Monday, December 27, 2010

Leaving for good


Azar Syafiq will be leaving Marjon, Plymouth to London today and then will leave UK for good on the 30th December 2010. Therefore, this blog will not be updated until I settle down in Malaysia. Stay updated in this entry with my twitter link below. And please ease your ears with the song. Till we meet again. Chaallooo ^^Y


It's So Hard To Say Goodbye To Yesterday




How do I say goodbye to what we had?
The good times that made us laugh
Outweigh the bad.

I thought we'd get to see forever
But forever's gone away
It's so hard to say goodbye to yesterday.

I don't know where this road
Is going to lead
All I know is where we've been
And what we've been through.

If we get to see tomorrow
I hope it's worth all the wait
It's so hard to say goodbye to yesterday.

And I'll take with me the memories
To be my sunshine after the rain
It's so hard to say goodbye to yesterday.

And I'll take with me the memories
To be my sunshine after the rain
It's so hard to say goodbye to yesterday.

Sunday, December 26, 2010

Teman =')

This song represents what I feel right now. It's for you my beloved friends in Marjon. Although we only get to know each other for a very short time, I truly appreciate your presence as one great phase in my life. Especially for those who are really close to me. We are like sibling in this foreign land. Sorry for any wrongdoings. Keep in touch. Looking forward to meet you again in Malaysia.




Know-No - TEMAN

satu
yang mampu ukirkan senyumanku
adalah kamu...
kamu...kamu
teman yang slalu ada disisi dan hatiku

tanpamu teman, aku hilang haluan
hidup tak berseri bagai bulan tanpa sinaran
dan kau, umpama kilauan indah pelangi
bumi kau sinari dengan cahaya berwarna-warni
aku hargai setiap tangisan mahu senyuman
wajahmu menjawab setiap sukarnya soalan
berbagai budi, tak jemu kau taburi
dan kau biar aku bertemankan manis memori
usah kau ragu, sedang lidah lagi tergigit
teman pasti selisih biarpun hanya seminit
tapi selagi kita genggam teguhnya janji
menjadi sejuk panasnya walau besar baraan api
dan kau temanku, ubat penawar rindu
beribu-ribu hati diolah menjadi satu
mari hargai setiap detik gembira ataupun hiba
biar kita kekal jadi teman untuk selamanya

selamanya
kerana kita untuk selamanya
suatu hari nanti
bila kita leka dibawa arus kehidupan
satu yang kupinta
ingat janji kita
mengangis bersama, gembira bersama
selamanya

teman
kau laksana permata
gilapan kemesraan
kau beriku cahaya

berjuta-juta bintang berkelip di langit
kita renungi indahnya sambil menjerit 'teman slamanya'
begitu manisnya kenangan sama dirasa
suka dan duka, sedih kecewa
senantiasa ada untuk mendengar
kau bukakan seluruh hatimu pada ceritaku
teman kau milikku selamanya
semadikan oh kenanganku
semadikan oh kenanganmu
dari mulanya bertemu
hingga hujungnya hayatku
agar kita kan berlagu
dalam nyanyian hidupku
aku akan pastikan kita akan
selamanya menjadi satu...

satu
yang mampu ukirkan senyumanku
adalah kamu...
kamu...kamu
teman yang slalu ada disisi dan hatiku


p/s: ada masa nanti aku buat satu lagu camni untuk korang2 di Marjon yer =P

Saturday, December 25, 2010

Pergi dan meninggalkan

Pergi itu senang
Yang susah adalah untuk meninggalkan

Melihat seorang demi seorang pergi dan meninggalkan
Sambil menunggu masa untuk turut pergi dan meninggalkan

picture from Faris, enhanced by tuan punye belog

Terima kasih untuk segala memori dan kenangan bersama
Mohon maaf salah silap diatas segala kesalahan
Farewell is only a reason for us to meet again

------------------------------------------------------------------------------------------------

Bahagian pertama entry ini ditulis oleh sebahagian lagi jiwa tuan punye belog yang kurang sikit gilanya dan lebih normal kearah homosapien normal berhati taman. Bawah ni baru entri serius gila tak hengat..


Ok saat blog ini entry ini ditulis, masa yang tinggal untuk aku pergi dan meninggalkan ade lebih kurang 5 hari lagi. Dalam tempoh beberapa hari yang lepas, sekumpulan demi sekumpulan dari kami telah berlepas pergi dan bila tengok diorang yang pergi tu rasa tak boleh tahan gak dia punya sedih. Dan menyedari fakta yang aku turut akan pergi seperti mereka. Aku merupakan ahli kumpulan terakhir yang akan pergi. Berikut merupakan fakta perjalanan pemergian dan waktu pelepasan aku. Harap teliti baik-baik dan semat dalam lubuk hati kemas-kemas.

Tarikh berlepas dari Institut Angkasa Lepas Marjon, Plymouth menuju Pusat Kajian Angkasa dan Kawasan Sekitar, London = 27 Disember 2010, 9.55am (Isnin/Monday)

Lintas hormat keberangkatan dan perlepasan kumpulan 3 ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa dari Balai Perlepasan Bintang Angkasa Heathrow = 28 Disember 2010, 10.00am (Selasa/Tuesday)

Keberangkatan dan pelepasan kumpulan 4 dan terakhir dari Balai Pelepasan Bintang Angkasa Heathrow = 30 Disember 2010, 10.00pm (Khamis/Thursday)

Pesawat dinaiki = Soyuazar Merdeka 230989 - MH001

Dijangka sampai ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa = 31 Disember 2010, 6.20pm (Jumaat/Friday)

Aku merupakan salah seorang daripada 3 angkasawan kumpulan 4 (terakhir) yang akan berangkat ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa. Barang-barang bekalan di sana nanti telah dihantar terlebih dahulu kira-kira minggu lepas sementelaah barang-barang simple-simple masih belum dikemas. Perjalanan dijangka sedikit sukar memandangkan salji masih turun geli-geli dan kesejukan sedikit terlampau bakal memberi cabaran kepa
da perlepasan kami. Takut pesawat yang bakal dinaiki tak boleh hidup enjin pasal sejuk sangat pon ade jugak.

Untuk meninggalkan Institut Angkasa Lepas Marjon dan seterusnya bumi yang telah lama didiami ini bukanlah semudah yang dijangka. Seseorang memerlukan kawalan emosi dan jati diri yang super tabah untuk menghadapinya. Sepanjang latihan di sini,
segala macam pengalaman telah dilalui. Pengalaman menimba ilmu di bumi asing telah membuka mata, otak dan hati dalam melihat dunia. Terima kasih diucapkan kepada angkasawan-angkasawan senior yang telah berpengalaman berpuluh tahun dalam bidang pengangkasawanan. Segala ilmu dan pengajaran yang diajar pasti akan dimanfaatkan dimasa hadapan lebih-lebih lagi untuk melatih angkasawan-angkasawan baru.

Mengenali ramai pelatih angkasawan lain turut menambah rempa
h-ratus kehidupan dalam usaha menjadi angkasawan terbaek dari ladang dan padang ragut seantero galaksi. Segala memori dan kenangan pahit atau manis, tawar, masin, pedas, masam, tiga rasa, sweet sour mahupun goreng rempah tentulah sukar untuk dibuang dari harddisk cap OTAK berkapasiti infiniti ini. Terima kasih kerana telah memberi kerjasama kepada aku dalam banyak perkara. Budi baik kalian akan aku kenang dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Maaf juga dihulur diatas segala kekurangan diri serta salah silap dan ketelanjuran perbuatan/kata kepada kalian. Kepada angkasawan-angkasawan yang rapat dengan aku, sesungguhnya aku sangat-sangat menghargai kalian. Terima kasih kerana sentiasa ada bersama aku disaat memerlukan dan sentiasa menyokong diri ini. You know who you are. Million thanks from the deepest of my heart.

Sekian dahulu nota pendek dari hati ini. Ada masa kita berjumpa lagi.


Yang benar, jujur, ikhlas, tulus, mulus dan suci.

Azar Syafiq, xoxo
(Angkasawan Negara Cawangan Marjon-Malaysia)



p/s1: seyes gua tak reti buat farewell speech..ni je mampu..kalo teringat lagi nanti gua update dlm entry lain..huhu
p/s2: dekat2 nak blah ni seyes mood n emosi gua tunggang-langgang haru-biru..silap haribulan barai gak air mata ni kang..shoot...
p/s3: terima kasih tahap rare gak dituju-tujukan kepada cik Alviana yang telah buat secoret entry pasal gua disini ->Dedikasi Utk Seorang Kawan (gua assume dia ikhlas..gila barai gak air mata ni..sipot ayam toll)

Latest Single 5forty2

Coming very soon...


original entry from 542music.com

Saturday, December 18, 2010

Deathly Hallows


Huuuuuiiisssshhh. Bom, bom, keterbabboommm. Bunyi letupan kuat kedengaran diikuti api marak menyambar.

Majlis perkahwinan abang kepada Ron Weasly telah diganggu dengan kehadiran tentera Voldemort. The Death Eaters datang dengan penuh bergaya serba hitam dan mula menghuru-harakan majlis itu. Tembakan laser sihir dari tongkat-tongkat sakti mereka mula mencederakan beberapa orang yang tidak berdosa. Beberapa orang lagi dilaporkan geli-geli akibat sipi-sipi terkena tembakan itu.

'Harry lari cepat dengan Ron dan Hermione'.

Jeritan matang dari bapa Ron, Arthur Weasly memecah kekecohan yang telah sedia pecah. Gegendang telinga Harry sedikit terusik tetapi hatinya tidak goyang walau seinci untuk lari. Beliau terus kental menentang musuh sambil cuba-cuba menghabiskan air sirap selasih yang masih erat digenggam ditangan. Tanpa dia sedari, salah seorang Death Eaters mula mengacukan tongkat sihir kearahnya. Mulutnya mula terkumat-kamit mengomel jampi serapah untuk menembak. Dalam lebih kurang 2.5 nanosaat kemudian satu pancaran sinar merah saga delima merekah penuh perpaduan mula menuju kearah Harry.

Fuuuuiiissshhhhhh. Boooommmm. Puish puish. Zooooooommmmm.

----------------------------------------------------------------------------------------------

'Poooooonnnn'. Hon kencang dibunyikan dari sebuah lori penghantaran Asda apabila 3 orang remaja tiba-tiba muncul ditengah jalan.

'Woit lu gila ke bhai. Sikit lagi lu nak kena tembak. Nak tunjuk hero pun agak-agak la jugak. Tengok keliling. Nasib baik gua jenis beware of dogs'.

Ron meluahkan apa yang dipendamnya kepada Harry. Harry kelihatan masih samar-samar ayam akibat silau dengan tembakan tadi. Jari kelingking mereka masih berkait.

'Gila kau. Sikit lagi aku nak kena tadi kot. Kalau tak habis kat sini je la cerita ni kan. Thanks weh'.

Harry berterima kasih kepada Ron kerana kepantasan beliau menyelamatkan dirinya menggunakan teknik 'hilang disini muncul disana sekelip mata'. Teknik itu iras-iras teleportasi yang mengizinkan diri kita hilang dan muncul kembali di tempat lain dalam masa yang singkat. Ia juga bergantung kepada keaadaan trafik ketika teleportasi itu. 2 ahli sihir pernah dilaporkan terkorban akibat bertembung sesama sendiri dengan kelajuan yang tinggi keterlaluan ketika teleportasi. Di satu sudut lain, Hermione muntah-muntah akibat mabuk teleportasi.

'Kita singgah minum kat Costa jap weh. Tengah tak sedap tekak macam ni pekena Cappucino memang sedap'.

Hermione mengajak. Mereka berjalan perlahan menuju Costa.

Selesai minum, mereka bertiga ingin beredar. Ron menyeluk poket yang ternyata satu perbuatan sia-sia. Kosong. Mereka bertiga tiada duit.

'Gua rasa tadi time kite 'hilang disini muncul disana sekelip mata' duit gua cicir la. Pasal laju sangat kan. Gua rasa dalam 2-3 ratus gak terbang tadi'.

Harry berkerut dahi. Hermione mengeluh panjang sambil mengalihkan pandangan keluar kedai. Satu susuk tubuh yang sangat dikenalinya sedang menuju kearah kedai tempat mereka minum.

'Azar!'

----------------------------------------------------------------------------------------------

'Weh korang. Buat apa kat sini yaww. Waah pakai cantik-cantik ni macam baru balik dari kenduri ni. Balik kenduri kahwin ker?'

Azar menyapa mereka. Salam gaya remaja ada siap tumbuk-tumbuk dihulur kepada mereka bertiga. Jelas terpancar dimuka mereka bertiga kegembiraan bertemu Azar hanya sementara apabila mereka kembali muram. Seperti memahami. Azar menyuruh mereka bercerita masalah mereka.

'Kami ada masalah sikit ni. Pertama, bayarkan minum kami boleh?' Minta Harry sambil buat mata ala-ala Puss in Boots cerita Shrek.

'Nanti bank in balik dalam akaun gua. Lambat sikit pun gua charge interest tau.' Ujar Azar sambil mengangkat kening kirinya. 'Ok, masalah kedua pulak?' Azar menambah. Mukanya sedikit terpancar sinar ingin tahu.

'Kami kena mengembara untuk mencari dan menghapuskan semua Hocrux Voldemort untuk bunuh dia.' Jelas Hermione yang kelihatan sedikit gembira setelah bertemu Azar, dengan harapan Azar akan mengikuti pengembaraan mereka.

'Weh gua join weh. Gua pun da takde ape sangat nak buat ni. Disseration gua da submit, exam settled, shipping barang-barang settled, sementara nak balik Malaysia ni gua follow korang laa yer.'

'Tunduk!'

Huuiisshhhh, terbaboooooo!

----------------------------------------------------------------------------------------------

Zoooooommmmmm.

Mereka berempat sampai disatu kawasan perkuburan. Beberapa ekor burung gagak hitam penghuni tegar kawan itu mula menjeling sipi-sipi kehairanan dari mana makhluk-makhluk homosapien itu muncul.

'Gila nasib baik sempat lari tadi. Mana dia orang tau kita kat kedai tu ha. Serius tak privacy macam ni'. Ron mula merungut.

'Sorry, aku ter'update' status Facebook dengan Twitter tadi cakap kita tengah heaven layan Costa waktu kita kat kedai tadi'. Harry tertunduk malu dengan kelakuannya sambil mengangkat IPhone 4 yang baru dibeli menggunakan elaun buku dan tesis di Hogwart.

'Haa lu guna IPhone kan. Lu pakai Orange ke O2? Takkan Maxis lak kan. Pekata lu try GPS tengok Hocrux tu ade kat mana. Senang siket kerja kita nak carik natang pejadah Hocrux tu. Anyway Angry Bird lu main da sampai level berapa?'. Azar melontarkan cadangan bernas. Bayang-bayang mentol idea mula bersinar diatas kepalanya.

Mereka berempat terus menggeledah telefon bimbit milik Harry. Hermione dilihat perlaha-lahan menyembunyikan telefon bimbitnya di celah-celah rekahan batu. Malu dengan Nokia 3310 beliau agaknya. Application GPS digeledah dari satu muka surat ke muka surat seterusnya. Pelbagai peta dibuka, perlbagai muka planet diteliti, Hocrux dicari masih tidak muncul tiba.

'Korang pernah tengok cerita Dragon Ball tak? Yang ada Son Goku dengan Atuk pervert pakai cengkerang tu? Kan dalam cerita tu dia orang ada Dragon Ball detector. Boleh cek Dragon Ball ada kat mana. Cuba cari aplikasi tu untuk IPhone'. Idea Hermione jelas bernas dan boleh dianggap sebagai paling true untuk petang itu. Azar tersenyum sebagai tanda memuji kebijaksanaan Hermione. Hermione tersipu.

Harry telah terjumpa satu aplikasi 'Mencari Dragon Ball yang hilang for dummies' dan aplikasi itu nampaknya paling boleh diharap berdasarkan namanya yang style dan interface yang cool. Tiada iklan-iklan lagi tu. Mereka terus fokus menggunakan segala yang termampu untuk mentafsir GPS dari aplikasi itu dan ternyata ianya membuahkan hasil. Cahaya kuning berkelip-kelip bak lampu raya mula kelihatan di atas skrin IPhone dengan retina display itu. Bukan setakat satu, tapi dua cahaya berkelip menandakan ada dua Hocrux di kawasan yang sama waktu dengannya.

'Kita berpecah kepada dua kumpulan untuk cepat sikit cari Hocrux ni sebelum Death Eaters sampai sini dan jumpa kita'. Ron memberi cadangan.

'Ok, set. Gua nak gerak dengan Azar. Bye'. Hermione memberi kata dua. Muktamad.

Ron memandang Harry kebingungan. Hermione tersenyum simpul nipis kepada Azar. Hati Azar berbunga tetapi luaran masih macho dan cool. Telinga dia mula merah. Mereka mula berpecah mencari Hocrux yang masih tinggal.

'You tak reply message I kat Facebook.' Hermione mencebikkan muka minta dipujuk.

'Kan I da kata I tak berapa buka Facebook sangat. I lagi selalu tweet kat Twitter dari Facebook tau. Tapi you pun tak reply sms I hantar.' Azar membela diri.

'Hogwart kan takde line. Istana lama kot. Dinding tebal. Susah line handphone nak tembus.'

Mereka berdua tersenyum.

Tiba-tiba satu dentuman kuat kedengaran diikuti kilat sabung-menyabung. Dari jauh kelihatan musuh tradisi Harry Potter dari siri satu sampai tujuh iaitu Voldemort berdiri megah diatas pusara Albus Dumbledore, pengetua Hogwart yang telah terbunuh. Voldemort membuka kubur Dumbledore kerana ingin mengambil tongkat sakit milik pengetua itu kerana ia dipercayai sebagai tongkat paling hebat lantas bakal menjadikan Voldemort sebagai ahli sihir paling jahat dan syaithon yang berkuasa.

----------------------------------------------------------------------------------------------

'Haa.. cerita da habes?? Bersambung part 2 lak yer'.

Shoot gua terlelap tengok citer Harry Potter. Patot gua rasa jalan cerita tadi macam merepek jer siap ade karakter nama Azar lagi dalam tu.. Nama cam familiar.. ntah la kat mane gua penah dengar nama tu.. Banyak sangat bercakap citer ni.. tak pepasal gua terlelap.. tak pepasal gak gua kene download cite ni and tengok balik.. Nasib baik sorang pon member gua tak perasan gua terlelap dalam wayang tadi..hahahaha..

Ok laa time nak balik tu gua keluar dan ternampak laa poster cerita Harry Potter ni besar2 tampal kat dinding panggung wayang ni. Gua beristighfar panjang. Ni gua mimpi lagi ke ape ni.. ni mesti tak lain tak bukan salah satu agenda illuminati ni kan..


Photobucket

Tuesday, December 14, 2010

Introducing: 5forty2


A short Q&A session a.k.a. interview with 5forty2 (542) by The Pizzza Magazine.
------------------------------------------------------------------------------------

542, (pronounced five forty two) is the one of the most diverse, energetic and exciting malay hip hop groups to have picked up a microphone in the last few years. The group formed in 2003 where three blood brothers decided to spend their free time to not eating ketupat and lemang during Hari Raya by recording a Hiphop track, after taking their name from post code address (Jelatek), 5forty2 released their first Apa-apa in 2003 and well known for single Budak-Budak Zaman Sekarang that has been widely circulating around up until now.

The group comprises Edry ‘Alfaisal’ Faisal, Reza ‘Cypherdefect’, Ezry ‘RyFa’ Fahmy, Edly ‘Phonic’ Firdaus , Abdul ‘DMent’Muhaimin, Muhd ‘G’ Farzuan (working during interview), Azar ‘NaraMerah’ Syafiq (currently in Plymouth, UK) and new member Khairul Shahid (grounded!)

Pizzza had the chance to interview at Syed Bistro mamak in Kelana Jaya right after they finish recording new song. 5 out 8 5forty2 members answer some of our silly questions in an exclusive Q&A. Let’s get cracking!!


Hey guys, hope you are well, so what’s up with 5forty2 latest projects?
alfaisal – bascially, we have several micro projects running and ’several’ around to cancel. hehehehe in this period, we’re actually on recording (i think now) on a soundtrack for animation movie which i imagine it would probably release next year. we also do working on a soundtrack for local film and our upcoming new single hits to radio early 2011.

tell us about your current status?
cyperdefect – i work as a bookkeeper in one of local university somewhere in malaysia.
alfaisal – i’ve already married now, satu, alhamdulillah. hehehehe im a fellow researcher.
ryfa – bujang. technically, i’m still studying
phonic – i’m terrified but i dont know when i’ll get married. currently in my 3rd year of a Law degree
dment – i’m in a relationship with She-Who-Must-Not-Be-Named. im a college student.

well, maybe i was mistaken but i heard that 5forty2 claims to be a Wu-Tang Clan of Malaysia? Apa citer ni beb?
cypherdefect – hahahahahahahahahaha! Wu-Tang malaysia? tak kot. kitorang biasa-biasa je
alfaisal – i heard about this as well. do we look like Wu-Tang? tapi kitorang takkata kitorang ni macam Wu-Tang. sebab, kalau tengok kitorang ni taklah ganas mana, semua hati lembut sebenarnya :)
ryfa – “creek ambiance”
phonic – here i am, here i am. i’m not a method man.
dment – we do not claim or represent ourselves as Wu-Tang Clan exclusive agent. no, we’re not Wu-Tang clan of Malaysia!

5forty ni untuk apa? side in-come or chasing popularity? suka-suka?

cyperhdefect – music is my passion.
alfaisal – as for me, music is part of ourselves. everyone like music. either you want to make music or listen to music. go figure.
ryfa – sorry, im spazzed. what’re u saying just now?
japanesedude – repeat the question :)
ryfa – musik ni salah satu medium dalam banyak medium yang kita pilih. contohnya ada orang mungkin menulis, ada orang mungkin berceramah so ni satu ekpresi kami pilih dari banyak medium.
phonic – populariti tu of course laaa…….bukan. but music can help me express my feelings dalam bentuk tulisan atau irama.
dment – “kami bukannya… nak mengejar populariti” – he sings the chorus part of SSK – kami tak famous lagi. 50% sampaikan pandangan / idea, 30% nothing better to do and 20% passion.

who are your major influence?
cypherdefect – N.W.A, Public Enemy dan seangkatan.
alfaisal – P.Ramlee and R.Azmi
ryfa – aku takpernah disoal soalan ni, KRU, Nico dan Eminem
phonic – P.Ramlee boleh, Wu-Tang boleh, Nico boleh. saya semua influence
dment – Teacher Shida (laugh)

what’s your perspective on Indy Hiphop / Rap?
cypherdefect – kami ni pun memang indie. takperlu istilah Indy Hiphop ni sebenarnya. (wondering where the heck is his nasi lemak at the same time?)
alfaisal – what we understand about indie? ala..kacau la mamak ni (the mamak interfere). ada orang nampak indie tu as genre musik tapi kita sendiri tahu indie tu datang dari indiependent. yang dimaksudkan dengan indiependent adalah tiada record label, kalau ia indie ke tak. takde masalah pun. aku lagi prefer tiada genre-genre baru, just stick with what we have.
ryfa – aku takpernah disoal soalan macam ni jugak.
phonic – indie hiphop la. itu la. apa la.
dment – indie hiphop? im interested in what people think i rap to if they don’t know me well

free time korang buat apa?
cypherdefect – aku banyak buang masa pada fotografi
alfaisal – tolong isteri sidai baju, berus tandas, banyak keje rumah. gilir-gilir jaga anak aku yang mengamuk
ryfa – sentiasa sibuk belajar
phonic – lepak with buddies at andalus, ampang. together we shisha to get high :P
dment – aku baca buku (mengaku tipu)

KFC ke McD?
cypherdefect – can i has Radix Fried Chicken?
alfaisal – ayam goreng yang bini aku masak. (while eating roti canai)
ryfa – Syed Bistro Mamak! (tempat kitorang tengah lepak sekarang)
phonic – saya pilih tauhu bakar jumma. the best!
dment – aku pilih “ke”

Proton is starting to make better designed cars. the only problem now is the name they choose for it. korang nak nama kan apa kalau dapat peluang?
cypherdefect – Proton Red Leader. Hahahahaha
alfaisal – Proton cypherdefect
ryfa - saw new Proton cars for the upcoming years named after the malay warriors. proton should name their car Proton Hang Buah! (laugh)
phonic – kalau kat Europe nama dia Proton Red Leader, kalau kat Malaysia kita panggil Proton Nara Merah
dment – kalau kita ada Red Leader dengan Nara Merah. aku Proton Azar Syafiq (satu meja gelak)

what convince 5forty2 to get people to listen to your music?
cypherdefect – message yang kami sampai kan different
alfaisal – kalau diorang suka dengar budak-budak menyanyi merapu. itu lah 5forty2
ryfa – dengan mendengar 5forty2, diorang akan dengar apa diorang patut dengar
phonic – lirik kitorang lain dari yang lain.
dment – kitorang je ada 8 orang. cuba bayangkan korang dengar pandangan dari 8 orang yang berbeza background.

2010 dissappoinments?
cypherdefect – takde bonus.
alfaisal – aku takpernah dissappoint dengan hidup aku. no regret! life goes on.
ryfa – munculnya fahaman yang taksepatutnya mincul
phonic – alhamdulillah, takde dissappointment
dment – 2 Alam takpecah panggung

nasihat untuk budak-budak baru?
cypherdefect – belajarlah dengan orang-orang lama.
alfaisal – to achieve your ultimate goal you will need to make the ultimate sacrifice
ryfa – aim for the moon. If you miss, you may hit a star
phonic – practise! practise! practise! practise! telan yang pahit maka akan rasa yang pahit
dment – belajar dari basic dulu. gently seek advise from orang lama. do not boast!

Check us out at Facebook and www.542music.com and follow us at twitter at @ 5forty2
Thanks Pizzza for this interview. You rule!

By: SHUJI OKISHIMA at GMAIL dot COM


taken from The Pizzza Magazine

Friday, December 3, 2010

seputih salju sepanas demam


First day snow in Plymouth
19 December 2009



First day snow in Plymouth
2 December 2010

picture taken from FARIS's gobBLOG

so secara geografinye snow tahun ni turun lagi awal dari tahun lepas. tapi first snow kan. gelombang pertama orang ckp tu.. takde la lebat sangat.. snow ringan-ringan jer. kat tempat lain maybe da lebat da tahap bleh buat shooting winter sonata dah.. tapi memandangkan Plymouth ni kat belah South West England kan.. so makan masa sket snow tu nak travel..

snow kali ni aku rasa bese2 jer.. secara matematiknya mungkin sebab aku da senior bab2 snow ni. so biarkan laa yg lain bergembira.. mereka masih muda.. darah masih panas.. kene snow pon boleh cair snow tu.. huhu..

dan secara biologinya.. maybe pasal aku demam kot.. panas dalam ni tak boleh bertembung dengan sejuk luaran.. macam anjing dgn kucing die punye boleh ajak bergado nanti.. demam kali ni bleh tahan teruk dia punye serang hendap.. rasenye last time demam teruk camni time zaman sekolah kot.. da lama tak datang kan.. tu mesti pasal rindu sangat la tu kasi demam teruk2 nih..



p/s: terima kasih untuk mereka2 yg concern. terharu =')