudah buat kerja2 photography ni. Seni kan gua. Wahaha. Dan sekarang aku juga mengambil2 gambar dan camera aku juga telah membesar bagai johan. Tengah rancang nak besarkan lagi tu kalau ade rezeki. Huhu. Anyway gambar dibelah kanan diambil ketika aku berumur 21 tahun. Tengok dia punya beza 17 tahun bhai. Tapi konsep tetap sama. Gua sudah mula berkira2 kalo ade anak nanti gua mahu kasi dia costume angkasawan pastu amik gambar. Coooooollll...


"weit azar ko biler plak nak kawen ni? umo da 21 da"

Gua malas layan soalan geli-geli camnih. Teringat quotation dari seorang murid gua.

"ape yang cikgu tau pasal cinta? cikgu pun takde girlfren lagi"

Budak, lu tunggu gua balik Malaysia gua repeat balik sama lu. Gua akan ajar lu erti kehidupan yg sebenar. Realiti bhai.. REALITI..



p/s 1: kepada ahli2 politik, lu jangan berani main gila sama gua lagi. gua suda boleh mengundi.
p/s 2: nantikan revolusi & rebranding blog ini nanti sempena kedewasaan gua..wahahaha

Tuesday, September 21, 2010

Jatuh Cinta



errrmm.. kalo korang mengikuti azarsyafiq.blogspot ini korang akan sedar yang aku gunakan blog ini bukan untuk menceritakan or meluahkan perasaan aku seperti kebanyakan blog awek2 di alam maya ini. dalam erti kata lain meluahkan cerita2 dan pengalaman kat blog untuk tatapan umum adalah sangat gedik untuk aku. sangat tidak azar la kan tetibe je aku cerita sedih2 moody2 tak tentu hala. tapi akhirnya aku akur.. aku jugak seorang manusia yg ade hati dan perasaan.. yg ingin berkongsi dengan orang juga ape yg dirasai. errmm...

beberapa orang sahabat tanya apesal lama tak update lepas entry seblom ni. jawapan simple hujung2 bibir aku jawap kat diorg: 'gua busy bhai dgn budak2 baru datang marjon ni'. yer btol itu memang satu hal, dan ade satu perkara lagi. yang aku memang reluctant or berat hati nak cerita. tapi aku nak orang tau. sebab aku rasa aku tak mampu pendam lagi benda ni. dan kalo korang kawan rapat aku sekalipun, korang akan tau aku bukan jenis yang senang nak cerita benda2 camni. tapi hari ni aku akur.. emosi aku tak stabil, perasaan berkecamuk. tambah lagi bila kenangkan realiti yang 3 orang kawan sekelas aku sudah mendirikan rumah tangga. rasa ingin menyayangi dan disayangi itu membuak2.. tak dilupakan menyintai dan dicintai. macam gmbar kat atas tu..

aku pernah cakap kat ibu aku kalau aku ade suka or jatuh hati ke, aku akan bagitau dia dan kenalkan kat dia. dan ibu, along tau ibu baca blog ni. along nak ibu tau yang sekarang ni hati along telah dicuri (ape skema ayat aku guna, beselah bila hati da berbunga). dan ini sangat seriyus ibu memandangkan bukan senang along nak tulis luahan ini bagi membuktikan keikhlasan along. dan along rasa kalau ikut umur along sekarang ni, along da cukup dewasa untuk benda ini. along harap ibu faham.

perasaan jatuh cinta adalah perasaan yang takbest bagi aku. semua benda tak kena. aku rasa gelabah habes. tu belum kira efek sampingan seperti blog tak dihapdet. mandi tak basah dan makan tak kenyang sangat tak boleh diaplikasi kepada aku. aku tak tau. aku betol2 buntu dengan apa yg aku alami sekarang ni. aku taknak benda ni menganggu urusan2 serta tanggungjawab aku yang lain. aku takut aku tak mampu kawal. aku tak suka benda ini. tapi pada masa yang sama... aku suka...

sebelum ini aku pernah suka pada yang lain. aku serahkan hati ini sepenuhnya kepada yang lain. kelihatannya tidak berbalas. tapi tak apa. aku anggap itu sebagai satu permulaan.. permulaan untuk perjalanan yang lebih jauh.. tuduhlah aku tidak setia.. tuduhlah aku menduakan cinta.. tuduhlah aku ape2 saje yang korang nak.. tapi aku betul2 suka kat dia.. salahkah aku?? bukan bermaksud aku senang2 melupakan yg lama itu tapi dia yang telah mencuri hatiku ini betul2 berjaya menambatku.. dia jauh lebih baik.. aku rasa ibu aku sure2 confirm2 lagi berkenan kat yang aku suka ni.. restu ibu tu kan penting..

kawan2 yang dikasihi sekalian, ahli keluarga dan yg terpenting skali ibu,

kenalkan, Nikon D7000

(untuk baca serba sket pasal 'si dia' sila klik link atas ni)

I droooooooooooooled watching this =P


p/s: Sony kalo lu tak terasa nak berubah kearah kebaikan nak improve produk2 lu.. gua rilek je boleh clash dengan lu sambil mata pandang tempat lain.. gua seriyus.. lu tau tak camera gua problem skarang ni.. lu memang nak ajak gua bergado kan sony..

Thursday, September 16, 2010

Nak Ke Tak Nak?


Korang nak ke.. tak nak ke sila laa dengar lagu dibawah ini heeee...

credit to shidiey for uploading the video

ini adalah single solo track terbaru dari sorang ahli group 5forty2
kalo rase cambest dan ingin muat turun
anda sangat dialu-alukan..silakanlah..


so nak ke taknak muat turun..hehe..
kalo suka dan rase best giler silalah sebar2kan..free je pon
kalo rase tak best n tak suke..
sila delete dari komputer anda
dan format terus komputer itu kasi hilang kesan2 lagu ini..
hehehe...
enjooYY!!!


juga boleh tinggalkan emel anda kepada saye dan saye akan emel terus satu folder lengkap single track ini ke dalam kotak emel anda..

nak ke tak nak???


p/s: rapper lagu ni malu nak mengenalkan diri kepada org awam..huhu..

Tuesday, September 14, 2010

Raya di Perantauan




sedikit coretan kami pelajar2 Malaysia yg beraya di tempat orang.
orang tak ramai pasal cuti summer ramai kat Malaysia.
jadi hanya kami2 ada disini meneruskan tradisi dan ibadat.

Thursday, September 9, 2010

Salam Eid Mubarak 1431H


Photobucket

Saya ingin memohon ampun maaf atas segala salah silap terkasar bahasa zahir dan batin andai sekiranya antara yang disebutkan itu ada terkena pada anda.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

5forty2 - Raya Sakan


p/s: masih penat balik berjalan..tak mampu nak citer panjang2 lagi..