Friday, October 29, 2010

Lagi Dua Bulan


Salam n guddayzz yaww...

Arini 29hb 10 tahun 2010 masihi.. Secara tak langsungnya genap laa 2 bulan lagi gua akan menjejakkan kaki ke tanah air tercinta bumi bertuah kebanggaan rakyat serata alam iaitu Malaysia.. Gua dan kawan2 gua telah confirm akan meninggalkan tanah kelahiran David Beckham ini pada 28hb 12.. So secara otomatiknya dalam 29hb tu nanti berpeluh laa ketiak gua kat KLIA tu nanti pasal panas dan da tak biasa dengan cuaca iklim khatulistiwa.. Bak kata Maher Zain, InsyaAllah..

So nanti bila gua sampai KLIA nanti, gua tau memang keluarga tercinta jauh dimata dekat dihati akan datang beramai2 amik gua. Tapi pada masa yang sama gua syak peminat2, fans2, admirers2, semua laa yang tahap kipas susah mati gua akan berkumpul kat KLIA juga untuk menyambut kepulangan gua.. Gua rasa dalam 3-4 bas boleh penuh tu.. Dan bila gua da announce tarikh gua balik ni gua makin yakin highway KL-Seremban boleh jam, sesak sangat pasal semua pon berpusu2 nak jumpa gua kat airport tepat pada tarikh dan waktu gua sampai nanti.. Pergh..

Seminggu seblom hari ketibaan gua, kat radio sama steshen TiBi sibuk dok bagitau berita yang kain-kain warna merah dah habes kat Kamdar dan semua gedung kain terkemuka tanah air.. Ramai sangat beli dengan harapan masing2 nak hamparkan red karpet buat gua berjalan nanti. Dari atas kapal terbang time nak landing gua intai sikit kat bawah boleh nampak banner besar tulis 'IN AZAR WE TRUST, LOVE YOU FOREVER AND ALWAYS, XOXO'.. sampai camtu dia punya penangan gua nak balik nanti.

Bila flight landing jer dari jauh lagi dah berkelip-kelip lampu denyar camera2 besar milik wartawan dan jurugambar perasan hebat.. Tepi celah tingkap banggunan menara kawalan KLIA gua nampak sorang brader jurugambar bercamera terhebat rilek je shoot gambar gua dari jauh guna lens Nikkor 700-2000mm f1.8, sambil tangan kiri pegang twisties masuk mulut kunyah perlahan. Tapi gua abaikan semua tu sambil tertunduk tersipu2 sementara kawan2 gua yang lain semua da nanges2 pedih mata kene tempias flash yg ditujukan kat gua..

Menuju masuk balai ketibaan jer beribu orang berkerumun.. Bunyi mercun, flare dan bunga api kedengaran buat pertama kali dalam KLIA.. Diorg seludup pakai orang dalam gua syak.. Sementara tu ribuan polis FRU da tak mampu nak kawal lagi.. Diorg kene rempuh semacam jer takde kesian2.. Dengar cerita sayup2 dengar 37 orang anggota FRU separuh nafas da akibat kene pijak secara tak sengaja akibat rempuhan sementara 279 orang yang lain letak jawatan serta merta kerana tak sanggup lagi nak halang peminat gua.. POM..POM..FUUIISSHH..TATATA TABABOOOO.. Tiba2 dengar lak bunyi bunga api dari luar KLIA.. tengok atas ruang udara tu dah dipenuhi perkataan seperti 'AZAR', 'LUV U', 'LU KACHAK BHAI', dan tak dilupakan 'DUIT GUA DA HABES BANYAK BELI BUNGA API TULIS-TULIS NI UNTUK LU JE AZAR'.. Pesta bunga api dan mercun mengalahkan tahun baru.. Diluar juga terdapat sekelompok manusia memberontak kerana tidak dibenarkan masuk akibat bahagian dalam dipenuhi lautan manusia.. Bagi melempiaskan nafsu amarah mereka akibat tak dapat berjumpa gua in person mereka mula mencabut serta membakar kerusi2 yg disediakan di ruang menunggu.. Kerusi2 itu lantas dibaling merata2 sebagai simbolik api kemarahan mereka yg berterbangan...

Disatu sudut dalam balai ketibaan KLIA ade plak segerombolan lagi manusia kira-kira 500orang berlari menuju gua sambil mengangkat baju mereka dan terteralah huruf-huruf yang membentuk perkataan 'A.Z.A.R.T.H.E.B.E.S.T' dan juga 'K.E.N.A.N.G.D.A.K.U.D.A.L.A.M.D.O.A.M.U'.. Semuanya seronok menayangkan perut mereka yang tertulis huruf-huruf itu. Di samping itu sekumpulan perempuan juga turut cuba melakukan perbuatan yang sama sebelum gua sempat berpaling dan melarang mereka dari melakukan perkara itu.. Bimbang syubhah.. Bagi menghilangkan rasa kecewa tidak dapat menanggalkan baju, mereka hanya melakukan cheerleading dengan kepompong dan cheer dengan penuh semangat mengiringi langkah gua ke luar balai ketibaan untuk menemui keluarga gua..

Dah sudah berfantasi liar.. jangan nak buat camtu time gua balik nanti.. gua taknak bertanggungjawab.. kalo nak buat pegi buat kat Stadium Putra Bukit Jalil Final Piala Malaysia 2010 Kelantan vs. Negeri Sembilan.


Korang tengok camne goal kat atas ni bhai.. Ni kat German ni.. Aritu time gua buat kunjungan rasmi kat German ni gua usha2 orang die mmg gua rasa boleh senang2 je diorg buat gol camni.. jangan kate laki, pompuan pon boleh terajang bola tu camtu.. gua berharap final Piala Malaysia nanti ade laa gol2 camnih.. bukan takat kerusi terbang dan kene bakar jer..huhuhu...




p/s: sampai tak subliminal mesej dari entry nih kat korang?? kalo tak sampai sila g LowYat upgrade RAM.. bukan RAM komputer, tapi RAM otak korang tu..huhuhu

Wednesday, October 27, 2010

MonopoD


Salam n guddayz peepz..

Woaahaa secara tak sengaja aku telah terabaikan blog ini kerana kesibukan yg melanda diri ini dengan dissertation dan hal2 duniawi yg lain lagi.. Sorry yer kepada pembacas, fans, peminats fanatiks, pengkagums, pembacas senyaps mahupun orangs yangs lalus lalangs pasal lama tak hapdet. Bajet pemes yuu but I mish u oollzz.. Dalam terabai2 tu ramai gak yg view blog ni lagi (merujuk kpd counter hit yg sudah mencecah 10400 hit, followers yg bertambah dan mesej2 manja orang2 yg singgah dan lalulalang di blog ini kat shoutbox tepi ni).. Wooaahhaaa skalik lagi.. tu terabai tu bhai.. kalo tak terabai senang2 je cecah 50-60 ribu orang kan..huhu..

Okeh cut the crap dan kembali kita kepada tajuk entri diatas ini..huhu

Monopod adalah sedara kepada tripod cuma beliau berkaki satu (1) sementara tripod berkaki tiga (3). Memandangkan mereka datang dari genetik yang sama maka fungsi mereka juga sama iaitu untuk menampung camera. Beza sikit pasal diorg hanya sedara dan bukan kembar seiras adalah tripod kite pasang camera kat situ dan kita boleh bersenang-lenang membiarkannya sementelaah monopod lebih bertindak sebagai pemberi sokongan ketika kita memegang camera ketika mengambil gambar (to support the camera while we are holding it to take pictures). Kengkadang cakap Inggeris lagi senang nak explen..huhu.. okeh habis definition of term. Masuk isi penting lak.

I got my very first birthday present (present as in physically a present) from my best buddies Cik Iswanah dan Enche' Hafiz and they gave me a MONOPOD for the win yawwww!!!! Actually I planned to buy one before going back to Malaysia but they have read my mind I guessed. Thank you so much guys. Appreciate it very much.

daripada: peminat Lagenda Budak Gemuk.. WINRAR!!!!

the picture is a bit yellowish pasal gua malas nak edit..huhu..

Ignore the messy room, but the fella I was holding in the picture is not the normal pole, it is the MONOPOD with the brand from The Families of the Well Acknowledge Tripod and Monopod Her Majesty GIOTTOS yaawww... bukan jongos okeh.. light yet sturdy..best woo.. Okeh buat sesiapa yg rasa cam tak berguna je bende alah batang pengampu camera itu, meh sini aku habaq mai. Selain guna untuk mengampu (bukan bodek bhai) camera, monopod gak boleh digunakan untuk mengait buah2an diatas pokok seperti mangga, rambutan etc. Ia juga ideal untuk digunakan sebagai tongkat khutbah untuk khatib time solat Jumaat dan bagi sesiapa yang kaki snooker pula, guna monopod mungkin menyebabkan anda boleh merangkul kejuaraan snooker dengan sekelip mata. Juga boleh digunakan sebagai rod pancing ikan mahupun alternatif kepada rotan untuk budak2 yg degil terlampau. Nampak dia punya berguna bende nih macam mana?? Tapi tujuan penciptaan dia of course laa untuk MENEGAKKAN KETUANAN CAMERA KETIKA MENGAMBIL GAMBAR laa kan seperti dalam Satanic pictures below:


Those Satanic pictures showed how monopod is used in a daily life of a tukang hamek gambar. Kenapa aku cakap gambar2 tu Satanic?? Sebab bagi aku gambar2 tu berkeupayaan syaithan iaitu menghasut aku untuk meng'upgrade' camera aku seperti dalam gambar2 tu laa.. Syaithan kan main2 hasut orang kan. Seyes bhai macam gini punya hasutan aku baca ayat Kursi sambil tahlil 40 malam pun belum tentu boleh halau hasutan ni bhai.. Dan memandangkan aku da ade monopod serta melihat gambar2 berkeupayaan syaithan diatas, aku ade laa juga terasa nak upgrade sikit (kununnye sikit) camera aku kasi sama level dengan tahap hamek gambar aku sekarang nih. Ni aku tunjuk wishlist gears aku sekarang.. Saje nak share jer yer list ni bukan nak bermaksud ape pon.. Nak share jer yer.. Tak rasa nak beli pon tapi saje je nak bagitau laa (Ibu Abah sila take note.. *sambil kenyit2 mata sebelah* heeee)

My wishlist yang juga berkeupayaan Syaithan:
Nikon D7000 with kit lens 18-105mm
Nikkor 70-300mm VR
Nikkor 35mm 1.8
*ni yg utama dulu yg lain2 slow2 tambah*




p/s: kalau ade sesiapa (perempuan) yg hadiahkan benda2 dalam senarai diatas, aku akan terus call Ibu aku suruh masuk meminang dia.. Aku balik nnt kawen.. kalo lelaki, aku harap dia ikhlas.. wahahahahahaha....

Monday, October 18, 2010

Off-task in class =)


masih takde mood (malas2 ayam) mahu update lagi
sekadar berkongsi karya seni dalam kelas
ketika otak diawang-awangan
presenting...

NAGA TERBANG


p/s: cube bayangkan naga terbang serang kite time kite tengah sedap2 layan teh tarik sama roti banjir takpun nasik lemak sotong kat kedai mamak sambil2 sembang isu semasa seperti Bajet 2011 ataupun Ibrahim Ali kene pembedahan jantung.. ok gua ngidam makanan2 yg disebutkan tadi sebenarnye..

Sunday, October 10, 2010

111010


This is a random post on 11.10.2010. Pasal semua orang pun gelabah 10.10.10 dan TenTenTen, jadi gua mengambil inisiatif untuk mengabaikan tarikh itu dan menunda entry gua ke tarikh 11.10.10. Wahaha.. Gua memang radikal. Ape barang nak tiru2 orang kan. Lain la kalo gua angkasawan negara kahwen on that date ke so logik gak la gua nak kecoh2 tarikh tu. Ini borang nak apply jadi angkasawan pon gua taktau nak mintak kat mane.

Here it goes:

1. Lowkey is now following you on Twitter!

here is the print screen in case muka gua muka penyangak tak dipercayai

Siapakah Lowkey??? He is a rapper and activist based in London. Maybe tidak sepemes Maher Zain yang buat show kat UIA. Tapi die cukup berpengaruh dgn lagu2 conscious rap beliau. Sama ideologi perjuangan dgn 5forty2. Kat youtube banyak lagu2 die. Memang terbaek weh. Tengok mamat rapper hebat pon follow gua. So apekata korang pun follow twitter aku yer. Barulah sama standard dgn Lowkey. Follow my twitter -> @azarsyafiq

vclip Lowkey bertajuk Terrorist?

2. Kreativiti menipu, Tronoh jadi Toronto. <- sila klik, baca dan gelak kuat2.

For me this is the most FOR THE WIN!!! news i have ever read. Terbaek..terbaek..terbaek laa korang2 semua disana. Utusan got PUNK'D and that is for real. Ini membuktikan pembaca sebenarnya berkuasa keatas media. Takkan balik-balik kita nak kena kencing lebat dengan media kan. Berita tah ape2. Semua agenda nak doktrin pemikiran orang ramai dan menguntungkan diorg. Dan lagi satu hal, Utusan takde berita lain da ke nak tulis sampai macam desperate sangat nak bagitau semua orang, 'kami kene tipu dgn bukan U, anda jahat, tak suke'.

Honestly gua memang da lama tak puas hati pasal isu2 salam perantauan nih. (Rujuk entry lepas pasal salam perantauan edisi khas) Ape kata bukak sket ruang kat pelajar2 universiti dalam negara ni ntuk tunjuk muka sket. Keluar tak keluar paper blakang kira. Yang penting bagi peluang. Ape diorg tak merantau ker?? Mak ayah kat kampung kat hulu Perlis tu membanting tulang kat sawah padi nak kutip duit sara anak jauh belajar kat UM kat Kolumpo tu. Itu tak merantau ker?? Balik2 budak obersi jer. Tu belum kira buat salam perantauan time Raya jer. Habestu Deepavali camne?? Gong Xi FaChai sama Krismas nak taruk mana? Bak kata Perdana Menteri gua 'Satu (1) Malaysia'. So bagi laa peluang sama rata sket kan. Bukan rugi ape pon. Siap bleh tarik pembaca pelbagai bangsa lagi baca paper korang. So bile peluang da takde, camtu la diorg buat untuk sama2 rasa thrill masuk paper. Kasi mak ayah bangga. Dan aku rasa ni bukan kes pertama. Da ramai kot buat camnih. Cuma tak kantoi jer.

Pastu ade plak satu website Islamic based ni cakap rasa kecewa laa dengan pelajar2 yang pandai tapi menipu. Siap bagi hadith bagai. OMG. Malaysians have lost their sense of humour siot. Macam gua cakap tadi, budak2 tu nak merasa, tapi peluang tak pernah ada. Lagipon diorg nak happy2 jer. Seronok2 buat camtu. Apa masalah orang zaman sekarang nih?? Bukan diorang tipu duit juta2. Bukan tipu harta anak yatim. Bukan tipu kata nak buat jambatan tapi tak buat2 sampai sekarang. Ni lah akibat otak sarat dengan agenda illuminati sama freemason. Habes semua benda pun illuminati. Budak2 gurau2 masuk paper salam perantauan pun silap2 jadi agenda illuminati. Gua suda mula rancang nak amik gambar banyak2 kat sini pastu tiap tahun post kat paper sampai gua tua nanti.

3. Gua nak bergadoh...

Dengan budak dibawah ini...

Semalam my parents visited my adik sedara yg sorang ini kat Raub. Dan cerita2 pasal dia buat gua rasa tak sabar nak balik n bertumbuk dgn dia.. wahahaha.. Faiz, Along rindu kat Faiz.. huhu (giler hilang cool gua dlm blog). Budak ni ade sket dejavu dgn perangai, perwatakan n fizikal gua time sebaya dgn dia ni (org kata la). Dan gua rasa dia tak kenal gua pasal time jumpa dia pon time dia kecik dulu time deria mengenal orang pun tak aktif lagi. Takpe gua balik nanti gua akan pastikan die kenal gua. Gua da berhajat nak train die rap dan amik2 gambar gak..haha..


p/s: sgt random kan entry kali nih..wahahahaha... gua bercadang nak kawen 12.12.12 plak laa.. ikut jejak Sheikh Muszaphar kan.. baru laa selebriti kawen tarikh pelik2 gitu.. tapi gua kene jadi angkasawan dulu laa.. shoot itu blom kira calon pengantin perempuan pon takde lagi tu..huhu..

Friday, October 8, 2010

Pesanan Adi Putra


Video ni da lama rasanya.. so taktau la kalau korang da tengok ke kan.. tapi gua baru jumpa hasil daripada kerajinan gua (rujuk entry sebelum ini) dan gua nak share sket pasal benda ni.. pasal gua rasa ini sangat rare dan epic.. tengok la dulu video dibawah ini.


Patik Adi Putra bin Abdul Ghani insyaAllah akan mengadap Agong dan Raja-Raja Melayu dan Adi akan pesankan beberapa perkara ini.

1) Tolonglah jaga sungai
2) Kumpulkan al-Hafiz sebanyak mana yang boleh dan bawaklah ke istana
3) Jagalah makam wali-wali
4) Mufti-mufti, raja-raja tolonglah jaga halal haram makanan

Pergh bagi gua ini epic bhai. Seorang budak (claimed a genius) menasihatkan (sound) seorang Sultan (negeri gua yg tercinta) dengan selamber dan rileknya. Ini bukan kerja main-main bhai. Yang buat gua sedikit tersenyum simpul tepi-tepi bibir tu, Sultan tu angguk-angguk bila dengar cakap budak tu. Seyes gua terbayang suasana dalam bilik disiplin.

Okeh itu tak cukup rare. Yang paling rare dan for the win sekali dalam nasihat tu bagi aku adalah nasihat pertama tu. Yang lain-lain tu korang bleh pikir sendiri. Nasihat first tu seyes buat gua rasa, uish ini seriyus bhai, budak ini seriyus. Okeh apehal gua rasa itu seriyus dan menarik perhatian gua. Kalo lu orang rasa Adi tu pencinta alam sekitar hardcore punye, lu orang silap. Gua nampak lebih dari tu.

Okeh citernyer camni. Aritu time still kat Malaysia, gua menonton satu forum pasal 'Cabaran Dunia Akan Datang dan Ekonomi Global. Weh seyes ni gua tengok citer intelektual camtu. Lu ingat muka gua layan SinChan jer ker?? Okeh dan sorang Prof tu cakap masa akan datang duit kertas n syiling dalam wallet (kalau masih ada) dah tak guna da. Nombor2 dalam akaun bank kita hanya sekadar nombor jer. Maksud dia nak cakap semua da takde nilai laa. Ape yang bernilai?? Ada dua benda jer nanti. Emas dan Tanah yang ada air lalu (sungai).

Korang nampak tak ape yang buat gua ter'OMG' kejap lepas tengok video tu. Ini genius. Nampak dia punye ranking suruh jaga sungai tu kat mana. First pesanan kot. Aku nampak kepentingan tanah dan sungai ni untuk masa akan datang. Punca air akan jadi aset utama kot kalo taknak mati dehidrasi. Eh mati kene tembak lagi legend kot dari mati kering. So korang boleh tangkap tak genius yang aku maksudkan dari video tu.

Kalo la gua tau Adi Putra nak pegi ngadap Sultan Pahang aritu, da lama gua topup kat dia beberapa pesanan lagi.

5) Mohon Tuanku mantapkan lagi pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia dan sekiranya Tuanku rasa sayangkan bola sepak kita, mohon Tuanku mengundurkan diri dari kerusi Presiden FAM dan serahkan kepada yang betul-betul boleh memajukan bola sepak kita. Patik da rasa malu da setiap kali World Cup asyik kene sokong negara lain je Tuanku.

6) Patik juga mohon agar Tuanku lebih memberikan tumpuan kepada Pasukan Bola Sepak Pahang. Patik rasa bola sepak Pahang dah parah ni Tuanku. Da la selalu kalah, penonton pun tak ramai kat Stadium Darul Makmur, tu belum masuk isu lampu limpah stadium ala-ala romantik tu. Kita kena mantapkan lagi pemain-pemain kita Tuanku, baru peminat ramai datang bagi sokongan. Teringin gak patik jadi riak dan takbur pakai jersi Pahang. Takkan nak pakai jersi team luar je kan Tuanku.

Patik habiskan entry ini. Menjunjung kasih Tuanku.




p/s: pastu gua terjumpa lak video ini. 'Ubat genius AdiPutra diragui' dan 'Ubat sendi AdiPutra mengandungi dadah steroid'. Ni ape cerita lak ni bhai. Weh lu jangan main gila. Gua pon pernah telan gak 'ramuan formula' budak nih. Ni sape eksploitasi sape nih?? Takkan ni pun agenda illuminati dgn freemason gak kot???

Thursday, October 7, 2010

Gua rajin..serius ni woii...


Harini hari gua paling rajin dalam banyak-banyak hari

Duduk bersila atas kerusi mengadap laptop atas meja

Tepi kiri kanan laptop gua ade beberapa buku yang terbukak luas

Tambah lagi dengan buku-buku bergelimpangan juga turut terbuka atas lantai

Fail-fail dan kertas conteng-conteng draf serta pensel picit juga ada berkeliaran

Nak lagi rare kiri kanan atas peha gua sekarang ni pun ada dua buku yang terbukak

Tapi dari tadi da berjam-jam gua asik ngadap youtube jer.. stop kejap update entry ni.

ye Gua rajin..serius ni woii...

Sunday, October 3, 2010

Lagenda Budak Gemuk


Haritu gua tengok cerita Lagenda Budak Setan. Bagi gua cerita tu tak laa sesetan tajuknya. Gua rasa gua pon boleh bikin cerita macam tu. So gua pun tulis la sikit mane la tau ada producer berminat ke kan nak produce. Sape2 member kamceng dgn penerbit or pengarah filem ke boleh la mintak tolong usulkan. nanti gua bagi komisyen.. Poster pun da ade kat bawah ni...

(jangan klik gambar ini kalo tak sanggup tengok kemesraan gua dgn Lisa Surihani)

Sinopsis:

Cerita ini mengisahkan Kashah (lakonan Azar Syafiq) yang digelar 'Budak Gemuk' oleh rakan-rakan kolejnya kerana dirinya tidak dapat dipisahkan dengan makanan. Sehingga pada satu hari Kashah ternampak seorang pelajar baru bernama Ayu (lakonan Lisa Surihani) yang baru berdaftar dikolejnya. Dari situ titik tolak permulaan perkenalan mereka bermula. Daripada satu perkenalan yang simple lagi indie, mereka mula semakin rapat dari hari demi hari. Dengan syarat yang ditetapkan Ayu agar Kashah kurangkan makan dan diet jika mahukan kemesraan mereka berterusan, Kashah telah berazam untuk berubah dan menguruskan badannya. Jika Kashah kurus baru Ayu membenarkanya untuk masuk melamar.

Usaha keras Kashah membuahkan hasil apabila dirinya berjaya menjadi kurus sekurus Saiful Apek. Dia sudah kurus dan sedia untuk melamar Ayu. Walaubagaimanapun, ujian sekali lagi menimpa apabila Kashah dikehendaki pergi membuat kajian untuk tahun akhirnya di kampung orang asli dikawasan pedalaman daerah Pinang Piang. Kajian beliau mengenai 'unsur-unsur freemason dalam blog Checkpoint Azar'. Ayu mahu Kashah terus fokus untuk kajian beliau dan lulus dengan cemerlang. Dia berjanji akan menerima lamaran Kashah setelah Kashah selesai dalam kajiannya. Kashah pergi dengan keazaman yang cekal.

Kashah tabah menghadapi segala dugaan berbentuk makanan kegemarannya. Beliau mengamalkan diet seimbang untuk terus kekal kurus dan melamar Ayu apabila pulang nanti. Hatta dihulur dengan biskut cornflakes kegemarannya sekalipun beliau menolak. Dalam pemergian Kashah, Ayu telah didatangi oleh kekasih lamanya iaitu Azmi (lakonan Farid Kamil). Azmi telah menggunakan tipu helah untuk memaksa Ayu mengahwininya. Ayu terjerat dan terpaksa menerima Azmi. Jahat sungguh Azmi. Kerana sedih mengenangkan nasibnya bersama Azmi, Ayu telah makan dengan banyaknya setiap hari. Berat badan Ayu naik mendadak sehingga Azmi membencinya lantas menceraikannya.

Kashah balik dari membuat kajian tahun akhirnya dengan penuh kekecewaan apabila dimaklumkan bahawa Ayu telah berkahwin dengan Azmi. Dengan hati yang lara, Kashah pergi mencari kerja dan bertemu dengan Emilia. Dari rakan sekerja, mereka menjadi rapat sehingga Emilia meluahkan rasa hatinya untuk menjadi teman istimewa Kashah. Kashah menolak kerana masih tidak dapat lupakan Ayu. Akan tetapi beliau meletakkan syarat jika Emilia dapat menguruskan badannya dia akan menerima Emilia. Emilia berasa sangat sedih.

Kerana mahu bersama Kashah, Emilia pergi ke hospital untuk membuat rawatan sedut lemak badak (lipo-hipo suction). Dalam pada masa yang sama kawan baik Kashah menghubunginya dan memaklumkan bahawa Emilia sebenarnya adalah Ayu yang telah gemuk akibat tidak bahagia ketika bersama Azmi dan mereka telah bercerai. Menyesal dengan tindakannya mencemuh Emilia sebelum ini, Azmi terus kehospital untuk mencari Emilia. Tetapi segalanya telah terlambat. Emilia gagal diselamatkan apabila rawatan sedut lemak badak yang diambilnya tersedut beberapa organ dalaman penting sekali seperti limpa, usus besar dan paru-paru kiri beliau. Kashah menyesal dengan kebodohannya selama ini. Beliau terlalu sedih lantas makan sebanyak-banyaknya setiap hari sehingga berat badan bertambah dan digelar 'Budak Gemuk' lagi.


p/s: siape kate gua tak support filem Malaysia?? gua support giler kot terutama yg ade Lisa Surihani.. Gua syak director zaman skrg suke guna Lisa Surihani pasal nak suruh gua layan cerita diorg r tu.. eskploitasi Lisa. Jahat..

Friday, October 1, 2010

Checkpoint Azar


Salam n holla people...

From now on, this blog is officially known as Checkpoint Azar. HoyehHoyeh.. Apekah Checkpoint Azar??

Okeh nama ni diilhamkan selepas kunjungan hormat aku ke Berlin dan melihat sendiri salah satu peninggalan sejarah dunia satu ketika dulu, Tembok Berlin, Berlin Wall, Berliner Mauer. Tembok ni memisahkan Berlin Barat (dikuasai Soviet Union) dan Berlin Timur (dikuasai Allied Army) satu ketika dulu. Nak dimudahkan cerita sejarah ini, ade satu satu pondok kawalan (checkpoint) untuk masuk ke Berlin Timur yang paling femes. Nama dia Checkpoint Charlie. Secara sewenang2nya aku pon rasa cool giler babas la plak kan nama tu. So aku pun terfikir2 laa untuk mengambil konsep itu dan diadaptasi kepada blog ini. Alkisahnyaa....

So aku rasa nak re-branding atau penjenamaan semulakan blog ini sebagai tanda kedewasaan serta kematangan hidup aku daripada 'ape gua lihat, apa gua fikir' (my sight, my thought) kepada 'pondok kawalan Azar' (Checkpoint Azar).

(header dgn motif mencapub sesukahatigua di blog sendiri)

'Checkpoint Azar - Merepek Tersurat, Serius Tersirat' (bergantung kpd tafsiran korang psl frasa ayat itu) kini tampil dengan konsep yang lebih segar, isi-isi yg lebih matang, dan yg paling penting berkali ganda lebih indie (bukan trend ke zaman sekarang indie2 ni??huhu). Konsep dia simple, bila blog ni jadi checkpoint, so korang mesti laa singgah kat checkpoint ni dulu kan sebelum pegi tempat lain lak.. haa nampak tak die punye perang saraf camne aku kasi.. So korang check in laa kat checkpoint ni dulu sebelum mara ke destinasi sesukahatikorang selepas ini..

Okeh dekat Checkpoint Azar ni jugak seperti temanya, aku akan lebih fokus kat entry2 yg ringan dan mudah dihadam serta membawa keceriaan kepada semua.. apekah?? huhu.. gaya santai diselang selikan dengan repekan merepek yg sinonim dgn aku dan sambil2 itu jangan lupa akan mesej2 subliminal yg serius sebagai inti..

Aku sudah berkira2 untuk menjadi lebih serius dan matang seiring dgn usia aku sekarang ni.. (wahaha aku sendiri gelak lepas taip ayat tadi..WINRAR!!!)


p/s: Welcome to CHECKPOINT AZAR, where we take things seriously...CRAP!!!