Wednesday, May 25, 2011

Hikayat Untuk Disampaikan


Sebuah hikayat yang pasti akan disampaikan turun-temurun buat renungan susur galur pemilik blog ini.

1996

Babak 1

Pada satu petang,seorang budak lelaki yang agak comel pada waktu itu duduk di depan pondok kawalan sebuah pejabat besar bewarna putih. Beg berwarna biru miliknya diletak ditepi bersandar kepada sebuah pasu bunga yang hidup segan mati tak mahu. Setelah tahap kebosanan mencapai tahap yang boleh tahan dia punya tingi, dia mula berlegar-legar tanpa arah.

Kemudian dia berlari seorang diri dari pondok kawalan itu menuju ke kawasan sekolahnya yang terletak betul-betul berhadapan dengan pejabat putih tadi. Dia mematah-matahkan ranting-ranting kering dan melemparkannya tanpa arah. Khusyuk dia bermain seorang diri tanpa mengetahui apa yang bakal dihadapinya pada masa depan nanti. Waktu persekolahan telah lama tamat kira-kira 1jam 30minit yang lepas dan kini hanya tinggal dia keseorangan. Selang beberapa minit kemudian, dia ternampak abahnya di pondok pengawal itu melambai-lambaikan tangan memanggilnya. Dia berlari kegembiraan sambil menjerit;

“Tolong ambik beg Along tu skali”.

Babak 2

Seorang budak lelaki yang agak comel berjalan beriringan dengan abahnya masuk menuju sebuah pasar. Destinasi dituju, kedai makan.

“Kak bagi macam biasa laa yer” Abah budak itu bersuara.

“Abah tak makan ker?” Tanya budak comel itu kehairanan.

“Abah dah makan dah rehat tadi kat kantin, sedap. Haha” Gelak agak besar disitu.

Makcik kedai makan itu datang dengan membawa sepinggan roti telur dibanjiri kuah dal dan segelas kecik milo ais. Budak itu makan dengan istiqamahnya. Selera benar dia makan, lapar barangkali. Maafkan saya, bukan barangkali, memang benar-benar lapar. Selesai makan mereka anak beranak menuju ke sebuah sekolah agama terletak didalam sebuah kawasan masjid. Budak itu berjalan ceria sambil melambai-lambai kearah abahnya.

“Duit belanje tu jangan beli jajan pulak, beli makanan berkhasiat” Pesan abahnya.

Budak itu menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak mahu membeli makanan ringan seperti dipesan abahnya, sambil dalam kepala ligat berfikir untuk membeli Mamee Monster barang sepeket dua buat bekalan dihari muka.


1997

Babak 1

Seorang budak lelaki yang agak comel duduk ditangga sebuah masjid bersebelahan sekolah agamanya.Tangan beliau sibuk bermain getah gelang dengan membuat bentuk-bentuk yang baru dipelajarinya dari seorang rakan.

“Ni kereta Batman,Batman bawak laju, pastu ade orang jahat tembak-tembak dari belakang, ramai sangat kejar, pastu ade orang jahat yang paling jahat keluarkan bazooka besar, die tembak Batman, sebelum peluru tu kena terus kereta Batman tukar jadi jet pejuang, Batman terbang tinggi jauh-jauh tapi orang jahat kejar jugak tembak-tembak gune jet pejuang, pastu die tembak kene jet Batman, pastu jet tu pon jatuh tapi Batman sempat selamatkan diri gune belon udara panas”.

Begitulah sedikit sedutan fantasi liar monolog dalaman budak itu. Hanya tiga bentuk yang dia reti buat menggunakan getah gelang itu. Kereta Batman, jet pejuang dan belon udara panas. Budak itu terus bermain-main dengan getah itu dan bentuk-bentuk itu. Jalan cerita ditukar-tukar serta plot cerita diubah-ubah selaras dengan imaginasi cemerlang budak itu.

Hari semakin gelap. Sudah tiada lagi sebarang homosapien beruniform sekolah agama disekitar kawasan itu melainkan budak comel ditangga tadi. Dia kelihatan mula gelisah menanti kerana hari sudah gelap dan dia sudah keseorangan. Tidak lama kemudian, penantian budak itu berakhir. Abahnya telah tiba, dengan senyuman mempersona.

“Dah lama tunggu? Kita pergi hospital kejap yer” Abah memberikan kata putus.

“Buat apa nak pergi hospital?” Budak itu kehairanan sebelum menyedari sedikit kecederaan pada kaki abahnya.

“Tadi ada orang langgar abah” Abah tersenyum.

Budak itu kehairanan dalam kecomelan.

Budak itu dan abahnya menunggu di ruang menunggu di hospital. Mereka berbual.

“Abah tak masuk check kat dalam ker? Kaki luka tu kan?" Budak itu kehairanan dalam kecomelan sekali lagi. Dia juga bingung akan fungsi mereka ke hospital dan tunggu diluar saja.

“Tak, orang yang langgar tu dah masuk dalam dah. Dia yang teruk, abah steady jer”. Penjelasan abah agak meyakinkan disitu.

Tidak lama kemudian orang yang dimaksudkan keluar dari bilik rawatan. Keadaan beliau memang agak teruk. Dengan kecederaan yang teruk, beliau bersusah payah bertongkat keluar dari situ. Budak itu ketakutan melihat kecederaan yang dialami. Luka merah yang masih berdarah di kaki dan tangan serta balutan-balutan putih pada mangsa membuatkan budak itu beimaginasi akan zombie.

Abah menghantar mangsa itu ke perhentian teksi, membantunya mendapatkan teksi dan memberikan sedikit wang tambang. Sambil melambai-melambai kepada teksi, budak itu perasan abahnya memegang satu plastik berisi ubat-ubatan.

“Abah tu bukan plastik ubat brader tadi ker?” Satu soalan simple tapi padu.

.Dengan pantas abah berlari mengejar teksi tersebut untuk memulangkan kembali ubat milik mangsa yang sejak tadi berada ditangan abah. Budak itu melihat adegan itu sambil merasa sebak didalam hati. Dalam diam air matanya mengalir kesyukuran kerana abahnya selamat dan tidak mengalami kecederaan seteruk mangsa.

Babak 2

Seorang budak lelaki yang agak comel kelihatan sangat kebosanan menunggu di dalam masjid sementara hujan turun dengan lebatnya. Jam menunjukkan lebih kurang pukul 6.30 petang tetapi keadaan sudah seperti pukul 10 malam. Gelap sepenuhnya diiringi cahaya kilat sabung menyabung. Bunyi petir menjadi melodi rintik hujan yang lebat sejak sejam yang lalu. Budak itu seperti biasa tenang dan sabar menunggu kerana itu sudah menjadi sebahagian rutin harian dia. Dia sudah biasa sangat menunggu seorang diri sementara menanti abahnya datang menjemput. Menunggu bukanlah menjadi masalah besar baginya tapi hatinya gundah gulana serta ketakutan memikirkan ribut yang melanda. Dia juga kebosanan kerana tidak boleh melilau dikawasan itu dan terpaksa duduk comel-comel menanti hujan reda.

Selepas lebih kurang sejam berlalu, budak itu sudah mula risau. Tiada sebarang medium untuk dia menghubungi ibu atau abahnya. Beliau hanya duduk dan berdoa memohon abahnya dimudahkan untuk cepat datang menjemputnya. Inilah berkat sekolah agama. Tidak lama kemudian, budak itu ternampak susuk tubuh abahnya berlari-lari tanpa payung dalam hujan menuju kearahnya. Budak itu terharu, air mata gembira mengalir.

“Aik abah jalan kaki je ker?” Soalan subjektif dengan jawapan terbuka diajukan.

“Haa aa. Banjir laa kat jalan nak datang sini. Abah parking kat ofis tadi. Pastu berjalan datang sini. Sekarang kita kene redah hujan ni laa berjalan balik pergi ofis” Jelas abah yang nyata kelelahan meredah hujan lebat.

Budak itu tersenyum. Inilah peluang dia bermain hujan tanpa sebarang rasa bersalah dan takut-takut dimarahi. Songkok dan sampin sekolah agama budak itu dimasukkan kedalam beg. Abah mengambil beg budak itu dan memimpin tangannya. Mereka mula meredah hujan lagak hero macho filem Korea. Kadang-kadang sedikit berlari, dan kadang-kandang jalan selamba. Budak itu sikit punya seronok disirami hujan lebat. Terasa mandi air terjun gayanya.

Mereka melalui sebuah gerai. Kelihatan ramai orang berteduh di gerai itu. Abah membuat keputusan untuk berehat seketika. Teh tarik dan milo suam dipesan. Ketika abah sedang berehat, budak itu lebih terpikat untuk terus main hujan dilongkang sebelah gerai. Air yang sangat laju melalui longkang itu menjadi modal budak itu bermain. Dicabut rumput dan ranting-ranting, dicampak kedalam air deras itu lantas terus dia berimaginasi menyaksikan sebuah perlumbaan motor di litar.

Dua beranak itu meneruskan perjalanan mereka meredah hujan. Dan kini mereka sampai di tempat banjir teruk hasil daripada hujan yang masih tidak berhenti. Jalan yang dipenuhi air yang terpaksa mereka tempuhi itu agak panjang. Kelihatan beberapa buah kereta sudah tersekat didalamnya kerana enjin masuk air barangkali. Motorsikal-motorsikal yang tidak berani menempuhi dugaan itu berhenti ditepi dengan harapan menunggu air surut sedikit. Penunggang yang berani mencuba nasib dengan selamba meredah air berakhir dengan mereka terpaksa turun dan menolak motorsikal mereka.

Situasi sangat membimbangkan tetapi tidak bagi budak itu. Dia dengan penuh ghairah tidak sabar-sabar meredah banjir berarus deras itu. Air yang mencecah paras pinggang budak itu sedikit pon tidak menggoyahkan semangat budak itu untuk terjun kedalamnya.

“Meh abah dokong, dalam ni, air pun laju” Abah memberi tawaran yang wajar diberikan untuk meredah banjir.

“Takpe-takpe, nak mandi ni” Budak itu kelihatan tidak sabar.

Mereka mula meredah banjir. Budak itu begitu seronok mengharungi arus deras sambil memegang erat tangan abah. Arus deras sekali-sekala menghanyutkan budak itu. Tapi dia tetap seronok. Abah hanya melayan kerenah budak itu sambil tersenyum dalam kesusahan itu.

Hari semakin gelap. Hujan masih menemani malam. Mereka tiba di pejabat abah. Pejabat besar berwarna putih yang terletak berhadapan sekolah budak itu. Budak itu kelihatan seronok sangat dengan pengalaman itu. Mereka meneruskan perjalanan ke rumah. Esoknya budak itu demam dan tidak kesekolah dan tidak juga kesekolah agama. Rancangan budak itu menjadi.


Kesimpulannya...

Selamat Hari Lahir ke-50 Abah

27 May 2011

jasamu dikenang, pengorbananmu tidak terbalas, terima kasih untuk segalanya. dari anakandamu...

(Enche' Azni bin Abdul Razak di zaman muda-muda bersama budak lelaki comel itu)


p/s 1: segala cerita diatas adalah betul. walaubagaimanapun tahun kejadian adalah berdasarkan anggaran penulis.

p/s 2: cerita2 diatas diceritakan kembali kerana signifikan kejadian tersebut. cukup sekadar sedikit cerita dari zaman sekolah rendah. takboleh byk2 nnt tahun depan takde modal da nak tulis.

Monday, March 21, 2011

entri ini bernilai 1000 patah perkataan

bak kate org kampung gua: a picture is worth a thousand words.


kepada UltraSumandak, buli geng bha kita..huhu




p/s1: sbg tanda sorg penyokong tegar, gua akan guna gmbar diatas sbg profile picture fesbuk setiap kali team Pahang ade perlawanan. sepanjang hari tu gua gune profile pic ni smpai abes match.

p/s2: sbg tanda sorg penyokong tegar, gua akan pakai jersi Pahang pada hari yg ade match team Pahang sbg tanda sokongan walopun gua tidak berada distadium.

p/s3: Elephant Army Ultras FORTHEWIN dan TERBAEKK!!

p/s4: gua bnyk baju kaler merah, stagename gua dlm sebuah grup rap ni pon ade kaitan unsur merah2 jugak..tp apesal laaa jersi ni kaler kuning..haish..

p/s5: masuk gambar + caption + p/s banyak2 kat bawah ni skali dah jadi seribu lebih laa plak entri ni..huhu

Monday, February 28, 2011

Kesetiaan

Ehem ehem. Gua cek-cek balik blog gua boleh tahan berhabuk dengan bersawang gak eh akibat diabaikan oleh gua. Nak lagi berair mata ni gua tengok rupe-rupenye takde satu pun entry panjang gua buat selepas balik dari Plymouth yer. Semuanye entry sekadar melepaskan batuk, selsema dan kancing gigi di tangga jer. Sebagai seorang blogger prolifik berimaginasi liar, takkan gua saje-saje je buat peminat-peminat (kalau minat ler) mahupun pengikut-pengikut (kalau ikut ler) mahupun pembaca (haa ni confirm korang baca punye kan) Checkpoint Azar ternanti-nanti lantas dahagakan entry-entry baru berkualiti tinggi kan. Tapi honestly sejak balik Malaysia ni gua perasan yang entry-entry blog gua sudah semakin tidak berkualiti tinggi laa. Selain disebabkan gua yang gayat dan memang tak berapa ngam dengan tempat tinggi, ini juga disebabkan oleh ketandusan masa yang kosong yang gua betul-betul tak buat apa-apa, sambungan internet yang agak perlahan (dibaca macam cilaker haram jika anda 18 tahun keatas), serta kesibukan urusan-urusan rasmi seperti kelas dan tugasan-tugasan yang gua tak berapa minat nak bagi tumpuan sangat sebenarnye tapi terpaksa. Hikhikhik.

Aaaaaarrrgghhhhhh... Gua rindukan kehidupan akademik kat Marjon dulu. Rindu Plymouth. Haaa ni rindu Plymouth pun Plymouth jugak. Tapi kesetiaan gua tetap pada negara gua MALAYSIA tercinta ini. Lebih-lebih lagi lepas Malaysia semakin terer tak hengat main bola. Gua terus semangat nak menyokong sambil selamber buat tak reti pakai jersi England away kaler merah. Efek Malaysia terer bola menyebabkan makin ramai baru nak reti pakai jersi Malaysia sebagai tanda sokongan. Mula nak rasa bangga dengan negara sendiri. Bagus itu memang pencapaian yang sangat cemerlang. Stadium jugak makin dipenuhi bila ada match antara Malaysia dengan mana-mana team.


Nak lagi best bila da muncul group yg memang berdiri teguh dibelakang team negara yg menamakan diri diorg sebagai 'Ultras Malaya'. Dengan sokongan padu tidak berbelah bahagi tak kira menang atau kalah, diorg tetap sokong team Malaysia sepenuh hati. Dengan membawa mood dan bentuk sokongan baru yang lagi stylo, gua memang sokong penuh la benda ni. Bab-bab negara gua takda kompromi bhai. Soal negara gua memang serius tak reti nak main-main punye.


Duduk kat negara orang mengajar gua budaya 'Proud with your local team'. Setia dengan team tempatan. Dan gua sebagai anak jati Temerloh Pahang secara automatiknya aku kena laa sokong team Pahang dengan sepenuh jiwa raga. Walaupun Pahang selalu kalah, mahupun isu Sultan Bola yang tak reti-reti nak insaf, ataupun flood light Stadium Darul Makmur yang malap, ataupun Arsenal kalah dengan team kurang popular bernama Birmingham sekalipun, gua tetap berdiri teguh dibelakang Pahang. Semangat Ultras gua semat kemas-kemas dalam diri. Memang takkan gentar takkan goyang pendirian gua sebagai Ultras Pahang ataupun 'Elephant Army Ultras'. Gua tetap akan bangga menyarungkan jersi Pahang sambil mengangkat tinggi flare yg dibakar ditangan kanan dan mengibas-ngibas scarf/mafla Pahang ditangan kiri tanpa sedikit pun rasa curiga mahupun syak wasangka walaupun sehingga Pahang dibelasah 13-0 sekalipun.


Kusangka panas sampai kepetang, rupa-rupanya hujan ditengah hari. Seperti kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, gua juga menghadapi konflik yg menggugat jiwa raga gua. Kesetiaan gua yang tidak berbelah bahagi telah digoncangkan begitu saja. Gua jadi keliru dan gelisah. Gua syak masalah konflik diri ini selaras dengan kekeliruan identiti mahupun konflik keutamaan yang kerapkali melanda seseorang homosapien bergelar manusia.

Masalah datang bila Pahang bertemu Sabah untuk Malaysia Super League nanti. Gua tarik nafas dalam-dalam dan pusatkan tumpuan dipuncak minda. Baiklah, gua confirm ini memang masalah dan konflik kesetiaan.

PAHANG vs. SABAH (1/3/2011, Stadium Darul Makmur)











-------------------------------------------------------------------------------------------------


kenalkan SABAHAWKS a.k.a. ULTRAS SUMANDAK


Peeerrrrgghhhhh... cam gini dia punya Ultras memang conflict of interest tak hengat bhai.. ini kalau bakar flare pun flare taknak menyala ni.. memang goyang kesetiaan gua camni -_-"



p/s: gua update match ni kat twitter gua nanti. Kepada skuad Tok Gajah, main elok2 dan cuba ulangi kemenangan keatas Sabah time piala FA aritu. Kepada Elephant Army Ultras, all the best, teruskan berjuaang dan tetapkan pegangan. Kepada Ultras Sumandak, jangan main-main yuuuuuu... buli bah kalou kou... ahaks..

Thursday, February 3, 2011

5forty2 live performance @ RaisingTheBar

For the very first time, full line up of 5forty2 fuh real peepz. 8/8 of 5forty2 performed at a hip-hop gig Raising The Bar (refer to promo in previous entry).


They performed 5 songs (2 medley & 1 full song) and trust me, the audiences were hyped throughout the show. Jemput2 laa tengok video performance dibawah.



The songs:
Medley - Rapformasi ft. Shazet (upcoming song) + Amarah
Medley - Rilek + Lihat Dunia ft. Saphuan (upcoming song)
Full - Perasap

credit to shazet for the video

Friday, January 21, 2011

542 is performing...



I'm not the fella in the above poster but 5forty2 is performing in Raising The Bar for real peepz! They are going to perform their hit songs (konon2) and their newly released single 'Perasap'. In addition, they are kind enough to give you some sneak peak of 'still-not-finish-songs-but-want-to-perform-it-so-badly-so-you-will-feel-eager-and-look-forward-for-their-upcoming-songs'. Or in other word, 'lagu-lagu baru yang bakal release'. So come lah. For more info about the event let's click -> The Pizzza Magazine

For those who have not yet listen to 5forty2's latest single, you missed one great start of 2011 lah. Watch the video below and spread it like 'asap' ya.



see yah again =D

Friday, January 14, 2011

Cari Perbezaan


Apakah perbezaan antara dua gambar dibawah?

(jangan scroll down lagi sebelum teliti gambar betul2 dan fikir jawapan)

Gambar 1



Gambar 2
.
..
...
....
.....
......
.......
........
.........
..........
...........
............
.............
..............
...............
..............
.............
............
...........
..........
.........
........
.......
......
.....
....
...
..
.

teeeeeeetttt...
masa dah tamat....

jawapannyee...




satu internet macam halal
satu internet MACAM HARAM!!!

Monday, January 3, 2011

Sudah balik =)

Di Malaysia

Yaaayyyyy yippiieee yippiieee... Azar suda balik..yayyy


Di satu sudut dunia yang lain

huuuu...Azarrrrr....Why did you leave me......