Friday, November 26, 2010

Pergilah Dissy..Doaku Bersamamu...


University College Plymouth St Mark & St John
University of Exeter
IPGMKBA MALAYSIA

Dissertation submitted in part fulfilment of the requirement for the B Ed Honours (Exon)
Teaching English as a Second Language


Alhamdulillah.. inilah hasil tahap geli2 (tahap serius lepas grad nnt) selepas berhempas pulas selama setahun setengah foundation dan 3 tahun degree.. sebuah naskah akademik berkapasiti lebih kurang 40 mukasurat selamat dilepaskan melayari liku2 pemeriksaan dan pemarkahan.. sebuah naskah bagi mengiktiraf status 'kepujian' yg terpuji lagi memujikan ijazah aku nanti..

Markah2 semua taruk tepi dulu.. yang penting semuanya da setel dan dia punye release taktau nak cerita.. rasa ringan jer diri ini.. kepala rasa lebih merdeka dari Tanah Malaya Merdeka.. haaaaaaaa bestnyerrr rase da setel dissy niiihh... *sambil berlari2 melompat2 terbang2 diudara*

So dissy.. gua da buat yg terbaek takat yg gua mampu untuk lu.. sekarang lu da berdikari pergi jauh dari gua merantau kat tempat lecturer2 yg check tu lu pandai2 la bawak diri.. doa2 pelindung semua gua da ajar.. tetapkan pendirian.. jgn mudah terpengaruh dgn anasir2 luar.. gua doakan semoga markah lu nanti setimpal dgn apa yg gua da turunkan dan usahakan untuk lu seperti bermalas-malasan, tangguh-tangguh, off-task banyak2.. huhuhu..

So pergilah dissy.. doaku bersamamu.. gua nak rilek-rilek..

*final exam 6hb nanti gua taruk tepi pandang sebelah mata je dlu.. final year (year 4) setahun lagi pon gua malas nak pikir berat2 lagi.. sekarang gua tengah masuk tempoh bertenang.. agak2 dalam tahun depan korang boleh rujuk kitaran kehidupan gua balik kat sini -> Students' Life*


p/s: dissy gua buat psl drama.. agak2 kalo gua propose kat Yusof Haslam gua bleh ganti die jadi pengarah tak?? cikai2 pun ganti Zed Zaidi..

Friday, November 19, 2010

Memahami Lelaki


Nak faham lelaki ni senang jer. Meh I ajarkan sikit.

Lelaki ni makhluk yg simple dan senang jer. Diorg tak suka rumit2 selok belok susah payah ni. Fikiran lelaki pon lebih lurus dan tidak kompleks. Contohnya macam I. Bila I kena buat sesuatu atau apa2 je lah, I akan fikirkan cara yang paling simple dan senang untuk buat bende tu dan tak suka serabut2kan kepala untuk berfikir susah2. Kalau lelaki tu menunjukkan tanda dia suka perempuan yang pandai mengemas ke, suka je teman perempuan pergi shopping ke, suka je buat apa2 je lah ke kan, haa so perempuan harus percaya bahawa itulah yang lelaki inginkan. Kalau dia tak suka tu, maksudnya dia tak suka la tu.

Tapi tu bukanlaa bermaksud lelaki ni berfikiran ortodoks mahupun primitif zaman paleolitik dulu kan. Tapi memang majoriti lelaki berfikiran camtu. Perempuan je selalu anggap lelaki ni kompleks padahal lelaki ni mudah jer. Shopping kompleks lagi kompleks dari lelaki ni tau. Lepas tu disebabkan ke'simple'an lelaki ni, lelaki lagi suka kalau sesuatu perkara tu disampaikan dengan bahasa yang mudah. Takyah nak berkias2. Terus-terang jer. Contohnya macam situasi berjalan dipasar malam. Si perempuan punyelaa nak makan yongtaufu sotong besar. Tapi dia punya berkias,

"ingat tak time WorldCup dulu ada sotong ramal2 match kan, comel je sotong tu, kelakar pulak tu pandai ramal2, eh tapi kita tak boleh percaya kan, boleh syirik kan, tapi sotong tu besar kan, tentacles dia tu macam bantal peluk, best jer kalo peluk kan, tapi walaupun boleh ramal-ramal ker, boleh dipeluk ker, comel ker, tapi sotong ni paling best kalau dimakan, nak lagi taruk dalam yongtaufu, eh kita lalu kat kedai youngtaufu laa...ahaks.."

Haaa yer la tu ahaks. By the time perempuan tu ahaks, lelaki tu entah2 fikir perempuan tu nak teman dia tengok bola England lawan Malaysia kot malam ni pastu nak jadi tukang ramal2 match macam sotong paul. Haish.. So lain kali cakap direct jer.

"woit gua nak yongtaufu kat kedai depan tu 10 hengget, kuah lebih, lu tolong belikan"

huhuhu... Tapi U jangan cakap camtu lak dengan I yer. I tak suka. Nanti I kecik hati. I sensitif tau kadang-kadang.

Lepas tu kan, menurut satu kajian seorang Enche' yang bernama Glenn Good, seorang Kaunselor Perhubungan di Universiti Missouri, Columbia, America Syarikat berkata lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini menyebabkan adakalanya lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir daripada kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza dengan apa yang dimaksudkan. I maybe cakap macam lain sikit tapi hati I bermaksud lain. U pun jangan laa main terjah jer kan bila I cakap. Tapi kadang-kadang bila I cakap lain je tu U kene siasat jugak tau. Takut2 I tertipu U plak ke kan. Haha. Jujur kan I.

Tapi pasal cakap lain then maksud lain pastu terus misunderstanding tu laa jadi punca kita selalu bermasam muka kan. Jadi punca kita bergaduh jer. Tapi U takleh salahkan I 100%. Tu kajian brader nama Glenn tu yang cakap. Bukan I sengaja2 kan.

So sekarang U da tau sikit kan macam mane nak faham lelaki kan Cik Adik Emma Watson *sila klik untuk pemahaman lanjut =P*


p/s1: gua tulis bende betul menurut Berita Harian Online ni bhai.. hehehe =P
p/s2: lagi satu kalau nak faham lelaki macam mane, takyah susah2 nak faham lelaki yg offer suruh pilih KLCC atau diri dia.. sebab dia mungkin bukan seorang lelaki.. syaithon barangkali.. huhu...

Friday, November 12, 2010

Kitaran Hidup Pelajar



Member2 lain sibuk countdown berapa hari lagi nak landing kat KLIA, kitorg kat Marjon masih lagik countdown berapa hari lagi nak submit DISSERTATION sama EXAM...

to be exact dissy ade lagi 2minggu, exam lagi 3minggu...

selagi tak habes belajar, kitaran hidup gua korang boleh refer gambarrajah diatas...

=_="




p/s: orang kate, time kite still belajar laa paling best.. gua nak repeat dgn sape yg kate tu.. zaman belajar mybe best.. tp bukan perbuatan belajar tu.. huhuhu...

Wednesday, November 10, 2010

Alaa bucuk-bucuk!!!


Time buat dissertation jangan baca or tengok benda2 camnih.. boleh saket perut gelak membawa kepada blank otak.. hati pon boleh mati bila gelak pasal benda ni..

gambar dari twitter @altimet berita asal TheStarOnline



p/s: "it is much easier to look after a small child than to look after a big baby"... shuuwweeiitttnyeerrr BikMama dengan BigBaby yer..

Thursday, November 4, 2010

Vote For Us yawww!!!!


5forty2's song with the title 'Rilek' is on top of the 'MyFlowChartz' furh reall yaawww... (click here to the link -> Week 7 Top 10 - My Flow Chart).. Thanks to all voters for the supports.. MyFlow Chartz is an urban music chart for Malaysian artists especially the underground one who doesn't get any publicity from the mainstream.. or in other word, kami tak giler glemer.. wahahaha..

So whoever has not listen to Rilek yet, you can visit this link -> 5forty2 - Rilek (hint - budak first verse lagu tu bakal balik Msia hujung tahun nih ^^Y )

Okeh back to the topic.. Please feel free to go to My Flow Chartz website <<--sila click and look at your right hand side on your computer screen (in the website laaahh kan).. There are a place for you to listen to the musics in the list and also a place for you to put your vote.. Please look for Amarah - 5forty2 and vote for us!!!!!! (vote first, listen later...wahaha)

Amarah is another song by 5forty2 which was produced by a German hip-hop producer who believes that our songs are good and should be listed in his Worldwide Mixtape. You can download the mixtape from 5forty2 website (you know where to find it).. And this song is about manusia or kita2 yang cepat sangat marah2 and naik hangin and tak berfikir secara rasional.. listen to our advice in this song yer adik2..wahahaha...

So guys listen to it (you can listen it from MyFlow website or download the whole mixtape) and then vote for us if you think the song deserves your vote..

Vote 5forty2 Yawww!!!



p/s: vote je lah senang citer..huhu